Thursday, October 14, 2010

Bila Aku Start Suka Din

Dd, ni kira menjawab tag ko aritu ey. Tak suke menjawab tag-tag ni. Tapi kerana kawan baikku dd, aku rela la jawab tag ni.

Setelah puas fikir bila aku start suka din, akhirnya aku berjaya ingat. Tapi tak de la ingat secara spesifik sebab din ni banyak sangat buat benda sweet-sweet time mula-mula ber'kawan' jadi aku ambil benda yang betul-betul deep impact.

Aku start suka din bila din mms lagu dia main gitar. Lagu yang dia mainkan tu memang lagu yang tengah aku suke gila time tu. Dah la time tu berangan nak ada boifren yang pandai main gitar. Teka lagu ape? Kalau baca blog lama, rasanya aku ada cakap lagu apa yang aku tengah suka tu. Ok, malas nak suruh korang guess. Lagu 'unintended' by Muse. Lagu tu aku ada simpan dalam handset lama yang bateri dah kong and ada gak backup ke dalam pc kat rumah Lipis.

din pulak bila start suka aku ey? Dah lama nak tanya dia ni. Ke dia dah pernah cerita tapi aku tak ingat?

1 comment:

dd dudu said...

oooooooooo

hehe, ok nanti tanye din pulak, kikikki