Tuesday, April 19, 2011

Misi Berumah-Tangga

Aku ni dah berapa bulan kahwin tapi masih belum berumah tangga. Betul la orang cakap, bila dah kahwin mesti nak rasa ada rumah sendiri walaupun rumah tu sekadar rumah sewa. Nak hias rumah cara kita sendiri, asah bakat memasak dan senang husband or family nak datang ( macam kes aku yang PJJ ni).

Aku dan din memang ada mencari rumah sewa tapi kitaorang sekadar mencari dekat internet je. Lagi 1, kami masih confuse sama ada nak beli rumah atau sewa. At last kami sedar yang kami masih lagi tak mampu nak beli rumah. Kalau ikut syarat dah mampu dah cuma din letak standard yang tinggi supaya kami tak terbeban dengan hutang pada masa depan.

Kebetulan last week masa kereta aku kat bengkel, aku naik taxi seorang pak cik ni. Sebab cara pak cik tu yang aku rasa selesa, jadi aku pergi- balik kerja selama 4 hari naik taxi pak cik ni. Masa dalam perjalanan tu pak cik tu cite ragam penyewa  lama rumah dia sebab bila pak cik tau aku duduk rumah sewa dengan orang bujang. Pastu masuk cite penyewa lari tengah malam sebab tak bayar sewa dan pak cik terpaksa renovate rumah dia sebab penyewa yang tak bertanggung-jawab tu. Pastu tau la pak cik tu nak sewakan rumah dia tapi tak sempat letak iklan lagi.

Last weekend, aku diteman dd ngan keri tengok umah tu. Bagi aku sewa rumahnya murah dan rasa macam selesa sangat dah. Yang penting aku tak perlu lagi redah jam macam sekarang ni. Insya-Allah awal bulan depan kami akan berumah tangga =)

gambar credit to dd

4 comments:

rosealley said...

hoyeah, jadi eh ko pindah, dok dekat la kita nanti:)

lina said...

rose --> insya-Allah jadi pindah. Dekat la rumah kite nanti :)

ummihasan said...

woo.. cantiknya.. macam baru cat.. lina, kat mane ni? ko keje mane ye skrg?

hehe.. sory ummu ketinggalan :)

An idealist that doesn't know where she's going, but is on her way said...

bestnye.. saya pun PJJ skrg. wuu :(