Wednesday, July 14, 2010

Tamak Kah Aku?

Dengar cerita company lama dah dapat gaji bulan 6 tapi aku dah tak de pun dapat call. Yang aku sebok-sebok ni apa hal. Oh! Aku belum dapat gaji terakhir aku kerja kat sana awal bulan 5 dulu. Sedar-sedar dah 2 bulan aku bertukar kerja.

Aku dalam dilema sekarang ni, nak mintak salah, tak mintak pun salah jugak. Aku tau diorang ada masalah kewangan, aku pun dah consider rasanya kot. Masa aku masuk kerja baru kan tak cukup sebulan. Jadi gaji pun tak cukup sebulan. Banyak perbelanjaan diri terpaksa aku sekat sebab company lama tak dapat nak bayar gaji aku yang last tuh. Tapi agak sedih la time tu sebab diorang dapat gaji bulan 5 tu awal. mungkin betul la Bos HR tak sempat nak endorse last payment aku. Tapi aku kan berhenti awal bulan 5, banyak hari boleh buat kira-kira kan?

Then, time bulan 6 punya gaji, diorang lambat dapat gaji, so aku pun consider sekali lagi. Kesian diorang tak dapat gaji lagi. Lagipun aku dah dapat gaji penuh bulan 6 kat company baru. Semalam aku dengar gaji diorang dah float dah. Apa nasib aku kali ni? Perlu tak sekali lagi aku consider. Yelah, aku kan ex-staff, akan sentiasa la dianak-tirikan payment aku tu.

Aku asyik rasa 'mesti diorang ingat aku tamak' kalau nak mintak-mintak. Tapi bukan aku patut dapat lama dah ke last payment tu? Cuba korang nasihat sikit kat aku ni. Mintak ke tak? Ke ala-ala jahat gitu mintak-mintak dekat orang yang aku je fikir susah diorang tapi diorang tak fikir pun susah orang lain?

Lesson untuk kali ni ---> fikir keadaan orang lain jugak, jangan duk selfish je.

3 comments:

dd dudu said...

xpe lina, mintak jekk

itukan bahagian koo, huhuhuhu

aku sokong ko mintak yee

ciare (^_^)v said...

itu hak ko lina!! aku mensokong ko utk dapatkan hak ko itu..chaiyok!! :D

rosealley said...

hak ko lina xpe kalo nak mintak