Wednesday, February 20, 2013

Ibrahim Dah Ada Baby Carrier

Hari ahad tu dah plan nak pergi Manjaku sebab nak beli baby carrier yang boleh buat carseat tu. Ini sebab terpengaruh ngan ceera sebab tengok baby yunnan senang je nak dihangkut ke mana-mana. Tapi aku ngan din beli yang brand biasa-biasa je sebab lagi sebulan dua tak tau Ibrahim muat ke tak nak letak dalam tu. Lagipun jumpa yang sampai berat 13kg je paling max. Ibrahim sekarang pun dah 6kg.

Tujuan beli baby carrier ni pun supaya kalau kami nak turun makan kat restoran ke apa, tak payah nak hangkut stroller. Leceh bebenor nak bawa turun naik benda tu. Tapi nak berjalan dalam mall tak guna kot baby carrier ni sebab rase berat. Paham-paham la Ibrahim macam mana. Pastu aku nak bergerak ke sana-sini pun senang bila ada bende ni.Jadi takde la aku terperap je duduk kat rumah.

Ibrahim pun suka je duduk dalam baby carrier ni. Cuma tak try lagi ikat-ikat seat belt kat dia. Dia bukan boleh kena ikat-ikat ni. Mau meraung macam kena dera. Tapi for safety wise kena pakaikan dia belt tu.

Korang yang ada baby tu boleh la try beli benda alah ni. Senang nak angkut baby. Kalau ada suami yang super gagah, jalan-jalan dalam mall pun boleh guna. Aku ngan din tak berapa nak gagah sebab Ibrahim dah 'super gagah' :)

1 comment:

nur said...

alala..tebulat2 je ibrahim hah..bole geng ngan aqeel lah! :)