Friday, January 6, 2012

Sotong Masak Lada Hitam

Hahaha.. entry masak-memasak lagi ye kawan-kawan. Dah..modal ape lagi yang aku ada. Gigih tau aku potong sotong macam dalam masterchef. Nak bagi presentationnye cantik. Kalau tak memang potong style bulat-bulat gegelung standard tu aje.

Bahan-bahan:
Sotong
Bawang putih
Bawang merah
Carrot
Cili Merah
Bawang holland
Sos Lada Hitam
Lada Hitam ( tumbuk)
Minyak
Garam

Cara-caranya pulak:

  1. Tumiskan bawang putih dan merah sampai naik bau dan kekuning-kuningan.
  2. Masukkan sotong
  3. Masukkan sos lada hitam 3 sudu dan lada hitam yang ditumbuk 1 sudu.
  4. Masukkan carrot, cili merah dan bawang holland.
  5. Masukkan garam dan tunggu sampai masak semuanya then proceed ngan plating.


Resepi ni inspirasi dari cookbook chef hanieliza tu la. Memang berbaloi beli sebab banyak bagi idea apa nak masak hari-hari. Lagipin resepi-resepi dalam tu masakan yang kebiasaan orang masak hari-hari dan tak renyah pun.

2 comments:

rosealley said...

nak tryla lina, cam senang, hee

lina said...

cuba la ros. mesti jadi punya :)