Wednesday, September 22, 2010

Kos Majlis Kahwin

After tunang hari tu, duk bincang kos yang bakal dikeluarkan time majlis kahwin nanti. Niat di hati memang kami nak buat sehabis simple la. Bukan simple dari segi majlis tapi dari segi kos.

Yang buat pening ni, mak aku tu banyak betul kawan-kawan. Kawan politik, kawan persatuan, kawan NGO, kawan bisnes dan macam-macam jenis kawan lagi la. Tu baru mak, famili yang lain pun ada kawan-kawan nak ajak sekali. Tapi mak faham kami mempunyai budget constraint. So, may be she will topup kat mana-mana yang tak cukup bajet tu.

Antara anggaran bajet majlis nanti:
  1. Dewan : rm1.5k tapi rm300 dapat balik after majlis
  2. Catering + Pelamin + Walkway + Gerbang : rm13k (rm13 sekepala)
  3. Baju sanding 2 : rm 350 + rm150
  4. Kad : rm2k  (untuk 2 belah pihak)
  5. Doorgift/ Bunga Telur : rm2k (untuk 2 belah pihak)
  6. Mak andam + Baju Sanding 1: aku tak tau lagi yang ni masuk sekali ke tak pakej 13k tu.
  7. Hotel (penginapan): rm1.5 k
  8. Official Photographer: rm1.5k
  9. Travel cost: rm1.5k
banyak lagi sebenarnya, jom bincang-bincang.

2 comments:

dd dudu said...

lina kad kawen aku rm600 untuk 2 pihak. hehe tp kad simpel2 je laa, xde free bunting tau ;p

lina said...

ciare --> erm tu la. belah din macam tak simple je.

dd --> ok la tu, dd. kad simple pun boleh jadi cantik kalo tambah riben etc :)