Wednesday, April 24, 2013

Upgrade Jadi Mini Stokis Maixara

Aku ni dalam mood stress ni. Mana tak stressnye. Ibrahim buat perangai nak aku tercongok depan muka dia je. Nak buat keje apa pun tak boleh. Sejak dia 4 bulan ni perangai super duper manja tu hover sangat. Hidup aku makin tak terurus jadinya. Kalau ditinggalkan dia merengek, lama-lama nangis slow-slow sambil panggil 'mummy..mummy..' pastu nangis yang hover sampaikan nak terkeluar anak tekak. Macam mana ey nak buat? Ade yang cakap biarkan je dia nangis nanti dia paham 'it's ok mummy takde'. Tapi tak sampai hati ok nak dengar dia menangis.

Semalam aku telah meng'upgrade' dari dealer ke mini stokis Maixara. Alhamdulillah, dah ade modal nak jadi mini stokis, terus je proceed. Ini semua kumpul modal sikit-sikit tau. Nama pun bisnes kecil-kecilan.. heh..heh..

Mini stokis boleh melantik dealer/ dropship. So, sesiapa berminat boleh sms/whatsapp ey. Modal tak besar dan insya-Allah aku akan guide korang how to start the business.

Lagi 1, aku nak cite pasal backout buyers. Aku tau la Maixara ni ade persaingan dari penjual-penjual Maixara lain. Ini kau tanya lebih-lebih ngan aku sampaikan berjam-jam tanya pastu ko senyap je. Aku bukan tak boleh nak jual harga murah tapi HQ dah tetapkan harga tak boleh senang-senang tuang. Tu pasal lah ramai penjual Maixara yang beretika berlumba-lumba nak bagi free gift dekat customer. Kadang-kadang beli yang murah tak ikut harga HQ tetapkan ni dikhuatiri takut terbeli barang tak ori. Kalau ade pun backout buyers ni sebab nak tunggu gaji dulu baru dapat buat payment, takpe.. korang boleh reserve dulu tapi cakap la nak tunggu gaji.

Sebab dah banyak kejadian backout buyers ni, aku nak strict sikit. Sesiapa nak sms/whatsapp untuk pembelian sila ikut template ni:

Nama:
Alamat penghantaran:
Barang apa nak order:
Kuantiti:
Nak bank in pakai bank apa:

Untuk Q & A korang boleh tanya kat blog ni atau kat FB page yang aku create khas untuk bisnes kecil-kecilan aku ni. Search 'Tradicine'. Kalau pakai gambar profile Maixara C-Sential tu, betul la FB page nya.

Ok, la Ibrahim dah start 'lagu rock' dah tu. Bye!





2 comments:

Riana said...

Salam..sabau je la..aisyah pun sama nak mak nyer ulit dia je..sejak bila ntah pandai nangis mendayu2 kl maknyer ni xd depan mata..alahai anak..

lina said...

dah mati akal dah kite riana. ape lagi nak buat dgn ibrahim ni. mmg super duper manja. nasib mummy yang jaga. kalau orang lain, tak tau la ape nasib ibrahim.