Monday, March 26, 2012

Ayam Masak Halia

**ini entry lama terperuk dalam draft. Dari dibazirkan aku publish je la.**

Angin masak-memasak sudah mari. Dah ape je la keje aku kan? Resepi dapat kat buku 1 hari 1 resepi Chef Hanieliza tu. Bagus buku tu. Banyak masakan lauk-pauk. Sesuai sangat la untuk amateur macam aku ni.

Maaf le kalau gambar adalah gelap. Snap cepat-cepat. Acik segan le ngan mak mertua.

Bahan-bahan:
Ayam,
Halia,
bawang merah,
bawang putih,
sos tiram,
tepung jagung,
tomato,
carrot,
cili merah,
daun kucai,
Minyak,
garam,
gula,
air

Caranya pula :


  1. Panaskan minyak pastu tumiskan bahan-bahan tumis macam bawang merah, bawang putih, halia.

  2. Dah harum bau dan kekuningan tumisan tu masukkan potongan ayam.

  3. Tunggu ayam masak then masukkan potongan carrot, cili merah, daun kucai dan potongan tomato.

  4. Masukkan sos tiram.

  5. Tambah seasoning macam garam dan gula. Bagi balance rasenye.

  6. Masukkan pulak sesudu tepung jagung yang dibancuh dengan secawan air. Ini nak bagi pekat kuah.

  7. Tunggu sebati bancuhan tepung jagung tu then baru tutup api dan plating.


1 comment:

Mama Gee said...

sedapnyaa...nnti nk terai...