Hari ni Isnin kan? Semua orang masih cuti CNY jadi dunia blog ni sunyi sepi la. Tambah cuti panjang jadi ramai yang ambil peluang nak balik kampung dan cuti-cuti Malaysia. Aku pulak terperap je dekat rumah sebab dah nasib suami bekerja sendiri. Time orang cuti, dia keje. Tapi alhamdulillah kitaorang happy je sebab masa kitaorang adalah flexible. Tak payah nak apply cuti. Cuma tu la, kalau cuti, income pun cuti la.
Cuti-cuti ni kat tempat aku hujan tak berenti. Mesti stress orang nak berjalan. Tapi bagus jugak, time cuti biasanya shopping mall ke, tempat-tempat pelancongan semua sesak orang. Baik habiskan quality time dengan family kan? Yang paling best, tarik selimut tidur berjemaah cuaca sejuk-sejuk ni.
Esok hari off business din, tak tau lagi aku nak follow ke tak dia restock barang kedai. Dulu berdua, aku ikut je. Sekarang macam kesian pulak nak heret Ibrahim. Tambah time hujan-hujan ni. Dah 2 minggu aku heret Ibrahim ikut abah dia. So far dia ok je. Boleh tahan lasak jugak Ibrahim ni. Tempat bising ke apa, kalau dah time tido dia, dia tido je. Cuma bab susu je la tak boleh nak tahan-tahan. Tapi sekarang dia merengek manja je. Takde nak nanges selok macam baru-baru lahir dulu.
Insya-Allah kalau takde aral, after cuti CNY ni aku akan launch business online. Dah lama plan tapi baru sekarang nak laksanakan. Korang dijemput memeriahkan lagi business aku tu. Jual barang biasa-biasa je. Sekarang takleh nak reveal lagi. Tunggu betul dah launch aku cerita kat sini ok. Sebab takut terpostpone ke malu pulak acik.
Aku kan kalau bercakap bukan reti nak berenti. Ini nak fikir ayat penutup entry pun aku buntu. Aku wish korang selamat bercuti je la. bYe!
Monday, February 11, 2013
Tak Ada Beza Cuti Ke Tak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment