Thursday, May 26, 2011

Aku Dah Pakai PB.

Walaupun aku baca blog pasal penipuan Hai-O tu, aku takde la rasa menyesal ke apa din belikan aku PB. Aku dah pakai PB so, aku tau kesannya kepada badan aku.

Aku ni jenis badan yang bertoksin sebab pengambilan ubat tahan sakit dan ubat saraf bertahun lamanya. Tu belum aku hitungkan dah bape kali aku buat x-ray, MRI semua tu lagi. Jadi sangat susah aku nak kawal berat badan aku walaupun aku diet macam mana sekali pun. May be function badan aku dah banyak terganggu.

Kalau ikutkan dah lama betul aku berangan nak pakai PB ni. Siap ngiyau-ngiyau ngan din mintak belikan. Duit tu memang ada tapi kami utamakan apa yang penting dulu. Tambah-tambah baru je habis duit yang banyak untuk majlis kahwin.

Sekali 1 hari, datang sorang akak ni promote PB masa aku tengah tolong din jaga kedai. Mula-mula aku macam reject tapi pastu kami impressed dengan cara akak tu promote. Dah la memang lama dah berangan nak ada 1 set PB tu. After try, terus din ambil 1 set PB untuk aku.

1st time pakai, aku rasa selesa sangat sebab memang PB ni tak menyesakkan tulang-tulang la. Pastu otomatik  postur badan aku tegak. Tang cik B tu memang cantik la. Kelakar pun ada bila tengok cik B. Cuma 1st time pakai agak terseksa nak pakai sampai berpeluh-peluh aku.

Beberapa hari pastu aku period. Aku kagum sebab color period aku cantik. Dah lama aku tak tengok color yang macam mula-mula period dulu. Ko bayangkan betapa banyak toksid dalam badan aku sampai color period aku tak cantik selama ni. Ni betul-betul jadi tau. So aku memang rasa PB ni tak tipu.

Tang berat badan pulak. Now, aku dah turun 2 kg dan maintain dalam jangka yang lama la. Tu pun aku ni pakai tak hari-hari. Tapi membantu gak la untuk kawal dari aku makan banyak. So perut aku dah boleh terima portion kecil-kecil tapi kerap.

So sekarang aku tekad nak berusaha bersungguh-sungguh pakai PB ni. Sebab aku dah try, dan aku yakin PB dapat tolong aku. Lagi 1, kesian din sebab dah keluar duit banyak. Berusaha untuk cantik dan sihat untuk din :)

p/s: Bagi aku, tak semua produk MLM tu tak ok. Lagipun duit kita hak kita la nak belanja  macam mana. Aku pernah korset lain, tapi ni la korset terbaik aku pernah pakai.

3 comments:

veesakura said...

kalo pakai pb nih untuk 6-8hours, rasa melekit tak?

lina said...

tak melekit pun. Tapi tak tahu la sebab keje dalam aircond kan :)

aDieyZa said...

bestnyer!! zana pun ada jugak teringin nak pakai PB.. mcm best utk kesihatan.. update cerita ttg PB ni selalu yer, best zana dbaca..