Wednesday, May 22, 2013

Pemanggang Ajaib

Tak tahu nak cerita apa kan? Meh cerita pasal bende alah ni. Orang lain dah lama ade, ko baru nak ade kan? Semalam beli, arini dah guna dah. Ngeh..ngeh..ngeh..

Ekceli, dah lama cari sesiapa yang jual kat johor ni. Tapi macam susah nak jumpa. Pernah jugak cari 1 kluang dekat kedai peralatan dapur. Nan ado...Kebetulan kakak yang aku selalu deal bisnes tu ade jual, teruslah mendapatkan dari dia je. Senang...

Aku dah fikir dah kalau susah sangat nak jumpa dulu, nak suruh mak aku belikan. Kat lipis ade jual tapi mahal la diorang markup harga. Nasib la jumpa jugak. Pasni senang keje masak-memasak aku.

Tadi goreng ikan dalam tu. Buat 2 kali masak sebab tak muat. Yang kali kedua tu, aku sibuk menguruskan ibrahim sampai kerentungan ikan tu. Nasib seekor je. Tapi takde la rentung nau. Takat nak bagi kucing makan masih boleh lagi. Kucing kat rumah ni pulak jenis kalau tak makan nasi gaul ngan ikan goreng memang duk mengiyau je la. Dah ajar makan biskut kucing tu pun tak jalan. Gila selera tinggi.

Ok la.. tak boleh lama-lama ni, aku banyak keje lagi ni. Nak uruskan hal bisnes ngan rumah ni. Siapa nak beli Maixara/Aurawhite/Ferwhite/Obuse Lip Tint boleh sms/whatsapp aku. Apa? ade jual jugak ferwhite? yup! aku jual ferwhite jugak. Nanti aku up entry ferwhite tu. Kalau tak sabar, boleh terus sms/whatsapp tanya-tanya ;)

*** sorry entry tak bergambar sebab semua pun tau pemanggang ajaib tu macam mana ;) kalau tak tau jugak, sila google ey. berlambak gambar pemanggang ajaib tu siap resepi bagai .

2 comments:

rina_mazlan said...

Pemanggang ajaib mmg best. Tapi berat sikit.. heheh

lina said...

tu la.. berat sikit tapi sangat sangat berguna :)