Anak temuk-temuk mummy dah 3 bulan hari ni. Semalam dah pergi check up dah sebab macam last month, KKIA hari jumaat tak buat check up.
Perkembangan 3 bulan ni:
- Dah pandai sebut few words lagi. Mummy tak tau la Ibrahim paham ke tak makna perkataan yang Ibrahim sebut tu tapi you use the words correctly, sayang.
- Badan dah tegak dan boleh lonjak ke depan dah.
- Meniarap dah ada tanda-tanda mengereng sikit-sikit tapi meniarap sendiri belum lagi.
- Air liur kemain la banyak. Habis basah baju Ibrahim tapi rambut mummy tak gugur pun macam kebanyakan orang cakap. Cuma rambut mummy rosak adelah.
- So clingy sampaikan mummy nak buat keje susah kalau Ibrahim tak tidur.
- Mula kenal orang dah. Pastu behave je kalau dibawa ke kedai abah.
- Dah pandai gelak mengekek-ngekek kalau kena geletek.
- Drypers dah tukar size M since minggu lepas.
- Minum formula milk dah kurang dah. Tapi kadang-kadang Ibrahim mengada tak nak susu mummy.
Berat Ibrahim 3 bulan : 6.8 kg (+0.9kg)
Tinggi : tak ukur tapi mummy tau tinggi dah meningkat sebab banyak baju dan seluar dah senteng.
1 comment:
huii rambut mummy ibrahim tak gugur..bestnyaaa..rambut ibu aqeel ni bykkk sgt gugurnya sejak die start menyembur..aduhai
Post a Comment