Friday, June 10, 2011

Tekad Dan Usaha, Berat Pun Turun

Ada baca from other blogger pasal budak turun berat dari 105kg ke 49kg. Banyak kan? Teruja aku lihat kegigihan budak tu. Aku juga percaya kalau kita tekad memang akan ada hasilnya tak kira cepat atau lambat.

Aku ada la turun berat beberapa kilo. Tapi masih lagi belum capai target yang aku letak. Takpela.. biar berdikit-dikit asalkan berat tu tak naik semula. Sekarang aku nampak yang PB berkesan untuk aku. Tapi aku takde la bergantung harap pada PB semata-mata. PB tu macam pemangkin je. Ada juga usaha lain yang aku buat.

Nak tau apa yang aku buat? Aku buat sama macam orang yang sedang kurangkan berat yang lain. Antaranya:

#1 - Aku kurangkan makan kat luar. Serius masak sendiri boleh kawal minyak atau bahan kurang sihat yang digunakan.
#2 - Kurangkan minuman manis tapi aku tengah usahakan minum air kosong secukupnya.
#3 - Puasa. Tapi tak la berderet walaupun bulan Rejab ni boleh pulun puasa sunat. Sambil ganti puasa-puasa yang belum berganti, 
aku dapat readykan perut aku ni. Pernah je aku gastrik sampai takleh puasa.
#4 - Pakai PB time gi majlis orang kawen. Jadi aku tak makan banyak sangat sekali dalam 1 masa.
#5 - Makan buah banyak-banyak. 

So far, nampak la usaha tu jadi sebab kan, aritu aku aku travel gi Perlis. Makan memang tak hengat tapi berat aku maintain. Kalau tak dulu, aku makan biasa hari-hari even kadang tu aku catu nasi la but still berat aku naik sesuka hati.

1 lagi penyebab aku gemuk adalah ubat Pregabalin tu so aku dah stop makan ubat tu. Doktor marah pun aku redha je sebab aku tak nak jadi OBESE. OBESE lagi bahaya kot sebab banyak penyakit lain leh datang.

2 comments:

ayanuts said...

btl2 masak dkt rmh kita sndri blh kawal minyak semua

aDieyZa said...

zana pun tgh berusaha utk turunkan berat badan.. tp paling risau part perut.. dah nampak buncit cikit la.. risau sesgt..

gud luck dear!!