Korang dah gaji? Certain company dah bayar paycheck untuk bulan Ogos kan? Tapi ada juga company yang ade masalah kewangan jadi gaji bulan lepas pun tak dapat lagi. Aku pernah alami masa kerja yang dulu. Sabar ey korang. Anggap tu simpanan secara senyap.
Bila dah dapat gaji mula la kena bayar macam-macam. Aku tiap-tiap bulan kena bayar bil je dalam 40% dari gross pay aku. Banyak kan? tu pun aku pakai kereta biasa-biasa je, pastu sewa rumah flat 2 bilik kongsi 4 orang. Nak kata selesa tu, boleh la. tak de la selesa sangat. Alhamdulillah.
Aku juga minimize expenses untuk benda-benda tak perlu. Cubaan untuk berjimat la ni. Sebab aku asyik terfikir umur berapa aku nak financial freedom. Sekarang ni hutang belajar pun tak habis lagi. Hutang kereta dalam 6 tahun 1/2 lagi. Nak jugak aku ade rumah sebijik tapi aku plan untuk habiskan atleast half of hutang belajar baru beli rumah. Sakit kan kalau pinjam PTPTN ni. Nampak surut sikit-sikit je. Insya-Allah, kalau ade rezeki dalam 3-4K aku nak dapatkan 1% caj pentadbiran tu. Tak de la rasa bayar macam sia-sia. Tengah mengumpul ni. Pinjaman MARA alhamdulillah, rasa berbaloi bayar sebab tak de caj perkhidmatan ke ape.
Aku rasa dah lama aku tak shopping sampai terduduk. Selalu beli barang-barang yang perlu je. Esok merasa la kot shopping gila-gila untuk raya dan E day tapi kalau boleh beli yang perlu je. Aku juga tak seperti dulu, almost everyday makan kat tempat mewah-mewah. May be faktor tempat bekerja mempengaruhi. Dulu dekat je ngan Mines Shopping Fair. Sekarang kat cyberjaya ni tak de shopping complex. Sekali lagi Alhamdulillah.
Korang macam mana? every month perbelanjaan melebihi gaji tak? apa pulak korang punya cara berjimat? jom share. Kot-kot aku boleh ikut ke.
3 comments:
aku jimat dgn bawak bekal g ofis. Heh heh.
kalau tak bulan pose aku pun same bawa bekal. tu kalo stay kat office la. Kalau client site tak bawa. segan ngan client ;p
bagusla ciare :)boleh meningkatkan ekonomi rumah tangga.
Post a Comment