Friday, June 17, 2011

Payah Hidup PJJ

Alhamdulillah.. apa yang aku risaukan dah selesai. Surat resign dah diterima dengan baik oleh company sekarang. Diorang paham situasi yang aku hadapi sekarang.

Before kawen aku sangat berharap yang aku akan kuat untuk PJJ. Lama betul relationship jarak jauh aku dan din. Since din grad(masa ni couple lagi) sampai la sekarang selepas kawen.Ada kot kurang lebih 4 years. Tapi perasaan lain after kawen. Tanggungjawab as isteri lagi. Makan pakai din. Walaupun din tak pernah rungut tapi aku sendiri rasa tak best.

Kadang-kadang benda yang bagi orang lain nampak remeh tapi aku bagi besar impactnye. Contoh kalau ada orang kacau waktu aku dengan din. Walaupun bape jam je pun. Tapi aku boleh menangis sampai aku tahan-tahan air mata ni pun tak boleh. Rasa marah dan sedih sangat. Aku jumpa suami aku dua minggu sekali je pun.Dah la waktu cuti kami tak sama. Tsk..Tsk..tiba-tiba aku nak emosi ni.

3 comments:

dd dudu said...

huk2 aku lak balik gombak jap g, klu x, leh ajak ko lepak2 umah jap (membantu ke? haha). huk2 sian lina

ummihasan said...

sabar ye lina.. tak lama dh =)

Unknown said...

saya pun xsuka PJJ :((