Tuesday, January 3, 2012

Suka Duka 2011

Few hours lagi 2011 akan melabuhkan tirai. Sepanjang 2011 ni banyak benda suka duka berlaku kat aku. Antaranya :

Februari 2011
Aku dan din diijabkabulkan. Semoga perkahwinan kami bahagia dunia akhirat. Amin. First time bercuti bersama- sama . Honeymoon le tu.. hik..hik.. Cameron Highland je pun. Tak jauh mana.

Mac 2011
Majlis belah din pulak. Masa otw nak balik Johor a day b4 majlis merasa kitaorang naik tow truck. Kereta din rosak kat highway.

Jun 2011
Jalan- jalan makan angin ke belah utara dengan famili belah din. Sebenarnya ada majlis sambut menantu untuk cousin belah din jadinya sesambil tu kamiorang makan angin. Sempat jugak ziarah sedara2 belah Perlis sana.

Ogos 2011
1st time beraya jauh dari famili sendiri. Adatlah kalau dah berumah tangga ni. Kena buat konsep giliran kalau bab raya. Jadinya raya puasa kami beraya di Johor, raya haji pulak kat Lipis.

September 2011
Aku berpindah kerja dan tempat tinggal. From Selangor to Johor. Sob..Sob.. Bertahun-tahun aku bermastautin di Selangor akhirnya aku pindah gak dari sana. Tapi takpe, aku dah takperlu PJJ dah.

November 2011
Kami beraya di Lipis sebab famili sebelah aku buat ibadah korban. Lagipun memang giliran balik raya di Pahang.Merasalah perjalanan balik raya yang jauh. Tapi seronok je sebab ikut jalan-jalan kampung.

December 2011
Aku dikejutkan dengan kejadian sedih. Tapi takpelah. Kejadian tu sikit pun tak menjatuhkan aku. Mungkin ada hikmah sebaliknya.

Entry aku taip sebelum tahun baru. Tapi nak menyudahkan entry amik masa berhari-hari. Ni sebahagian je kejadian 2011 tau. Kalau nak rangkum semua kat sini mau panjang bebenor entrynye.

No comments: