Wednesday, February 16, 2011

Majlis Nikah : Saat Aku Jadi Isteri Din

Aku try review secara overall tentang majlis. Nanti bila dah ada gambar yang proper, harus aku update segala details dari segi pakaian, orang terlibat dan vendors majlis.

Majlis nikah berlangsung pada malam 4 Februari 2011 di rumah mak sedara saya (mak mbong).Mesti ramai yang tanya' Why tak buat kat rumah sendiri?'. Banyak reason. Yang pasti rumah mak sedara tu the right place untuk kumpul all sanak saudara dan kawan-kawan untuk majlis kami.

After majlis khatam, farah the make-up artist datang dengan maknya untuk mekapkan aku. Nanti aku buat entry khas untuk farah. Sekarang nak cite hal majlis nikah je.

Lepas mekap, dah kol 8. Tukang nikah dah datang dah but din tak sampai-sampai lagi. So, mase tu just setelkan   hal borang-borang dengan adik aku. Adik aku wali aku sebab ayah aku dah meninggal dunia. Then aku masuk bilik jap betul-betulkan tudung. Ingat pastu nak keluar kejap jenguk what happen dekat depan. Sekali ko, din dah duk depan tukang nikah. Mak aku pulak heret aku duk sebelah adik aku. Dah macam aksi kena paksa nikah pulak.

Kawan-kawan aku yang kat dalam bilik pulak pelik ngape aku keluar lama sangat. Dah jadi kejadian yang kelakar pulak. Ni aku kopipes dari entry dd dudu yang ni (baru habes diskusi).

tapi, honestly, lina time kawen pun comel.. nak nikah pun comel.. kelaka betul.. aku duduk dalam bilek pengantin dengan pae dengan ezzan dengan ja (ja ko ada kan? ke ko kat luar dgn adam?).. tetibe lina yang dah siap makeup dan pakai veil, keluar bilek melenggang...ingatkan dia nak buat apa kat luar tu.. kitorang duduk je laa kat dalam kan.. tunggu.....

"hishhh mana si lina ni, lamanyee die keluar..." ... aku pun keluarlaaa nak check dia... rupe2nyeeee dia dah duduk sebelah tok kadi bersedia untuk dinikahkan da 
crying so motip kami x tau crying motip bunga tangan dan cincin lelaki masih dalam bilek crying


hik hik.. 


Ok, sambung balik cite nikah. Kedudukan aku sangat dekat dengan din. Boleh dengar la dia sebut apa. Bangga jap sebab suami saya itu lafaz nikah sekali aje. Tapi aku tak nanges la. Both of our moms yang nanges. Tapi dalam hati aku sebak la. Control cun sebab takut mekap mata rosak. Hehe..boleh tak gitu? Korang tak tengok lagi aku kalo nanges, sure teresak-esak punya so better aku jangan nanges.


Pastu majlis batalkan wudhuk. Waktu ni memang neves la. Huhu.. semua orang duk tengok kiteorang. Din pakaikan aku rantai tangan. Aku pakaikan din cincin. 



Then, makan time...Menu malam tu adalah ikan patin gulai tempoyak, sambal ikan bilis hitam ape lagi ey? tapi sambal ikan bilis tu dah menghantui aku sebab ramai orang mintak resipi. Terutama keluarga belah din. Nak suruh aku masakkan sambal tu? Huhu.. aku tak reti... Kalau ikan patin gulai tempoyak tu boleh la.


Rasanya macam panjang je dah entry ni. Cukup la ek reviewnya ;p 

6 comments:

iedayah said...

congrates dear...slmt menempuh alam rumah tangga

Ciare Baha said...

sweet moment waktu dinikahkan mmg perlu diabadikan dalam blog. buat kenangan :D

sambal ikan bilis hitam? wuah dgr nama je aku da terliur. nanti kalo ada resepi tepek sini ya :D

dd dudu said...

yang belimbing tu lauk mana?

K.I.N.A said...

tahniah lina..cpt2 review ye..

aDieyZa said...

patutlah masa baca entry dd, dd kata lina menghilang.. rupanya ada kisah disebalik semua tu..

xpe2, yg penting semuanya berjalan lancar kan.. mmg nebes la bila semua org pandang kita kan..

lina said...

iedayah --> thanks dear :)

ciare --> tak tahu la resepinye. Kalau ada nanti aku letak kat blog.

dd --> yg ada belimbing tu lauk sambal itam ikan bilis tu la.

Kina --> thanks kina :) tgh cuba me-review sesatu.

adieyza --> tu la kan. nebes gile sebab jadi tumpuan semua orang ;p