Aku tak tahu la ni masuk kategori mengidam ke apa tapi memang aku teringin sangat nak makan tauhu bakar kat Medan Steambot Luton Van, Dataran Bandaraya JB tu. Bukan setakat bayangkan aje, siap rasa dekat tekak ni.
So, cakap kat din untuk singgah makan time kitaorang turun JB. Selasa last two week dah pergi dah. Puas hati dapat makan. Serius cakap the one yang kat dataran bandaraya ni memang sedap. Tauhu dia bakar elok-elok je. Tak rentung ke apa. Pastu sos dia memang sedap sangat la.
Tapi jangan silap van tau. Sebab sini bukan 1 van je jual tauhu bakar. Yang aku pergi tu, yang ada jual air sekali. Van tu tak banyak menu pun. Air ngan tauhu bakar la main menu situ. Nak cakap location van tu betul- betul susah gak sebab van- van ni placing hari- hari lain. Ikut siapa datang dulu kot ;)
Nama pun medan steambot haruslah makan steambot gak. Steambot boleh pilih sendiri pastu leh request nak kuah yong tau fu atau kuah steambot. Harga satu cucuk tu vary. Ada yang RM 1. Ada yang RM 1.50.
3 comments:
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hai lina. salam Ramadhan :)
meh dtg jhr meh! hai nora. salam ramadhan to u too :)
jom jom...saya baru jer upload pics masa makan kat sini. Sila singgah kat blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com dan jangan lupa follow tau :)
Post a Comment