Thursday, October 3, 2013

Bandung Trip 2013 - Day 1

Sebelum lupa baik update sikit-sikit. Bandung trip kali ni sempena SIL aku konvo. Kat indon diorang panggil konvo - wisuda.

Since nak travel last minute gitu so tiket flight adalah harga mahal sikit. Around 6k untuk whole family. Naik Air Asia (AA) sebab nak turun kat Bandung terus takdelah stress dengan traffic jammed kat Jakarta. Tapi stress jugak sikit sebab airport Bandung comel sangat. Oh! kalau di Bandung, jangan guna perkataan comel tau ( maksud comel kat sana : Mulut Tempayan)

Flight ke Bandung from LCCT actually pukul 7.15 mlm waktu Malaysia tapi masa nak depart, flight delay few minutes. Yang staff AA pulak takde nak announce ke apa. Pastu bila dah boleh naik pulak, macam tergesa-gesa. Macam naik je, takde pun lengah-lengah, flight terus take off.

Flight kitaorang hari tu sekali pulak dengan beberapa orang pelakon yang quite famous.Malah one of them duduk sebelah my father in-law. Tapi My FIL tak kenal pun that actress. Biase la orang tua. Muka diorang flawless banding dalam tv. Pastu size pun macam shrinking sikit. Tak dapat bayang if aku dalam tv, agaknya penuh skrin ngan muka aku je. Haha imiginasi tak hengat.

Sampai di airport Bandung, selambak orang menunggu nak cop passport. Pastu tak habis kat situ, tunggu pulak check in bags bersesak-sesak reramai. Sungguh la comel airport Bandung tu.

Lepas tu pulak nak naik taxi ke hotel. Dah ambil coupon pastu ingat taxinya datang depan porch airport tu. Tidak rupanya. Taxi tunggu seberang jalan sana. Dah la penat pastu dengan orang yang duk tanya-tanya nak ke mana etc. Tips for first timer : Ambil taxi guna coupon tau. Kalau area bandar Bandung Rp 45 000 je 1 taxi. Kalau ambil kat orang yang duk tanya-tanya tu, keberangkalian nak kena tipu tu ada. Pastu takut ke mana-mana pulak diorang bawa. Pastu caj memahal.

Kitaorang ambil 2 taxi ke hotel sebab 1 taxi tak muat. Yela.. bags ngan stroller lagi.
Sepanjang trip kali ni, weols stay kat Aston Braga Hotel & Residence. Ade jugak family members yang stay kat Favehotel by Aston. Dua-dua hotel ni 1 company cuma yang beza 1 hotel 4 stars, 1 lagi economy hotel. Hotel ni nanti aku review kat entry lain.

Dah sampai hotel, check in. Pastu tido tak ke mana-mana dah. Tu je day 1, Day 2 next entry lah ye.

Ibrahim pun terlelap tunggu flight delay. Dia tido sampai naik dalam plane. Tapi masa kelam-kabut cari tempat duduk, terjaga la pulak. Pastu merengek sebab lampu dalam plane tutup nak take off.

Dua orang budak yang tak sabar nak naik plane.

Kitaorang tak pre-order makan, so beli je la apa yang ada. Tapi si kecik yang sibuk nak mamam.

No comments: