Monday, June 6, 2011

Cuti-Cuti Makan @ Perlis

hi all.. long silent kan? sebenarnya ada je bloghop tapi setakat jadi silent reader aje.Mood nak update blog sendiri memang ke laut. Ni aku baru je balik bercuti panjang.5 days direct. Seronok betul bercuti dengan suami dan keluarga ke Perlis.Jauh kan? tapi siyes seronok.

Sebenarnya ada majlis bertandang sepupu belah din. Kebetulan pulak tu dekat dengan kampung bapa mertua aku, jadi adalah sesi kenal-kenal ngan famili belah sana. Merasa laksa kuala perlis yang femes tu (tak ambil gambar pun sebab betul-betul menikmati tambah-tambah segan sama famili yang lain). Sedap betul. Kat sana aku rasa aktiviti makan dan jalan-jalan.

1st time jugak aku makan pulut ngan mangga tapi aku macam tak pandai nak makan sangat.Last-last aku makan asing-asing mangga ngan pulutnya. Mangga tu pulak bukan mangga biasa. Mangga harum manis yang sekarang dah nak abes musimnya. Memang bau mangga tu harum sesangat dan rasanya manis sesangat. Katanya harga mangga/pelam jenis ni mahal dekat pasaran. Even kat perlis pun susah nak dapat harum manis ni.
Pulut with Mangga Harum Manis
Bukan tu je aku merasa makan, time singgah RnR Sg Juru tu, aku sempat la merasa cucur udang berkuah kacang ngan pasembur. Jadi la buat lepas rasa kan? Setakat singgah-singgah gitu. Nak ke pulau nanti
tak balik pulak aku. Mak sedara ada yang makan mee udang. Besar-besar udang kat sana.
Pasembur

Cucur Udang Kuah Kacang

Rasa-rasanya tu dulu kot cite cuti-cuti. Entry kali ni kira intro je dulu.

2 comments:

dd dudu said...

lina klu aku pun rasa2nyeee mesti makan mangga dan pulut asing2 hahaha xreti jugakkk.... cam x biasa je combination itewww ;p


sedapnyee manggaaaaaa harummmmmmmmmmmmmmm wangiii manisss

+faizuldin+ said...

perghh~~~~~~makan x ajak pown~!!