Best kan jadi orang kaya? Can spend around without feeling bad after spending. Nape tiba-tiba aku bangkit dengan isu ni? Aku masih berhutang banyak. Tambah-tambah hutang belajar.Yes, bila calculate simpanan dan hutang aku tak de duit langsung.
Sekali-sekala bila kita fikir kita still tak bebas hutang buat kita berbelanja secara secara berhemah. Tapi kesadaran tu datang kadang-kadang je. Or may be datang time duit gaji dah habis belanja pun.
Oleh itu, aku sendiri dah mula ambil langkah berjimat cermat. Apa aku buat ey? Aku shopping benda perlu je. Pastu bayar hutang cepat-cepat. Lagi tangguh nanti akan drag ke bulan depan pulak so hutang tu akan menyempitkan pendapatan bulan depan. Time shopping, aku biarkan otak aku menguasai hati aku. Kadang-kadang dah pegang benda tu banyak kali dah tapi aku cakap kat diri aku 'perlu ke benda ni?','pakai ke nanti baju ni','oh, aku masih ada kasut mahal yang jarang aku pakai'. So, bila dah fikir macam tu, semangat membuak-buak nak beli akan turun sedikit demi sedikit dan aku tak la rasa regret tak beli.
Sejak aku kerja di cyberjaya ni, aku dapat jimat duit sikit. Yelah, tempat makan best-best dah kurang dan aku banyak makan kat rumah. Dulu office dekat shopping mall so duit banyak habis kat makan je. Dan sekarang aku jugak dah tak bersiar-siar sangat lepas kerja. Jadi minyak aku agak jimat la. Harap boleh teruskan benda ni sampai bila-bila. Tapi tak de la langsung aku terus balik hari-hari. Cuma kekerapan tu dah kurang berbanding dulu.
Hutang PTPTN tu akan cuba sedaya upaya bayar macam dulu. Supaya hutang tu cepat sikit habis dan tak de la rasa beban sangat. Hutang MARA pulak aku dah start bayar. Tapi ni tak de bunga so aku tak de rase beban pun. Kena letak target umur berapa nak habis bayar semua ni. Installment kete dah tak de masalah sejak aku shift kerja baru. Mana tak nye, gaji masuk same macam gomen kekdahnya. Senang hati aku.
Dah, tak yah pening-pening nak kayo bagai. Setelkan dulu hutang piutang baru jadi kayo.
No comments:
Post a Comment