Wednesday, December 31, 2014

Get A Life!

Assalamualaikum..

Sekarang payah nau nak dapat aku blog pasal aktiviti harianku..
bukan aku je kot.. korang pun kan?
Actually memang tengah busy sikit ni hah..
Ada projek beso net coming 2015.
Doakan yang terbaik ye untuk aku . Projek tu sementara waktu kita simpan dulu tak cerita kat umum..

Hari ni just nak cerita pasal stalker.
Stalker ni ada di mana-mana uols!
Dalam famili pun ada stalker.
Aku buat ni, ko pun nak buat ni..
Aku kawan ngan orang ni, ko pun nak kawan ngan orang ni..
Apa yang aku buat ko tak pernah support pun.
walaupun aku stokis atau agen sah, ko sanggup ambil barang ngan orang luar..
Jeng! jeng! jeng!

Aku tak heran pun.
Sikit pun tak heran..
Lantakkan aje orang gini..

Sejak aku bisnes online hampir nak 2 tahun ni..
Aku sentiasa betulkan niat aku..
Takde nak dengki-dengki or caras orang lain ke apa.
Sentiasa la jugak perah otak sendiri untuk usahakan supaya bisnes aku berjalan..
Tak der aku nak tiru orang buat ape semua..
Tak de masa pun sebenarnya..
Dalam bisnes atau apa-apa je kita buat, yang penting HATI KENA BERSIH.
Kalau ada tercalit jelousy pastu ko nekad nak lebih pada orang tu, segeralah istighfar.
Bersihkan KOLAM HATI tu dulu..


No comments: