Sunday, July 18, 2010

Aku Rasa Aku Sesuai Duduk Sorang-Sorang

Mula aku fikir tak mau layan isu ni. Tapi takut makin lama makin menanah pulak hati aku ni. Sebelum aku mulakan aktiviti study aku kat fakulti ni, baik aku luahkan dulu.

Aku rasa susah sangat nak adapt life duduk berkongsi kat rumah sewa. Aku dah cuba nak tolerate but something aku rasa macam housemate aku tak cuba faham dan bertolerate dengan aku. Mungkin aku lama sangat duduk asrama kot. Tambah-tambah aku dah pernah duduk bilik sorang yang lebih privacy. Entry ni bukan aku tak suka roomate aku tau.

Ntah la.. susah nak cakap. Tapi aku dah start buat aksi yang agak kurang ajar sekarang. Aku bukan nak lebih pun, just space untuk study. Aku ni ada peel suka study time-time orang tidur. 12am sampai la subuh. Tu la waktu-waktu otak aku aktif sesangat. Jadi memandangkan aku tak nak kacau orang tidur, aku perlu study kat ruang tamu. Sekali, kat situ jugak housemate aku nak tidur. Aku dah bagi hint banyak kali yang aku nak guna ruang tamu untuk study tapi dia macam tak faham-faham jugak. hish! tak reti la aku. Dah la aku ni jenis study nak kena sepah-sepah kertas. Orang yang buat research tau la kenapa perlu ada aktiviti menyepah-yepah ni.

Aku dah rasa dia saja create alasan untuk dia tidur kat ruang tamu. Dah la lama dah dia tidur situ dan tak tidur dalam bilik dia. Lepas 1 alasan ke 1 alasan. Sampai aku rasa dia just create alasan je. Aku geram sangat sebab konsentrasi aku diganggu. Dah la aku dah datang mood rajin nak habiskan M***** ni. Damn! Tu belum isu tertunda lagi. Ke aku ni cerewet sangat?

Aku tengah fikir solution ni. Nak pindah keluar or aku kena rajinkan diri ke library hari-hari lepas balik kerja. Waaaaaaaaa! Library pas balik kerja adalah penat ok. Lain la aku superwoman. Nak slow talk ngan housemate aku tu tak mungkin la kan. Aku dah bagi hint pun dia tak faham. Korang rasa macam mana? Ok, aku nak study ni.

4 comments:

dd dudu said...

oh lina aku paham perasaan mu...

hoho

susah nak cakap n bg pendapat.. tp aku paham laa!!!

lg pun dulu masa nak pindah dari kolej 12 ko memang berat hati siket kann, sbb dah terbiasa duduk bilik sorang, suke2 hati nak watpe kann..

tp hosmet ko patut paham ar...... ko kan nak stadi wuwuwuwuuw

lina said...

mungkin ni dugaan-dugaan nak buat aku malas lagi.Aku tak kan mengalah demimu m*****.

rosealley said...

pindahla umah aku, eh silap, umah wawa, hee

lina said...

sebenarnye masalah aku tu 1 je. Yang lain2 ok je. huhu ros.. Aku ade sindrom malas nak berpindah randah. tambah bab2 kemas dan angkut barang.