Friday, February 25, 2011

Kali Pertama Nak Travel Ke Rumah Mertua

Perasaan tengah dup dap ni. Walaupun aku dah kawen dengan din 3 weeks tapi ni first time aku nak balik umah mak mertua. Tak pernah sampai sana lagi. Biasa kalau umah sendiri ko paham-paham la. Memang tak de batasan la. Ni umah mak mertua. Kena behave sesangat. Takuuuuuut...

Aku naik bas malam ni from Putrajaya to Larkin. Din amik kat sana.Dah dekat setahun jugak aku tak naik bas jauh-jauh.Sejak ada kereta, mana ada aku nak naik bas dah. Ini macam boleh jadi sejarah hidup jugak sebab 1st time travel naik bas sebagai seorang isteri yang duduk jauh dari suaminya (saje buat ayat poyo ;p)

Nanti omma to be dan suaminya akan tolong hantar aku ke Putrajaya Sentral. Thanks korang :) Nanti korang lambai-lambai aku ey.

Tak sabar nak jumpa orang kesayangan. Bandar Tenggara..tunggu aku! ( ni luah seperti filem KL menjerit.)

Wish me luck ey :)

Thursday, February 24, 2011

Tahniah My Dear DD dan Keri

Semalam dd ym dan sms pasal dia dah pregnant. Macam secret-secret lagi semalam. Tapi rasanya aku macam tak wish congrate ke apa. Bagi nasihat ada la. Ok, aku lupa nak wish sebetulnya ;p

Bila dia dah bagitau sendiri kat orang lain, baru aku boleh post entry pasal benda ni. Dalam hati sangat eksaited sebab my best friend dah pregnant. Aku bila pulak kan? Erm.. aku sekarang on medication, pastu PJJ pulak tu. So, jawapannya adalah Family Planning. Tapi kalau ada rezeki, aku dan din terima cuma kena la consult all the specialists yang tengah handle masalah kesihatan aku. Aku pun tak pernah discuss dengan specialist if aku nak pregnant boleh ke tak. Bawa budak ni perlu ada tulang belakang yang kuat kan?

Ok back to the topic, Tahniah dd dan keri. Jaga kesihatan leklok tau dd. Makan leklok jugak. Apa lagi ey? Nanti kalau dah tau gender baby dan if girl ko tengok gambar fazura banyak-banyak. Hehehe.. orang selalu cakap nak baby comel, tengok gambar baby yang comel2. Keri pulak, sila jangan buat muka garang selalu. Nanti anak muka garang ;p Jaga dd leklok tau.

To all pregnant ladies, aku nak share link dengan korang :

http://mysuperkids.net/doa-semasa-hamil-dan-amalan-semasa-mengandung/

Wednesday, February 23, 2011

Pelamin, Walk Way, Pintu Gerbang, Meja Damai dan Macam-Macam Lagi

Segalanya bermula pada sehari selepas hari tunang aku . Mak aku terus je book vendor untuk benda-benda di atas. Sebenarnya book catering dan mak aku juga berkenan benor dengan pintu gerbang yang this vendor buat masa majlis yang melibatkan Tengku Puan Pahang di Kuala Lipis.

Aku mula-mula aku doubt sebab aku tak pernah nampak hasil kerja this vendor. Lagipun vendor ni baru je bertapak bab-bab orang kahwin ni secara besar-besaran. Even portfolio pun takde lagi. Just dengar cakap-cakap orang je.

Pastu sebulan dua before my wedding ada pulak cerita tak sedap aku dengar pasal this vendor. Yang paling risau pasal makanan tak cukup. My family ramai orang kenal so hopefully majlis kami tak menghampakan tetamu-tetamu yang dijemput. Mak aku sendiri jumpa vendor dan terbukti yang cakap-cakap tu semua tak betul.

Aku pernah jumpa vendor ni 2-3 kali je. Benda yang aku mintak untuk pelamin dan hiasan-hiasan tu just pelamin nak simple dan ikut gambar keratan magazine pengantin yang aku bagi. Pastu tak nak color pelamin yang menenggelamkan pengantin. Ada setengah orang baju pengantin dah pink, pastu pelamin pun nak pink. Kerusi mak aku request kerusi yang asing-asing supaya takde la aku nampak pendek di samping din dan hancur impianku nak kerusi high back sebab mak aku cakap aku nampak pendek sangat kalau guna kerusi tu. huhu.. tapi ada betulnya cakap mak aku.

Hal walk way, meja damai, pintu gerbang segalanya aku serah bulat-bulat kat vendor. Buat la macam mana pun asalkan cantik. Tapi tak tahu la kalau mak aku ade request apa-apa.

Harga sungguh berpatutan. Malah aku rasa this vendor bagi harga yang murah pulak bila tengok hasil-hasil kerja mereka. Siap ada DJ yang sanggup menyanyi sepanjang majlis. DJ dan salah sorang yang jaga tempat buffet tu la vendor tersebut.

Sesiapa yang duduk area Kuala Lipis yang nak perkhidmatan catering , hiasan dewan dan PA system, boleh la cari Makcik Maznah dan Pak cik Zul ni. Highly recommended.

pintu gerbang, walk way dan pelamin

pelamin

meja vip

meja damai atau meja beradab

ni kawan-kawan sugarpack din tengah nyanyi.


gambar-gambar credit to bunge, murni dan pitt :)

Friday, February 18, 2011

Perkenalkan Our Pengapit : Pitt & Pae

Untuk big day, dah lama booking mereka berdua. Pitt ni orang yang kenalkan aku dengan din. Serius, kalau tak kenal pitt, aku tak kenal din pun. Pae pulak usah cakap la. Teman sekatil, teman makan, teman bergedik, ish macam-macam la temannye.Paling aku tak leh lupa, pae selalu belanja aku time tak de duit. So, they are our best friends. Tambah-tambah diaorang ehem..ehem.. Maka sesuailah diorang jadi pengapit kiteorang.

Thanks sangat-sangat korang. Hopefully aku ngan din merasa nasi minyak korang tahun ni. Membalas derau jadi pengapit tu tak pasti pulak .Ikut keadaan semasa kot ;p


Suka la tengok korang pakai sedondon. Alhamdulillah kain tu turn up jadi baju yang cantik. Yang tak leh blah kasut putih korang tu. Sorry tau kalau ada menyusahkan korang ke apa. But aku ngan din sangat-sangat berterima kasih kat korang. Tambah-tambah pae yang tak berapa 'sihat' pagi tu.


Can't wait to hear good news from both of you :)

Thursday, February 17, 2011

Entry Sempena Wedding Aku dan Din

Thanks to all of you yang buat entry sempena my wedding day.

Ciare - Walaupun tak datang, dia ada kirim hadiah untuk aku dan din. huhu.. sedih ko tak datang :(
http://ciare.blogspot.com/2011/02/sorang-lagi-ahli-geng-puteri-7.html

Muni - Cik bakal puan yang majlisnya tak lama lagi. Berdebar tak murni?
http://murnirizal.blogspot.com/2011/02/hihi.html

Ros - Teman macam-macam ni. Thanks dear sebab sanggup balik awal dari Machang sebab nak gi wedding aku :)

http://rosealley.blogspot.com/2011/02/lina-da-kawen.html

Ja - Yang sanggup datang time nikah sekali. Thanks ja, shah dan adam. huhu.. lupa nak request kat pakcik sound system suh pasang lagu-lagu Maher Zain.

http://thepowerpuffme.blogspot.com/2011/02/lina-dah-kawen.html

Idzuan - thanks idzuan. Nanti nak curi gambar yang ko amik time wedding aku dan din. Nak buat simpanan peribadi  :)

http://idzuanrosli.blogspot.com/2011/02/friends-wedding.html

Lisa - walaupun lisa tak datang sebab pakcik bongsu dia kawen tapi dia ada buat wishes untuk aku dan din. Thanks lisa. Nanti nak datang umah ko makan nasi boleh? hehe..

http://divapest.blogspot.com/2011/02/cuti-9-hari-mane-cukup-nak-cuti-900.html

Lastly, my sayang dd dudu yang banyak betul buat entry khas untuk aku

yang ni entry before aku kawen. Terharu bace.. huhu..

http://dudusecret.blogspot.com/2011/02/sahabat-baik-ku-lina.html

pastu ada liputan sempena majlis-majlis aku.

1. kejadian kelakar masa time nak nikah

http://dudusecret.blogspot.com/2011/02/baru-habes-diskusi.html

2. majlis nikah

http://dudusecret.blogspot.com/2011/02/pernikahan-lina-dan-din-4-februari-2011.html

3. majlis sanding

http://dudusecret.blogspot.com/2011/02/wedding-lina-dan-din-di-dewan-jubli.html


ada sesiapa yang tertinggal tak?

Majlis Sanding : Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis

5 February 2011, Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis

Majlis kat dewan start at 11.30 pagi tapi aku dan din sampai dewan tu pukul 1 macam tu. Dup dap gak la sebab aku tak pernah tengok lagi my pelamin, tempat berjalan masuk tu, gerbang, tempat makan damai, kek. Segala-galanya yang kat dewan tu. Yang aku tahu, aku bagi keratan majalah pengantin dan perca kain baju sanding aku untuk rujukan pelamin yang aku nak.


My famili dah tau dah perangai aku, kalau ada benda yang tak kena, mula la buat muka sampai ke sudah. Dah siap kena pesan dah before ke dewan supaya aku terima je macam mana rupa pelamin aku. Sampai je dewan, aku senyum-senyum gembira. Suka sangat sangat sangat hasil yang vendor aku buat.


Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuma ada rasa terkilan sebab ada yang tak sempat jumpa personally. Orang nak bergambar pun ramai. Tak habis betul-betul lagi majlis, aku ngan din dah lari ngan photographer untuk outdoor photoshoot.


Famili DCT pun ada datang. Mak DCT kawan nenek aku. Habis diangkut semua adik beradik DCT. Kesian Kak Saida sebab direquest untuk nyanyi. Masa tu aku ngan din dah ready nak keluar untuk outdoor photoshoot. If Kak Saida read my blog. Thanks a lot kak sebab nyanyi on my wedding day.(haha perasan artis baca blog ;p)

Thanks kawan-kawan, sedara mara dan tetamu yang datang. Ramai gak yang datang haritu. Teharu i..sob...sob..

p/s: komen tak berbalas pun. Sorry tau..nanti ada masa i balas satu-satu komen tu ;p.

Wednesday, February 16, 2011

Aku Rasa Macam Bahan Ujikaji Doktor

Last time jumpa pakar, aku disuruh cari 1 ubat ni. Hospital gomen memang takde stok ubat ni. Ubat untuk merawat fibromyalgia. So haritu, aku ngan din kebetulan jalan-jalan kat Mines, so aku ajak din gi Caring sebab situ ada farmasi. 

Ubat tu memang ada. Mahal yang amat. Aku bayar separuh, din bayar separuh. Aku hanya berikhtiar. Kalau ikutkan malas dah aku nak makan ubat-ubat ni. Dah la ada side effect. 

Ubat tu namanya pregabalin.Ni kira hari kedua makan ubat tu. Aku kena alert sebab ubat ni takleh diberhentikan makan secara tiba-tiba. Bahaya kata doktor. Aku macam rasa mamai. Sakit macam kurang. Cuma yang tak bestnye aku rasa aku sedang berehat. Ko bayangkan la kalau nak buat kerja office tiba-tiba ko rasa tenang je macam takde perasaan. Mata usah cakapla, aku bulatkan pun rasa macam kuyu je. 

Hopefully betul la ubat tu sesuai untuk aku. Penat dah cuba ubat macam-macam. 

Majlis Nikah : Saat Aku Jadi Isteri Din

Aku try review secara overall tentang majlis. Nanti bila dah ada gambar yang proper, harus aku update segala details dari segi pakaian, orang terlibat dan vendors majlis.

Majlis nikah berlangsung pada malam 4 Februari 2011 di rumah mak sedara saya (mak mbong).Mesti ramai yang tanya' Why tak buat kat rumah sendiri?'. Banyak reason. Yang pasti rumah mak sedara tu the right place untuk kumpul all sanak saudara dan kawan-kawan untuk majlis kami.

After majlis khatam, farah the make-up artist datang dengan maknya untuk mekapkan aku. Nanti aku buat entry khas untuk farah. Sekarang nak cite hal majlis nikah je.

Lepas mekap, dah kol 8. Tukang nikah dah datang dah but din tak sampai-sampai lagi. So, mase tu just setelkan   hal borang-borang dengan adik aku. Adik aku wali aku sebab ayah aku dah meninggal dunia. Then aku masuk bilik jap betul-betulkan tudung. Ingat pastu nak keluar kejap jenguk what happen dekat depan. Sekali ko, din dah duk depan tukang nikah. Mak aku pulak heret aku duk sebelah adik aku. Dah macam aksi kena paksa nikah pulak.

Kawan-kawan aku yang kat dalam bilik pulak pelik ngape aku keluar lama sangat. Dah jadi kejadian yang kelakar pulak. Ni aku kopipes dari entry dd dudu yang ni (baru habes diskusi).

tapi, honestly, lina time kawen pun comel.. nak nikah pun comel.. kelaka betul.. aku duduk dalam bilek pengantin dengan pae dengan ezzan dengan ja (ja ko ada kan? ke ko kat luar dgn adam?).. tetibe lina yang dah siap makeup dan pakai veil, keluar bilek melenggang...ingatkan dia nak buat apa kat luar tu.. kitorang duduk je laa kat dalam kan.. tunggu.....

"hishhh mana si lina ni, lamanyee die keluar..." ... aku pun keluarlaaa nak check dia... rupe2nyeeee dia dah duduk sebelah tok kadi bersedia untuk dinikahkan da 
crying so motip kami x tau crying motip bunga tangan dan cincin lelaki masih dalam bilek crying


hik hik.. 


Ok, sambung balik cite nikah. Kedudukan aku sangat dekat dengan din. Boleh dengar la dia sebut apa. Bangga jap sebab suami saya itu lafaz nikah sekali aje. Tapi aku tak nanges la. Both of our moms yang nanges. Tapi dalam hati aku sebak la. Control cun sebab takut mekap mata rosak. Hehe..boleh tak gitu? Korang tak tengok lagi aku kalo nanges, sure teresak-esak punya so better aku jangan nanges.


Pastu majlis batalkan wudhuk. Waktu ni memang neves la. Huhu.. semua orang duk tengok kiteorang. Din pakaikan aku rantai tangan. Aku pakaikan din cincin. 



Then, makan time...Menu malam tu adalah ikan patin gulai tempoyak, sambal ikan bilis hitam ape lagi ey? tapi sambal ikan bilis tu dah menghantui aku sebab ramai orang mintak resipi. Terutama keluarga belah din. Nak suruh aku masakkan sambal tu? Huhu.. aku tak reti... Kalau ikan patin gulai tempoyak tu boleh la.


Rasanya macam panjang je dah entry ni. Cukup la ek reviewnya ;p 

Friday, February 11, 2011

Majlis Khatam Al-Quran

Aku kena cerita sikit-sikit ni. Nanti banyak sangat entry yang tertangguh. Dah la aku macam tak cukup masa sekarang ni. Kehidupan adalah lebih busy dari before kahwin. Dah tambah 1 lagi tanggungjawab.

Plan asalnya aku nak buat majlis berzanji je. Tapi ustazah minah kawan mak aku kata better adakah majlis khatam al-Quran. Ustazah ni jugak ustazah yang sama time khatam al-Quran Siti Nurhaliza.

Majlis berlangsung after Zuhur. Pastu nak dijadikan cerita, pagi majlis, suami kepada ustazah Minah kembali ke Rahmatullah. Innalillah.. So, majlis dibantu oleh kawan-kawan mak dan nenek yang lain.

Aku tak sediakan baju yang proper untuk majlis. Baju yang aku pakai kena reject ngan famili. Diaorang suruh aku pakai baju nikah aku dengan alasan takut pakaian kawan-kawan mak lebih glamer dari pengantin.

Majlis berlangsung dengan jayanya walaupun ada sedikit sesi gaduh-gaduh manja. Yelah.. kawan-kawan mak ni campuran group marhaban yang berlainan.

Doorgift lupa nak snap. Rasa macam rugi pulak sebab aku ada bagi something yang special yang buat makcik-makcik tu terharu. Aku bagi kitab berzanji. Suka benor makcik-makcik tu siap suruh aku sign autograph kat buku-buku tu. Ada jugak benda lain yang diberi dalam paperbag. Yang itu, mak aku yang uruskan so aku tak nampak sangat apa yang ada dalam paperbag tu.


kitab berzanji color merah yang makcik tu pegang la aku bagi. Idea untuk doorgift majlis berzanji

Thursday, February 10, 2011

Officially Married To Mr Safarudin

Dah dekat seminggu bertukar status, tak tahu nak update apa. So just bagi teaser kat korang semua. Gambar capture by ezzan.

Thursday, February 3, 2011

Fibromyalgia? Neuropathic Pain?

1 day lagi

Tiba-tiba tajuk macam berunsur medikal. Yelah semalam aku ada appointment dengan pakar. Sekarang bukan dengan pakar ortho dah. Pakar medical je kot. Lupa pulak aku nak tanya doktor tu dia pakar apa.

Semalam jugak jumpa doktor bincang-bincang pasal MRI otak bulan December lepas. Struktur otak semua ok dan tak de tumor seperti yang dirisaukan oleh pakar ortho. Alhamdulillah. Tapi sebenarnya diorang still membuat assumption aje. Masih tak dapat dipastikan aku betul-betul sakit fibromyalgia/ neuropathic pain. Sebab aku disuruh try ubat lagi.

Seperti yang dicakap oleh doktor semalam, aku mengalami penuaan.Umur aku boleh dikira muda tapi badan aku mengalami sakit-sakit yang dialami oleh orang tua. Ubat takde kat farmasi hospital sebab ubat baru. Aku kena cari ubat tu kat kat farmasi-farmasi di KL. Side effect ubat yang disuggest oleh doktor tu, aku akan mengantuk. Alasannya suruh saraf-saraf aku berehat.

Okla. Cukup dulu la pasal sakit aku tu. Sebenarnya aku lupa apa nak tulis lagi.

p/s: Esok hari terakhir sebagai single ;p

Wednesday, February 2, 2011

Baju Sanding Aku Tak Seperti Yang Aku Nak

Aku tak jangka jadi macam ni. Boleh tak aku nak cakap, aku kecewa dengan baju sanding yang aku tempah tu. Bukan aku tak tempah awal. Huhu... nak nanges..

Dah la aku sepatutnya ada lebih 2 meter lagi lace baju sanding tu. Tapi si pembuat baju telah merosakkan 2 meter tu. FYI, aku beli 6 meter lace tu. Aku ni bukan bersaiz besar gabak nak guna sampai 6 meter lace. Memang dia pergunakan sepenuhnya la lace aku. Yang tinggal memang macam perca. Disaster!disaster! Dah la design memang tak macam dia janji masa aku datang menempah.

Veil masa tempah dia telah bermulut manis cakap dia akan buat. Sekali ko takdenye. Dah la bagi veil yang nampak buruk. Sedihnya. Kecewa sangat-sangat. Memang ni last la aku berurusan dengan orang tu. Tak nak la recommend orang buat baju situ.

Tadi aku telah cuba men'diy' veil dengan perca lace yang tinggal.. huk huk.. minta tolong kawan mak aku. Hopefully veil diy berjaya siap dengan cantik. Korang doakan aku ey :(