Sunday, April 15, 2012

PTPTN From My Point Of View

Aku ni terpanggil nak menulis pasal isu PTPTN ni sebab aku ni peminjam PTPTN. Aku tak de la menyokong pemansuhan PTPTN sebab aku tak semua orang mampu nak biaya pembelajaran diorang baik universiti awam atau swasta.

Pastu macam kes aku dulu memang takde pilihan lain yang ada. JPA memang budak-budak medic dah sapu, berapa kerat je budak course lain yang dapat merasa biasiswa kerajaan tu. MARA pulak kalau tak silap aku time tu reduce tawaran pinjaman untuk student degree sebab kes blacklist sampai nama letak kat suratkhabar tu.

Aku bukanlah budak pandai sangat tapi result degree aku kurang 0.11 je cgpa nak dapat free ptptn. Sedih pun ada tapi ade gak kawan aku kurang 0.03 je cgpa nak free pulak. Lagi kesian kat dia. Kalau aku la dapat pinjaman MARA, sure bape sen je nak kena bayar. So, sape pinjam lain dari ptptn aku rasa tak sesuai la nak kupas isu ni kot.

Aku start bayar ptptn masa aku keje Research Assistant (RA) kat UPM. Gaji kecik tapi sebab takde tanggungan macam loan kete jadi aku bayarlah RM 400.00. Kalau bayar RM100.00, RM 48.75 dah tolak caj pentadbiran , agaknya bape jelah hutang yang ditolakkan? Pastu aku bereni keje sebab nak tumpu kat pengajian master aku. Bila tak keje, mana nak cekau duit bayar PTPTN kan?

Ade option tangguh tapi after aku kaji, tangguh pun caj pentadbiran jalan so no point la buat penangguhan. Jadi aku diam tak bayar selama 2 tahun. Tahu apa jadi kat jumlah yang aku bayar bulan-bulan RM400.00 ngan gaji kecik tu? dah naik balik jadi macam pinjaman asal. Kira apa yang aku bayar tu dah perabih kat caj je. Semangat nak bayar pun down sangat.

Pastu ada pulak option tukar kepada ujrah. Tapi melibatkan lhdn pulak. Setelah kaji balik, option tu tak membantu pun sebab bilangan bulan pembayaran dipanjangkan. So, peratus caj keseluuhan tu sama je 3% (tak ujrah) dengan 1% (ujrah).

Aku tak sokong pemansuhan ptptn tapi aku sokong pemansuhan caj pentadbiran. Kira macam kita bayar apa yang kita pinjam jelah. Lagipun, tak semua gaji besar, bisnes besar. Pas graduate, zaman baru nak naik. Gaji kecik je. Pastu kalau mampu bayar ptptn RM 50.00, bape sen je hutang tu ditolak. RM 5 pun tak lepas. Bape tahun nak dibelenggu hutang?

Kalau la servis cepat pantas macam bank memang layak la nak claim caj macam tu. Ni tak,nak dapat feedback apa-apa masalah sikit punya susah. Makan minggu gak la. Pastu office ptptn ni susah nak pergi. Patutnya every negeri ada 1 one stop center. Takdelah nak kena cuti semata-mata nak pergi pejabat ptptn kat kl nun.

Aku tulis ni based on pengalaman aku. Kadang-kadang hanya orang yang merasa je paham.

2 comments:

biku said...

aku setuju!!!!!hapus caj pentadbiran tu lagi penting.tak perlu la sampai tahap hapus ptptn.sebab adat meminjam harusla bayar balik.ni tak, caj pentadbiran dia memang meletop-letop la.tapi servis...hampehhhh...
selama yg aku duk bayar ni duk bayar caj pentadbiran dia aje aku rasa

ღnFashyaღ said...

fuh, nasib baik dah terlepas dari hutang belenggu ptptn ni. Lega noks!