Thursday, September 30, 2010

Warna Tema

Aku sedang dikejar dateline. Gila betul user ni, nak terus masuk production tanpa sebarang User Acceptance Test (UAT). Best-best tu memang best tapi sanggap membuat testing ala-ala syok sendiri ni. Mula-mula aku ingat nak siap dah, rupanya banyak lagi. Adeih.. dah la nak fahamkan coding orang terdahulu makan masa. Tapi aku tak stress pun. Nama pun programmer kan? Hadap jela. Yang penting module yang aku buat error free bila user guna nanti. Think +ve.

Last weekend aku ngan mak sekali lagi berjumpa vendor catering + pelamin yang aku dah hire untuk majlis resepsi aku nanti. Hantar contoh kain baju sanding dan bincang balik theme color. Tak mahu la warna baju pengantin ditenggelamkan dengan warna pelamin. Kalau ikut baju sanding tu, warnanya fuschia pink + lilac + gold. Famili may be pakai warna lilac/lavender kot. Tapi ni tak confirm lagi. Nak buat kelainan sikit. Warna famili tak semestinya sama dengan warna pengantin. But the colors mestilah kena.

Rasa tak nak bagi orang pakai warna pink pun ada. So the bride n groom je pakai pink. Aku dan din highlight majlis tu so boleh la kot tak nak bagi orang lain pakai pink. Macam menarik je kan idea ni. Ala-ala raja la kan. Kalau raja datang kita tak boleh pakai kaler kuning raja tu. Baru jadi raja sehari ;p

2 comments:

dd dudu said...

alamak lina, ko dah terkene tag aku...sila rujuk entry "bila mula rasa suka" di blog ku k

lina said...

haha... dah tau dah. tapi buat-buat lupe. nmpknye sekarang terpakse la buat sebab ko gigih komen kat entry aku ;p