Sunday, March 31, 2013

Aku Ada Jual Maixara C-Sential



Hai korang.. meh beli meh!

Vitamin C + Kolagen + Glutathione


Sekarang tengah harga promosi RM 99.90 ( harga sebenar RM 125.00). 

Mahal ke? tak la korang.. Setiap kotak ada 60 tablet . Kalau sehari ambil sebiji, tahan 2 bulan.

Siapa beli ngan aku, dapat free postage + free gift.

sila call / SMS / whatsApp : 0126637842
email : haslina.hairudin@gmail.com


Keterangan lanjut dan format sms/whatsapp untuk pembelian : Slot Bisnes Kecil-Kecilan Lina


Saturday, March 30, 2013

Ibrahim Dah Meniarap? Mummy Tak Nampak Pun :(

Status FB yang aku upkan semalam 29/3/2013

2-3 hari ni ibrahim merengek tak henti. tapi bukan tak sihat ke ape. aku dan Safa Twofourseven asyik duk pujuk dia suruh meniarap sebab everytime baringkan dia, dia macam push badan dia nak bangun. takkan nak duduk dah, meniarap tak pandai lagi. 
sekali pagi tadi dengar dia duk merengek. tengok ibrahim, dah meniarap dah dia. siap banjir air liur atas cadar. huhu.. terlepas moment 1st meniarap dengan jayanya tu.

actually, semalam abah dia ada buat demo macam mana nak pusing badan untuk meniarap. Ibrahim ni selama yang aku perhatikan dia fast learner. Macam semalam jugak, aku buat kerja guna laptop. Dia merengek, aku angkat pangku depan laptop. Suprising dia mimic letak tangan atas keyboard macam nak tekan-tekan. Pastu punyalah happy dia dapat buat macam tu.

actually, semalam abah dia ada buat demo macam mana nak pusing badan untuk meniarap. Ibrahim ni selama yang aku perhatikan dia fast learner. Macam semalam jugak, aku buat kerja guna laptop. Dia merengek, aku angkat pangku depan laptop. Suprising dia mimic letak tangan atas keyboard macam nak tekan-tekan. Pastu punyalah happy dia dapat buat macam tu. 

Seronok bila dapat melihat sendiri perkembangan anak depan mata. Aku bersyukur kerana aku ada masa nak jaga Ibrahim fulltime. Tapi tu la.. kalau dia merengek 1 hari tak henti , beristighfar panjang aku.

Friday, March 29, 2013

Seronok Bila Produk Itu Bagus

Salam jumaat korang. Dah petang dah kan? Aku baru nak naikkan 1 entry.  Dari pagi sibuk bebenor melayan Ibrahim. Sambil-sambil tu menguruskan bisnes onlineku. Alhamdulillah, ada je buyer Maixara C-Sential (MCS) hari-hari. Tak kira online atau offline. Offline aku jual dekat kedai din.

Semalam, baru restock baru MCS. Pastu ada tambahan produk aurawhite glutacollagen yang pelakon Hanez Suraya tu makan. Din memang dah ade jual kat kedai dia. Yang part aku punya ni, aku baru je jadi pengedar. Semua yang aku bisnes online ni, aku guna modal aku sendiri. Cuma awal-awal tu ada pinjam duit din sikit. Saje je nak rasa jadi bos sendiri so segala mak nenek urusan bisnes din takdelah campur tangan. Nak shopping duit hasil bisnes pun syok sebab duit sendiri. Cuma din jadi penasihat. Yelah kadang-kadang kita tak nampak baik buruk sesuatu kan?

Entry pasal aurawhite tu nanti aku buat.  Aku ni tengah menahan nafsu je nak try aurawhite tu. Tapi makan MCS ni pun kulit aku dah improve banyak. Even din pun cakap muka aku dah tak kusam dah.Best!Best! Sesiapa nak order, harga masih harga promosi tau. Tak tahu la kalau isnin ni nanti naik pulak ke harga asal sebab dah habis bulan Mac kan?

Seronok pulak bercerita pasal produk yang kita try pastu hasilnya superb. Rase tak boleh nak berhenti nak bagitau orang betapa bestnya produk tu. Even sesiapa yang tak kenal sms tanya pasal produk ni pun aku layan je jawab. Tak kesah la diorang beli dengan aku ke dengan orang lain. Hi Hana! Nice chatting with you :) Excitement tu datang tiba-tiba sebab produk ni memang bagus.

Ok, la. Ibrahim tengah tido lagi tu. Aku kena cepat-cepat setelkan segala kerja. Kalau dia dah bangun nanti, semua kerja pun tak boleh nak buat. Bye!

Thursday, March 28, 2013

Baru Ada Keyakinan

After few days try Maixara C-Sential, memang kulit aku makin ok. Serius tak tipu. Sebelum ni, nak camwhore pun segan.

Pastu since Ibrahim lahir takde gambar kami berdua. Punyalah takde keyakinan diri. Rasa macam horror sangat keadaan kulit muka aku tu.Ibrahim pulak dah 3 bulan ++. Nanti bila besar, dia ingat aku bukan mummy dia pulak sebab gambar time baby takde pun gambar berdua ngan aku. Gambar dia sorang-sorang , takpun gambar dia ngan abah je ada.

Sekarang, muka pun dah ok. Nak tayang banyak-banyak kat blog, IG ngan FB pun tak kesah dah. See.. ini gambar pertama kami berdua. Muka aku dah ok sikit kan?


Hope dapat muka flawless macam Ibrahim. Baru nampak muda dari usia. Kalau tak, muka makcik-makcik dah aku ni. Tapi sekarang ni tayang muka je berani. Badan masih mok-mok lagi. Maixara ada keluarkan lotion untuk slimming ~ Maixara Slim Look. Nak cuba lah. Lotion ni paraben free so tak payah takut kena kanser ke ape.


Kalau kat FB page rasmi Maixara, ada contest untuk pengguna Maixara C-Sential dan Maixara Slim Look. Hadiah lumayan sangat. Aku pun nak cuba jugak la. Mana tau la menang kan? Dapat duit, dapat barang Maixara, pastu dapat pulak trofi dan pakaian tajaan Butik Mama. Nak bagitau satu-satu hadiahnya apa nanti kemain panjang entry aku ni. Korang tengok sendiri poster ni.



Sesiapa nak dapat barangan Maixara, ni harganya:

Maixara C-Sential  : Sekotak - RM 99.90
                                 2 Kotak - RM 190.00
                                 3 Kotak - RM 270.00

Maixara Slim Look : RM 89.00

Maixara Twin pack promo ( Maixara C- Sential + Maixara Slim Look ) = RM 179.00 ( kalau tak harganya RM 188.90 tau)

**updated: harga promosi ni untuk bulan Mac tau. Dengarnya HQ nak suruh jual harga asal after habis bulan Mac. so sesiapa nak restock atau nak beli, cepat-cepat order. Ada berapa hari je lagi nak abis bulan Mac.

Kalau beli apa-apa dari aku, mesti ada free gift punya dan penghantaran adalah percuma. Tapi free gift may be beza-beza sikit la sebab ikut stok apa yang ada. Kalau nasib baik, boleh pilih antara free gift yang available.

So, jangan segan-segan nak order ey. Boleh contact aku untuk tanya atau order.

SMS/Call/Whatsapp : 0126637842 lina

tak pun boleh jugak email : haslina.hairudin@gmail.com

dm kat twitter pun boleh : haslinahairudin

pm kat FB pun boleh jugak : Nurul Haslina Hairudin

lastly, kadang-kadang aku update hasil pakai produk-produk ni kat Instagram (IG) :haslinahairudin

nah! ambik ko! macam-macam channel boleh contact aku. Selamat membeli =)




Tuesday, March 26, 2013

Mom & Baby Expo at Danga City Mall

Dah lama plan nak pergi expo ni. Boleh beli barang untuk ibrahim and me dengan harga promosi. Pastu boleh dapat banyak free gift. Suke sangat-sangat dapat free gift walaupun hanya ubat gigi untuk kanak-kanak perisa strawberi. Eh! bukan tu je free gift yang aku dapat. Banyak lagi tau!

Tapi expo kali ni macam kurang sikit booth-booth yang ada. Yang bulan 12 aritu macam banyak lagi rasanya. Pastu nak cari baju baby boy tak banyak choice sangat macam baby girl. Pastu mana-mana brand susu formula takde buat promosi untuk baby bawah 1 year. Ingat nak la cuba tukar formula milk ibrahim. Ibrahim still breast feeding, cuma masalah tak cukup still ada. Sehari atleast sekali dia akan topup dengan formula milk. Brand yang kitaorang pakai sekarang bagus dan sesuai untuk ibrahim cumanya susu tu bancuh bila nak minum je. Pastu tak boleh simpan-simpan macam susu-susu yang lain. Poo poo ibrahim pulak macam watery sikit sebab susu tu sesuai untuk baby yang ada masalah sembelit tapi Ibrahim takde pun masalah tu. Eh! melalut cite pasal susu pulak. Meh sambung cite pasal mom & baby expo pulak.

Masa expo tu jugak ada jumpa wakil cellsafe yang datang tolong aku dalam labour room. Sempat la aku ucap thanks kat diorang sebab tolong masa aku dalam sakit nak bersalin. Siapa-siapa nak simpan cordblood stem cell aku sangat recommend korang pilih cellsafe. Our 1st angkasawan pun guna service diorang ni tau.

Masa round-round dalam expo tu, ibrahim meragam nak tido. Sampaikan dia tertido atas bahu din. Cian anak aku. Dah la kitaorang memang tak bawa stroller sebab kete baru din tak pasang kanopi lagi dan kete tu takde bonet. Kebetulan pulak ade jual stroller yang jenis lipat-lipat tu. Din beli terus untuk anak dia. Terus pakai. Siap belikan fan bagi Ibrahim selesa sikit. Ibrahim punya excited, terus lupa nak tido. Dia ralit tengok fan tu. Pasal stroller ni, nanti aku buat entry khas. Sebab stroller tu best dan comei!

Tak banyak barang dapat expo kali ni. Nak cari pengendong baby, tapi tak jumpa pun orang jual except yang jenis boba tu. Boba tu mahal sangat la korang. Bukan tak mampu cuma rasa tak berbaloi.

Bagi yang tak pernah pergi expo macam ni korang try la pergi. Best sebab kadang-kadang tu kita jumpa benda baru. Pastu kebanyakan barang pada harga promosi. Dapat free gift somemore. Cuma tu la, kena tahan sikit sebab orang adalah ramai dan jammed sudah pasti. So far, kat danga city mall ni tak la seteruk kalau pergi expo kat midvalley.

Monday, March 25, 2013

Hasil 5 Hari Telan Maixara

Aku dah cakap kat entry-entry lepas. Kat twitter ngan FB pun ada cakap yang kulitku makin halus dan licin. Flawless on the way sebab parut-parut yang aku nak nyahkan tu makin pudar.Tak sabarnye...tak sabarnye.. tak sabarnye..( macam lisa surihani cakap dalam Istanbul Aku Datang)

Sebelum tengok gambar hasil hari ke 5, meh tengok gambar before aku try Miaxara.

Tu sikit je before ni masa pregnant lagi teruk. Dengan hormon pregnant tu dah jadi hape dah muka aku. Tak caye.. see...

Ini dalam 5 months pregnant macam tu. Dah la masa pregnant malas nak tepek bedak. Makin ngeri jadinya.

Lepas habis pantang aku makan kolagen brand D. Tapi hasilnya ada cuma takdelah macam Maixara seawal 2-3 hari dah rasa hasil. Lagi satu brand tu takde campur vitamin C. Vitamin C penting untuk repair masalah parut. Sebab tak sekali ada vitamin C , aku kadang-kadang lupa nak makan vitamin C. Bila dah tau pasal Maixara ni, aku rasa bagus jugak sebab all in one untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Eh! cakap, cakap jugak. Gambar after 5 days consume Maixara nye mana?

ok, ini aku after 5 days telan Maixara. Kulit macam glossy - glossy sikit. Parut pulak makin pudar. Muka pun nampak cerah sikit dan pinkish. Dah tak kusam dah muka aku.

tapi.. ni pun kira aku langgar pantang. Patutnya nak dapatkan kesan optimum kena kurangkan minum benda berkafein. Aku tak tahan la dugaan nak pantang kopi. hehe... korang jangan tiru aku tau.

So,siapa nak beli Maixara. Sempena bulan Mac ni harga promosi RM 99.90 sekotak. Bulan depan tak tahu la harga sama lagi atau dah naik ke harga asal.

Kalau nak beli share ngan kawan- kawan pun boleh.
Harga 2 Kotak RM 190.00.
Harga 3 kotak RM 270.00

free postage + free gift.

sila sms/ call/ whatsapp : 0126637842 lina
atau email : haslina.hairudin@gmail.com


keterangan lanjut : Slot Bisnes Kecil-Kecilan Lina

Friday, March 22, 2013

Penagih Kafein Tegar

Salah satu nak bagi Miaxara C - Sential cepat berkesan ialah kurangkan pengambilan kafein. Pastu kena banyakkan minum air. huaaaaaaaa.....

Aku adalah penagih kafein tegar. Tambah- tambah kopi. Tak kesah la kopi hitam, putih. Masa pregnant je aku cuba control pengambilan sebab tak tahu perkembangan baby dalam perut macam mana so takut la nak minum benda-benda berkafein. Tapi ada jugak la minum sekali dua dalam tempoh pregnant tu untuk buat rasa-rasa jangan kempunan.

Sekarang aku dah makan Maixara dah. Cuma aku tak berhenti minum benda berkafein lagi. Macam mana nak berkesan kalau gini. Macam mana nak cantik dan sihat kalau tak berkesan Maixara ni.

Tapi alhamdulillah... ada jugak kesan positif pengambilan Maixara even aku tak berhenti pun ketegaran aku meminum kopi. Ini tiap satu minit mesti aku nak usap-usap raba-raba kulit muka aku. Rasa licin dan halus. Din cakap kang naik jerawat pulak kalau asyik buat macam tu. Takpe.. Maixara kan ada. hehehe.... tapi serius aku rasa suka dengan kesan pengambilan Maixara ni.

Sekarang aku bertekad nak kurangkan sikit minum kopi pastu nak minum air putih bebanyak bagi berkesan lagi Maixara ni. Suka ok kalau kulit jadi halus, licin dan flawless.

So kepada sesiapa nak try Maixara C -Sential, meh beli meh! Sekarang pulak harga promosi. Boleh tahan untuk 2 bulan pengambilan dengan sebotol Maixara C -Sential.

free postage + free gift.

sila sms/call/whatsapp : 0126637842 lina
atau email : haslina. hairudin@gmail.com

Wednesday, March 20, 2013

Work From Home

Aku dah biasa bekerja. Bila ada baby, terperap je kat rumah aku jadi sedih sangat. So, nak hilangkan kesedihan tu, aku dah start berniaga kecil-kecilan. Cuma tu la, website konon-konon akan jadi hub tempat orang beli-beli barang dari aku baru sikit-sikit je aku buat, aku terpaksalah guna blog personal aku ni untuk jual barang.

Aku bukan jual apa pun, maixara, sf beauty,bedak arab kokuryu, aura white. Semua produk tu ada kat kedai din. Sekarang ni pulak macam dah jadi trend orang berniaga barang macam tu. Tambah-tambah blogger. Din dah lama dalam bidang ni so banyak produk-produk macam ni kat kedai dia. Just name it! Jamu-jamu tu still ada jual jugak cuma trend terkini sukakan produk-produk macam ni.

Bila jual produk macam ni korang jangan assume aku try semua tau. Ade few je aku try. Tapi boleh la bagitau korang feedback customer yang pernah beli kat kedai macam mana. Macam Maixara, aku dah try 2 hari. Yang bestnya, aku rasa susu aku makin banyak. Macam jadi milkbooster pulak. Like semalam, hasil 2 kali pam dapat 11 oz. Biasa nak dapat sekali pam 3 oz pun macam hazab sangat. Kalau macam ni bukan kulit je boleh cantik, Ibrahim pun boleh kurang minum formula milk.

Sesiapa nak support my new job ni, boleh

sms/ call/ whatsapp me : 0126637842 atau email : haslina.hairudin@gmail.com



Maixara ada beberapa kotak lagi tinggal ni. Tak rugi try sebab aku dah try. Best!!

harga promosi bulan MAC : RM 99.90 ( harga sebenar RM 125.00. )

kalau beli dengan aku, harga RM 99.00 je sekotak. free postage + free gift lagi =)


Monday, March 18, 2013

Akikah Buat Ibrahim

Alhamdulillah. Akikah untuk Ibrahim dah selesai masa hari ke tujuh selepas Ibrahim lahir. Majlis berlangsung dekat kampung arwah aki Ibrahim. Kebetulan dua pupu aku nak bertunang jadi kami pun tumpang majlis dia.

Masa majlis jugak ada majlis naik buai untuk Ibrahim dan anak dua pupu aku. Kira majlis berganda la ni. Untuk akikah Ibrahim, dua ekor kambing diakikahkan. Kedua - dua nenek Ibrahim yang sponsor kambing- kambing tu.

Kalau side arwah aki Ibrahim ada adat 'jejak tanah' yang mana baby akan step on few barang. Katanya kalau tak buat bende ni, nanti kaki baby lembik tak nak berjalan. Tapi anak aku, tak belum 'jejak tanah' pun dah tendang kuat dan terlonjak- lonjak kalau didirikan.

Cerita panjang-panjang penat korang nak membaca. Layan gambar jelah ey.

begitulah kesahnya...

kepada sesiapa nak order Maixara C-Sential boleh sms/ call/ whatsapp aku : 0126637842

takpun boleh email : haslina.hairudin@gmail.com .

Friday, March 15, 2013

Ibrahim is 3 Months

Anak temuk-temuk mummy dah 3 bulan hari ni. Semalam dah pergi check up dah sebab macam last month, KKIA hari jumaat tak buat check up.

Perkembangan 3 bulan ni:


  • Dah pandai sebut few words lagi. Mummy tak tau la Ibrahim paham ke tak makna perkataan yang Ibrahim sebut tu tapi you use the words correctly, sayang.

  • Badan dah tegak dan boleh lonjak ke depan dah.

  • Meniarap dah ada tanda-tanda mengereng sikit-sikit tapi meniarap sendiri belum lagi.

  • Air liur kemain la banyak. Habis basah baju Ibrahim tapi rambut mummy tak gugur pun macam kebanyakan orang cakap. Cuma rambut mummy rosak adelah.

  • So clingy sampaikan mummy nak buat keje susah kalau Ibrahim tak tidur.

  • Mula kenal orang dah. Pastu behave je kalau dibawa ke kedai abah.

  • Dah pandai gelak mengekek-ngekek kalau kena geletek.

  • Drypers dah tukar size M since minggu lepas.

  • Minum formula milk dah kurang dah. Tapi kadang-kadang Ibrahim mengada tak nak susu mummy.


Berat Ibrahim 3 bulan : 6.8 kg (+0.9kg)
Tinggi : tak ukur tapi mummy tau tinggi dah meningkat sebab banyak baju dan seluar dah senteng.

Thursday, March 14, 2013

Kenapa Maixara Bukan Vitamin C Brand Lain?


nak dapatkan Maixara?

sila sms / call / whatsapp : 0126637842 (lina)

atau

email : haslina.hairudin@gmail.com

p/s: lina dia offer free postage + free gift. best wooo!!!!

Self Esteem Rendah

Mesti few bloggers friends atau kawan-kawan rapat hairan why lama sangat tak nampak gambar puan punya blog? Kat instagram pun gitu. Aku rase rendah diri uols. Even gambar aku ngan ibrahim ada berapa keping je. Sungguh la aku rasa gambarku boleh membuatkan korang semua dah tak singgah blog ni dah ;-)

2 faktor penyumbang kelemahan aku tu, 1 bab - badan. Few days back aku jumpa kawan masa matrik. Kawan aku pun cakap aku dah gems. Yelah dulu iol stok 40kg ++. Dia time tu 50 kg ++. Sekarang sudah terbalik. Nak sedapkan hati, aku cakap yang aku dah dapat berat before pregnant. Yes, before pregnant aku gems dah pun. Sampaikan gynae suruh aku turun few kilos untuk stabilkan hormon progestrone. Aku kena buat sesuatu ni sebab berat aku lepas habis pantang statik je tak turun-turun dah. Mana taknya, aku melantak sesuka hati lepas pantang hari tu.

Faktor kedua pulak, muka aku dah tak flawless. Banyak betul parut hasil kerjaan aku masa pregnant dulu. Pantang ada whitehead, aku mula gatal tangan cungkil-cungkil. Last-last parut hazab nak hilang sebab hormon pregnant. Yang tu, aku nak cuba sendiri produk aku jual. Dah ambil gambar before so nantikan afternya pulak ye.

Jadi untuk naikkan semangat juang aku kali ni, meh kita layan gambar time aku 'tak gems' dan 'tak ade parut'.

Monday, March 11, 2013

1st Time Driving Berdua Dengan Ibrahim

Tak ingat bila dah kejadian berlaku. Tapi bulan februari la. Time ni aku nak pergi kedai runcit beli roti. Aku mula-mula risau jugak if Ibrahim buat ragam ke masa aku drive. Alhamdulillah semuanya ok. Cuma Ibrahim buat ragam bila kereta berhenti sampai kat rumah.

First short trip pergi kedai runcit berjaya. Then, esoknya aku bawa dia ke kedai din. Yang ni tak berapa berjaya sebab half way dia menangis nak susu. Tak tenang nak drive tapi nasib nangisnya manja-manja aje. Tapi aku takdelah serik pun. Boleh lagi aku nak handle.

Berjasa betul baby carrier Ibrahim ni. Walaupun murah-murah aje tapi senang la jugak aku ngan din nak bawa dia ke mana-mana. Cuma Ibrahim macam dah sempit-sempit dalam tu. Tak tau la berapa bulan lagi boleh pakai ni.

Wednesday, March 6, 2013

Dilema Seorang Surirumah

Blog ni ikut suka jela bila nak diupdate kan? Sebenarnya banyak cerita best nak share kat blog tapi mood nak menaip ayat tu kemain la malasnya. Kalau asyik cite pasal Ibrahim je, naik muak pulak orang. Macam ko sorang je ade anak. Tapi betul la, bila dah ade anak ni, 80 % cerita kita nak cerita kat orang adalah pasal anak. Lagi-lagi your first one.

Semalam hari keluar. Aku kan sekarang dalam dilema. Patut tak patut aku heret Ibrahim keluar jalan-jalan? Sebab Ibrahim kan baby lagi. Cuma tu la, if duduk terperap kat rumah je, boleh jadi gila aku. Serius tak tipu. Aku rase sedih sangat pastu mulalah mengenang nasib. Termenung.. sedih.. paling serius sampai menangis. Ibrahim pulak sekarang ada batuk sikit-sikit. Sebab aku bawa dia keluar ke? Ce korang mummy-ibu-mama yang berpengalaman bagi pendapat korang sikit.

Aku ni dah la memang 24/7 kat rumah je keje aku sejak ada Ibrahim. Dulu ada jugak tolong-tolong kat kedai din. Jadi ada la jumpa orang. Sekarang ni, kalau dalam rumah je, aku tengok Ibrahim, Ibrahim tengok aku. Tapi nasib kadang-kadang tu ada aishah, din dan mak mertua aku. Tu jela orang yang hari-hari aku jumpa.

Being me yang dulunya jumpa macam-macam jenis orang. Banyak ok kawan-kawan aku. Sekarang aku rase a bit down sebab everything changes 360 degree. Mungkin aku kena cari new hobby kot sambil terperap kat rumah ni. Bila Ibrahim besar sikit so boleh la berjimba-jimba ligat sikit. or May be bila business online aku dah bebetul online aku ok kot. Takde dah rase sedih macam ni.

Oho.. nak cite achievement breastfeeding journey terbaru aku. Ibrahim dah berjaya minum sekali je FM kalau kat rumah. Malam-malam memang free FM dah. Kalau keluar, still bergantung kat FM. Aku tengah study cara nak bawa EBM time keluar jalan-jalan. Nursing in Public (NIP) macam susah sikit aku nak buat sebab Ibrahim tak suka duduk dalam nursing cover. Pastu macam tak reti aku nak menjaga aurat kalau NIP so langkah selamat kita kiv jela NIP ey. Siapa pernah bawa anak jalan-jalan pastu bawa EBM sekali? Share la cara korang.