Tuesday, May 10, 2011

Resepi : Tom Yam Campak-Campak

Semalam teringin benor nak makan tom yam tapi aku nak yang home made punya. So, before balik keje google resepi. On the way balik, singgah supermarket beli barang-barang. Aku bagi nama tom yam campak-campak sebab aku main letak je barang-barang. Takdenye nak ikut tertib ke apa ;p

Bahan-bahan :

  1. Ayam dipotong dadu. Ikut suka hati nak banyak mana.
  2. Sayur-Sayuran (standard la tom yam punya sayur : carrot, cauliflower, tomato)
  3. Fish Ball
  4. Bawang besar (potong bulat-bulat)
  5. Bawang putih (3 ulas, mayangkan atau tumbuk kasar-kasar)
  6. Serai
  7. Daun Limau Purut
  8. Perencah tom yam adabi
  9. Air
  10. Minyak
  11. Garam dan perasa
Cara memasak :
  1. Tumiskan bawang putih sampai kekuning-kuningan
  2. Masukkan ayam
  3. Masukkan 3 cawan air
  4. Masukkan perencah tom yam
  5. Masukkan serai, bawang besar fish ball dan sayur-sayuran.
  6. Masukkan daun limau purut, garam dan perasa.

2 comments:

Unknown said...

YA Allah, sedapnya weeeeeeeeeeee :)

dd dudu said...

waaaah lina dah masak2 kat umah tu.

ke memang dah lama ko start masak2 kat umah baru. hehe ketinggalan ketapi lak aku