Friday, July 5, 2013

Ibrahim Ikram dan Gigi

Ibrahim baru 6 months ++ tapi dah ada banyak gigi. Aku tak tau la anak orang lain macam mana. Lagipun tak best nak compare-compare perkembangan anak sebab setiap anak berbeza perkembangannya.

Kalau ikut kiraan aku, campur gigi yang dalam gusi, yang tak nampak keluar. Ada 6 gigi kesemuanya. Sekali tumbuh banyak terus. Alhamdulillah, Ibrahim tak demam pun cuma air liur berjejeh tu memang takleh elak la kan?

Ibrahim start tumbuh gigi atas dulu. Aku pernah dengar ada benda yang tak best pasal gigi tumbuh atas dulu. Ikut orang tua-tua katanya. Bagi aku, benda-benda macam ni Allah je yang tahu. Lagipun, aku dan din memang kalau benda-benda prediction gini tak caya pun. Kita guna logik akal untuk tafsir kepercayaan orang dulu-dulu.

nampak tak gigi comel saya

Ibrahim ni memang senang sangat. Dari dalam perut tak de masalah pun. Aku takde alahan teruk. Everything went smoothly. Cuma masa nak lahir tu jela, susah nak keluar sampai keluar ikut 'tingkap'.

Ibrahim dah merangkak dan sekarang memanjat pulak kerjanya. Terjun dari katil tu dah lost count dah. Semalam, dia first time berjaya duduk dari baring tanpa bantuan aku pun. Pastu dah duduk buat muka bangga. Sweet sangat moment tu!

Ada jugak orang cakap, if dah tumbuh gigi nanti lambatlah berjalan. Tapi aku tak percaya pun dan dah terbukti pun tak benar. Ibrahim ni special. Semuanya cepat. Tapi tula bila cepat sangat perkembangan dia, aku rasa sedih dan takut. Cepatnya besar anak mummy! Tapi kena percaya yang Allah knows the best for him :) Mummy akan selalu doa yang terbaik untuk anak mummy.




2 comments:

aznor ibrahim said...

ibrahim! awak mmg cepat..aqeel baru kua gg bawah siketttt je..awak dah byk..yg laen2 tu bole geng ngan aqeel.membesar dgn sehat ye sayang!

mizzy amalina said...

ya allah...comelnye gigi!!hehe..
eusoff da 7bulan lebih sebatang gigi pun xde lagi.tapi keje menggigit orang je.hehehe.. :)