Mesti ada yang tertanya-tanya apa jadi dengan kes astro aritu. Meh, nak stori-mori.
Aku tak call pun diorang tapi aku sms and missed call je. Bukan kedekut ke apa, sebab aku tak puas hati diorang buat aku macam tu. Ada pulak suruh customer sendiri call technician. Macam segala-gala caj kita je yang nak kena bayar. Nak buat report pun kena bayar. Bukan sepatutnya dah include dalam service caj memahal tu ke?
So, dapat la sms reply dari technician tu tapi mula-mula dia confuse aku siapa. Patutnya bukan maklumat contact aku diorang tahu ke? So, dia cakap keesokan hari akan datang tengok apa masalah tapi tak cakap pukul berapa. Fine, aku layankan aje. Ingat aku suri rumah agaknya yang duduk berkurung dalam rumah 24/7. Dah la reply sms aku memang lambat sangat. Waktu ni dah melepasi waktu 48 hours feedback yang astro cakap tu.
Esok after kerja takde pun diorang call/sms cakap nak datang pukul berapa. Balik kerja, aku sms tanya bila nak datang rumah check astro?Dia reply: Awak call assistant saya bla..bla.. Aku call assistant tu tak dapat so aku sms technician tu cakap telefon tak angkat. Technician call aku cakap assistant dia sudah on the way. What? Suka-suki je nak datang tak bagi pukul berapa. Kesian aku tau, terpaksa bawa kereta laju-laju.
Sekali, aku sampai rumah tengok assistant tu pakai baju sukan macam nak gi main bola/futsal. Tak bawa apa-apa peralatan. Assistant ini orang yang sama pasang astro aritu. Aku pun cakapla aku suspek sebab piring salah pasang. Assistant tu cakap esok baru dia betulkan sebab tak bawa
peralatan.
Esoknya astro aku dibetulkan dan sekarang dah ok dah.
Lama kan nak dapat bantuan teknikal. Aku rasa proses pihak astro ni berbelit-belit la. Memang tak patut sangat-sangat service charge naik sebab quality of service very low.Aku report pagi isnin,petang khamis baru betulkan.
No comments:
Post a Comment