Bahan-bahan:
Ikan patin
Cili padi
Kunyit ( tak kisah serbuk ke kunyit hidup. Tapi kunyit hidup rasanya lagi best kot)
Tempoyak
Daun Kesum
Garam
- Cili padi, kunyit sila la tumbuk sampai lumat
- Masukkan kesemua bahan except garam dan daun kesum dalam periuk
- Letak air sampai tenggelam semua bahan-bahan tersebut
- Bila mengelegak, masukkan daun kesum dan garam
- Bila daun kesum dan layu dan ikan pun dah masak, tutup api dan hidangkan
ciare tanya macam mana nak hilang hanyir ikan tu kan?
Ikan darat memang hanyir sket. Biasanya, aku beli ikan kat Pahang so masalah-masalah hanyir ni jarang jumpa sebab ikan tu diternak kat sungai so air mengalir. Sebenarnya yang ko kata hanyir tu, aku rasa bende tu aku selalu panggil 'rasa tanah'. Rasa tanah ni kalau guna teknik ilang hanyir semua tak lut sebab ikan tu duduk dalam kolam bertanah dan air tak mengalir dah lama. Tapi bolehlah kot cuba bilas air asam jawa / air limau nipis nak bagi kurang sket kehanyiran tu.
4 comments:
salam lina - sama cara kita masak...subanallah sgt sedap kan nikmat ALLAH yg diberi kepada hamba2NYA
salam kak lina. tapi ada jugak penah tengok org taruk bwg. mostly cara masaknya sama mcm ni. Cuma mcm rasa ajaib sebab tak guna byk bahan boleh jadi masakan yang lengkap.
best3..betul2, kunyit hidup lg best..ade ummp gitu..
tambah2 ikan dari sungai pahang kan kina?
Post a Comment