Friday, June 11, 2010

M.R.I pertama dalam hidup aku

Pernah dengar apa itu M.R.I? Kalau sesiapa yang rajin tengok cerita-cerita drama berunsurkan dunia perubatan mesti pernah melihat mesin ini

Credit to:

http://www.dundee.ac.uk/medther/tayendoweb/images/mriscanner.htm

13 Mei 2010, aku dah merasa duduk dalam mesin ni. Alhamdulillah, proses tak memakan masa yang lama sebab aku ikut je arahan. Keputusan scan akan diketahui pada consultation 21 Julai nanti. Doakan yang baik-baik buat aku.

Masa dalam mesin ni, aku dengar bunyi bising walaupun aku didengarkan lagu melalui headphone. Kalau pejam mata, rasa macam ada wave yang buat aku rasa macam kertas di'fotokopi'kan. Kepala pula masa awal-awal dah 'dipenjarakan' macam topi pemain american football. Tangan pula dibekalkan belon macam pam tekanan darah yang tak digital tu. If ada hal emergency, belon tu la gunanya untuk panggil orang penjaga mesin. Dekat atas kepala menghadap muka semasa baring ada cermin untuk melihat kaki dan orang penjaga mesin.

Ok la, aku pun tak tahu nak cerita apa lagi pasal bende alah ni. Cukup la untuk memori pertama aku bersama mesin MRI ni.

No comments: