Thursday, April 14, 2011

Kos Travel PJJ versi public transport

Kira aku dah ada pengalaman la cuba macam-macam pengangkutan sejak kahwin ni. Jadi aku catat kos travel aku supaya boleh membantu kawan-kawan yang tak pernah naik public transport, dan nak cuba naik public-public transport ni.

Aku biasa naik bas dari Putrajaya Sentral ke Johor Baharu (Stesen Larkin Sentral). Kereta pulak park di Park n Ride.

Kos Parking Park n Ride
Sekali masuk = RM 2
Overnight after 1am - 5am = RM 5


Kos Tiket Bas Plusliner Putrajaya-Johor Baharu = RM 29.10

Pastu dari Johor ke KL pulak, aku sama ada naik bas atau naik keretapi.
Kalo nak bas, aku naik dari Kluang.

Bas adalah banyak tapi tak la sebanyak stesen Larkin sentral tu. Last time aku naik Bas Satria dari Stesen Bas Kluang- Stesen Bersepadu kat Bandar Tasik Selatan. Canggih woo stesen baru ni. Ala-ala airport kekdahnya.

Kos Tiket Bas Satria Kluang - Bandar Tasik Selatan (KL) = RM 25.00

rasanya bas-bas lain pun lebih kurang je harga tiketnye.

Then, sampai Bandar Tasik Selatan, aku naik ERL ke Putrajaya Sentral

Kos ERL Bandar Tasik Selatan - Putrajaya = RM 5.30

Kalo naik train pulak, aku naik dari stesen Kluang atau stesen Kulai sampai KL Sentral. But lately, prefer stesen Kulai la sebab lagi dekat dan masanya awal sikit jadi din takdela kena tunggu lama. Naik train ni biasanya malam-malam sikit. Sampai KL dah pagi dah. Naik train ni boleh relaks dan tidur so takdela penat travel.

Kos Train KTMB dari Stesen Kulai (yang bed punya seat) = RM 43.00


Kos Train KTMB dari Stesen Kluang (yang bed punya seat) = RM39.00

Sampai KL Sentral, amik ERL ke Putrajaya sebab taxi mahal sangat. RM 59.00 taxi KL Sentral - Cyberjaya. Erm, kalo ke Putrajaya tak tahu pulak. May be lebih kurang je harganya kot.

Kos ERL KL Sentral - Putrajaya = RM 9.50

4 comments:

dd dudu said...

aku betul2 teringin nak rasa naik tren tido kat katil dia.

lina said...

dd.. ko gi la melawat abg ko dgn naik train :)

anis said...

hai lina..
wah kos agak besar jgk ek nk blk every weekend cmni..huhu..
lina tak cuba naek train straight dr kajang ke kluang/kulai? mungkin lg jimat. kos dlm rm25++ utk jenis seat la. parking pn free atau kena byr pn tp takde had masa rasanya.

tp xtau kot masa train gerak tu sesuai tak dgn masa lina habis keje..

=)

lina said...

anis --> kdg2 2 minggu sekali je balik jhr. erm.. letak kete kat park n ride selamat sikit sbb security mmg dia jaga. lagipun abis keje kol 6. ngam-ngam leh naik bas kol 645 ptg =)