Wednesday, September 1, 2010

Persiapan E day (5)

Hari jumaat(27/8) cuti Nuzul al-Quran. Selangor cuti, jadi aku memang dah plan nak dapatkan barang hantaran mana yang cukup lagi. So, plannye nak ke kilang beli bekas hantaran pastu jalan TAR then ke Pusat Kraf Jalan Conlay.

Dekat kilang, bunga yang aku guna untuk hias hantaran dah abes. Yang abes tu pulak main flower. Huhu sedih tau. Mana boleh nak campur-campur bunga lain dah. (tapi din dah confirmkan yang diorang bawa 7 dulang je so bunga adalah cukup)

Pastu ke jalan TAR. Traffic jam start jalan parlimen lagi. Masak duk lama kete lelama. Pastu dah sampai area jalan Raja Laut, parking semua penuh. Aku terus plan nak parking kat the Mall. Aiseh..dah rugi masa merempuh Jalan Raja Laut tu.Parking then naik lrt ke Bandaraya.

Mula-mula aku jalan kat Bangunan City One. Ingat nak beli sesuatu kat situ tapi kedainya tak buka pulak.Pastu masuk semua house. Konon nak survey harga Songket Terengganu.Nak beli macam tak berani sebab tak kenal songket terengganu macam mana. So better beli direct dengan penenun.

Sebab tak nak buang masa aku terus ke JAKEL. Plan nak beli alas meja (fungsinya masa majlis : untuk mengalas tempat kumpul dulang-dulang hantaran.). Aku beli yang paling simple dan sweet coraknya.Color cream bercorak bunga color peach.Pastu singgah SOGO jap beli towel hantaran. Beli yang biasa-biasa aje color buah asam gelugur yang tak buat asam keping lagi(rasa-rasa warna apa ni?)

Then, ambil kereta pastu drive ke Jalan Conlay pulak. Janji ngan dd dudu ngan mak cik Zaini nak tengok barang-barang kat sana. Sekali dua orang tu terperangkap dalam jam terus tak sampai-sampai kat pusat Kraf tu.

Pusat Kraf ada buat jualan tradisional aidilfitri sampai 31/8.Jadi banyak la pengeluar fabrik, aksesori, kuih yang bukak booth kat sana. So lebih yakin sikit nak beli bende-bende macam songket etc sebab penenun sendiri yang jual.Aku survey songket terengganu. Mahalnya. tapi ada alternatif lain iaitu songket kelantan yang aku rasa mampu sikit. Aku beli songket kelantan warna base putih,ada tekad gold.Nanti aku cerita pasal songket-songket ni.

Before balik lipis, aku berbuka puasa dengan dd dudu n family kat carefour Wangsa Maju. Sempat jugak aku grab ferrero roche untuk hantaran.

Jadi list hantaran sudah lengkap (ada changes dari list asal).
  1. Sirih
  2. Bunga rampai
  3. Sejadah
  4. Kain Baju Melayu
  5. Songket
  6. Towel
  7. Fererro Roche
  8. pastry bentul bakul pastu ada strawberi dalam bakul tu
  9. Cookies bentuk gitar
  10. Buah (ni depends availability ada ke tak buah salak tu)

4 comments:

dd dudu said...

kan.. terus xsampai2 kann 2 org itu ha ha haaaaa

mun-e said...

aritu kat city one tu, org tu jual songket tengganu harga 1800 O-0

songket kelantan tu range harga berapa eh.. sbb aritu RR beli.. tapi tak tau murah ke mahal. hehe

pestisid said...

lina,

tabahlah..skang br rasa syukur sgt sbb aku beli songket, cincin smue ngan sedara mara. dptla diskaun 60-70%. byk2kan bersabar. mmg banyak pakai duit kan.

oh ohh smue tempat ko redah tu means ko redah ngan kete ko sorang2 ke??hebatnyeee lina skrg!!

lina said...

dd dudu --> hehe ;p takpe2 lenkali tempat lain pulak ajak teman.

muni --> songket yang ribu2 tu biasanya guna kain sutera. yang kain cotton atau kain tenun dalam ratus2 je. songket kelantan murah sikit banding songket terengganu. Aku cam tak yakin nak beli kat area jalan TAR sebab takut diorang tipu dengan songket sri langka.

lisa --> hehe ;p getz sudah berjalan merata kl dah.