Yes, budget is important especially when it comes into money matter. Kadang-kadang aku tak ikut jugak bajet yang aku buat. He...he.. Tapi aku kagum cara kawan-kawan aku yang betul-betul menjaga bajet setiap bulan. Siap ada buku khas untuk bajet dan perbelanjaan bulanan.. Kagum sangat-sangat.
Ok, tiap-tiap bulan kita dapat gaji kan? So, bajet ni kita kena buat before dapat gaji lagi. Contohnya gaji 26 haribulan, 25 haribulan dah buat bajet. Aku selalu conteng-conteng je kat buku kerja. Ini sila jangan tiru. Better prepare buku khas macam buku 555 pun boleh.
Ada kawan aku, dia siap ada buku expenses untuk kereta dia. Minyak tu siap kira mileage dia guna hari-hari then dia boleh predict dalam sebulan tu minyak pakai banyak mana.
Dari bajet-bajet ni kita boleh tengok pola perbelanjaan kita. Insya-Allah duit gaji akan cukup sampai akhir bulan punya kalau dah buat bajet siap-siap. Sebab based on experience aku yang lepas-lepas, kalau aku buat bajet betul-betul gerenti bulan tu ada lebih duit dalam 100-200 bila gaji baru masuk. Tapi aku ni tak de disiplin sikit. Time jimat, jimat la jugak. Time belanja, kadang-kadang buat-buat lupa yang bajet dah terbabas.
Aku harap sangat dapat mencontohi kawan-kawan berhemah dalam berbelanja ni. Spend wisely your monthly income. Jom mengurangkan kadar brankrupsi di kalangan golongan muda.
P/S: Hari jumaat dan minyak kereta aku baru cecah separuh bar. Pastu aku tak keluar duit dari ATM sejak Ahad hari tu. Adakah ni sign-sign yang bagus? Kita tunggu hujung minggu ni macam mana ;p
No comments:
Post a Comment