Salam jumaat korang. Dah petang dah kan? Aku baru nak naikkan 1 entry. Dari pagi sibuk bebenor melayan Ibrahim. Sambil-sambil tu menguruskan bisnes onlineku. Alhamdulillah, ada je buyer Maixara C-Sential (MCS) hari-hari. Tak kira online atau offline. Offline aku jual dekat kedai din.
Semalam, baru restock baru MCS. Pastu ada tambahan produk aurawhite glutacollagen yang pelakon Hanez Suraya tu makan. Din memang dah ade jual kat kedai dia. Yang part aku punya ni, aku baru je jadi pengedar. Semua yang aku bisnes online ni, aku guna modal aku sendiri. Cuma awal-awal tu ada pinjam duit din sikit. Saje je nak rasa jadi bos sendiri so segala mak nenek urusan bisnes din takdelah campur tangan. Nak shopping duit hasil bisnes pun syok sebab duit sendiri. Cuma din jadi penasihat. Yelah kadang-kadang kita tak nampak baik buruk sesuatu kan?
Entry pasal aurawhite tu nanti aku buat. Aku ni tengah menahan nafsu je nak try aurawhite tu. Tapi makan MCS ni pun kulit aku dah improve banyak. Even din pun cakap muka aku dah tak kusam dah.Best!Best! Sesiapa nak order, harga masih harga promosi tau. Tak tahu la kalau isnin ni nanti naik pulak ke harga asal sebab dah habis bulan Mac kan?
Seronok pulak bercerita pasal produk yang kita try pastu hasilnya superb. Rase tak boleh nak berhenti nak bagitau orang betapa bestnya produk tu. Even sesiapa yang tak kenal sms tanya pasal produk ni pun aku layan je jawab. Tak kesah la diorang beli dengan aku ke dengan orang lain. Hi Hana! Nice chatting with you :) Excitement tu datang tiba-tiba sebab produk ni memang bagus.
Ok, la. Ibrahim tengah tido lagi tu. Aku kena cepat-cepat setelkan segala kerja. Kalau dia dah bangun nanti, semua kerja pun tak boleh nak buat. Bye!
No comments:
Post a Comment