Senang je nak masak gulai ni. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Antara bahan-bahannya:
- Ayam
- Tempoyak dalam 1-2 sudu besar.
- Kunyit Hidup
- Cili padi (aku panggil lada kecil. Semua type of cili aku panggil lada sebenarnya)
- Daun Kesum
- Garam secukup rasa
- Air
Ni pulak cara nak masak:
- Mula-mula tumbuk cili padi bersama kunyit. Tumbuk sampai lumat.
- Masukkan ayam ke dalam periuk. Panaskan untuk mengeringkan air ayam. Nanti tak de la berminyak-minyak sangat gulai tu. Tak payah lama. Dalam 2-3 minit je.
- Masukkan cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi.
- Masukkan tempoyak dan air
- Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Masukkan Daun Kesum
- Masukkan garam dan tunggu sampai masak.
Senang kan? Macam masak campak-campak je. Sila la try :) Makan dengan nasi panas-panas time berbuka memang best sesangat.
No comments:
Post a Comment