Wednesday, May 25, 2011

Aku Yang Huru Hara Semalam

Pas kejadian getz dapat bateri baru tu, aku ingat dah setel dah. Sekali ko, after melawat Rayyan kat Hospital Putrajaya (time tu dah malam), aku nampak lampu brek aku menyala macam aku tengah tekan brek. Siap lampu brek ke 3 sekali nyala.

Huhu.. ini la punca sebenar kenapa air bateri aku kering. Aku rasa aku dah selalu cek air bateri dah tapi sebab kejadian air bateri kering tiba-tiba tu buat aku menyalahkan diri sendiri dengan cakap 'may be aku tak cek betul-betul kot'. 

Aku call din bagitau pasal hal lampu brek ni so din suh aku gi carefour ke atau mana-mana pasaraya besar sikit. Beli spanner, pastu plannye aku kena cabut wayar bateri tiap-tiap kali parking kereta. Remeh bukan, walaupun just a few days je nak tunggu din balik KL tengok condition Getz. Aku pun pecut gi alamanda dari Hospital Putrajaya.

Sampai alamanda, ngan kelam-kabut masuk carefour terus serang bahagian hardware. Aku borong banyak gila saiz spanner. Sebab tak tahu yang mana satu yang boleh guna. Pastu dah siap-siap bayar tu, aku cari parking ticket aku.. Huhu.. takde.. dah macam orang gila dah aku geledah sling bag aku. Memang rasa down sesangat time ni. Air mata tu dah bergenang-genang dah.

Pergi kat kete pun takde jugak. Ya Allah.. sepanjang hari aku rasa diuji. Solutionnya aku gi je kaunter pertanyaan pastu diorang bagi direction ke parking management office. Aku redha je bayar denda tiket parking hilang. Bukan sikit-sikit tau. Ko bayangkan ko parking tak sampai sejam tapi ko bayar RM25. Nak buat macam mana, my bad.

Keluar alamanda, aku balik rumah. Sampai umah terus try nak buka-buka wayar tu. Macam takde satu pun spanner yang boleh guna. Waaaaaa... Aku tak tahu nak mintak tolong sesapa dah. Terpaksa call pak cik tuan rumah again. Pak cik mintak aku datang ke rumah dia. Bersyukur sangat sebab sebab pak cik ngan mak cik ada kat rumah.

Pak cik try betulkan apa yang patut. Sekarang kalo korang jumpa getz aku tak de berlampu brek, sila la pandu ambil jarak jauh sikit. Sebab aku brek macam mana pun, takde lampu yang nyala. Macam bahaya sikit kan? tapi 2 hari ni je kot.

Again.. aku rasa tak kuat sangat untuk life PJJ after jadi macam ni.

2 comments:

dd dudu said...

lina huk huk...

walaupun aku xpaham sgt konsep bateri2 ni... huk2, tp ermmm bertabah yeee...

uwaaaaa

noname said...

try la trade dengan mana2 keta lain, xpn start saving untuk simple car, viva maybe, at least your life would be muchX10 easier, even din pn xyah riso2 dh, btl?