Wednesday, July 28, 2010

Kadang-Kadang Benda Yang Kita Kata Tak Suka...

Kadang-kadang benda yang kita kata tak suka tu la kita akan buat. Aku tak tahu la kalau orang lain anggap benda ni tak betul. But for me, benda ni banyak berlaku di keliling aku dan pernah berlaku dekat diri aku kot. So, ambil ikhtibar ye kawan-kawan.

Contoh A:

Sebelum..
Aku tak suka la warna pink ni. Geli. Tak suka girlish-girlish.

Sekarang..
Aku la pencinta pink sejati. Nak pink je.

Contoh B:

Sebelum..
Aku tak suka tudung macam tu. Biasanya makcik-makcik je pakai.

Selepas..
Tudung ni selesa dan senang nak pakai.

Contoh C:

Sebelum..
Si N:Tak nak ambil pakej tambah-tambah, nak yang basic je. (Pakej Astro)
Si P:Tak pe la, biar saya bayar lebih untuk pakej tambahan tu.

Selepas..
Si N duk ngadap hari channel dalam pakej tambahan tanpa rasa bersalah pun. Tak de pun rasa nak topup bayar sesama.

Ok, tu contoh je. Yang aku nak cakap ni, kita jangan la cepat sangat nak kata 'tak suka' kat sesuatu benda. Takut nanti one day kita suka pulak. Tambah-tambah bab fashion dan trend. Mula-mula kita memang tak suka sebab trend tu tak ramai lagi cuba. But, lame-lame kalau dah ramai yang pakai ikut trend tu, sedikit sebanyak kita rasa nak cuba. Betul tak?

So, pengajarannya : Jangan kata tak suka kalau tak cuba lagi. Cuba dulu. Kalau rasa tak suka, jangan announce kat orang pun sebab takut one day tiba-tiba tersuka pulak.

Ni sekadar renungan je tau.

3 comments:

rosealley said...

setuju!

dd dudu said...

auchhh, aku pun selalu kene camtu gak, tp diri sendiri ar ;p

tp lupeee ape tah contohnye haishhhh

lina said...

rose:betul kn?
dd:sekadar beringat je. don't say no cepat sangat ;p