Friday, October 8, 2010

Kursus Kahwin (1)

Esok kami pergi kursus kahwin. Ini pun dah berbakul-bakul kena bebel oleh mak aku. Sila salahkan din sebab nak jugak gi kursus sesama.

Kursus yang kitaorang bakal attend ni kat Presint 9, Putrajaya. Mula-mula aku plan nak gi yang al-shahir kat Presint 16 tu tapi masa call boleh pulak dia tak angkat. So aku malas nak buat 2nd attempt ke ape. Cari yang lain jela. Yang mana cepat respond. Lagipun officemate aku pernah pergi kursus yang kat Presint 9 ni. Dia kata ok.Urusan pun senang. Pakai sms/email pun boleh book.

Kursusnya Sabtu(2.30-6.30ptg) & Ahad(9pg-6ptg).Jadi dapat la aku ngan din gi Pameran Pengantin kat KLCC jap before kursus.

Keterangan lanjut korang terjah je http://kursuskahwin-putrajaya.blogspot.com/

No comments: