Thursday, September 2, 2010

Songket Terengganu, Songket Kelantan, Songket Sri Langka

Ini sedikit info untuk bride-2-be atau sesiapa saja yang nak beli songket tapi tak pernah ada experience. Tambah-tambah nak raya ni kan? Boleh la beli songket nak buat samping pakai time raya.

Songket ni asalnya ditenun pakai tenaga orang, tapi zaman dah moden so dah ade yang guna mesin untuk tenun. Haruslah songket yang ditenun tangan lebih mahal harganya kan? Selalu orang sebut songket terengganu kalau promo songket sebab songket ni paling famous kat M'sia then hasilnya pulak memang lebih cantik dari songket-songket dari tempat lain.

Songket Kelantan ada jugak, harganya murah dalam RM100-200 daripada Songket Terengganu. Tapi yang ni yang jenis songket tenun tangan yang guna kain tenun atau kain cotton. Kalau korang tengok yang warna dan corak dia cantik sangat pastu penjual cakap harga ribu-ribu tu, yang tu guna kain sutera. Lelaki kan tak boleh pakai sutera. May be diorang mix la sutera tu dengan fabrik lain. Tapi tak tahu la pulak boleh pakai time solat ke tak.

Pastu sekarang nak raya banyak yang jual murah-murah samping songket kan? Cuba pegang kain samping tu, macam keras sikit kan? Yang tu songket Sri Langka atau ade yang panggil songket india. Tapi kadang-kadang ade gak penjual yang tak jujur, kata songket terengganu tapi sebenarnya songket sri langka je. Hati-hati ey kawan-kawan.

Beza songket terengganu,kelantan dengan sri langka ni salah satu nya kita boleh uji benang yang diorang gunakan. Kalau songket tenun, benang dia kalau kita putuskan tak berbulu sangat. Tapi yang paling obvious bila pegang tu lembut tak kainnya. Kalau lembut tu, ok la tu.

Ni serba sedikit yang aku tau. Kalau salah tolong betulkan ey :)

3 comments:

suamihanyisterizuki said...

lagik satu kalau nak kesan yang ori ke tak songket nih, cube terbalikkan n tgk bahagian dalam tuh, cube tgk benang nya, yang ganu/kelate/tenun tgn nih, kite boleh tgk benang tuh bera helai, maknanya dia tak cantum siap boleh kira berapa helai benang tuh.

then songket tenun tgn ni, selalu dia tak jahit terus tau, dia biarkan tak cantum jd sarung tuh.

**xperience menjual dgn makcik, harga songket india tuh rm50 boleh dpt. tp yg tenun boleh dpt semurah rm250**

lina said...

hani ade experience jual songket rupenye. murahnya rm250. kita dapat yang harga rm350. corak simple2 je.

Anonymous said...

Tadi bli songket2 kat mydin agak dlm 300 ke 1000 jgk sahelai.brand sutradara.ori ke tu?nk bli yg 2o 000 x mampu lgi.