Thursday, July 3, 2014

Hati Resah

sambungan Entry ' Ibrahim ada lumps '

Dalam minggu lepas kot.. sebelum puasa. Tak ingat minggu bila sebenarnya sebab selalu je peram cerita pastu bila nak update kat blog dah lupe. Tapi tarikh ingat la sebab ada catat kat surat refer doktor. 25 Jun 2014 ada jumpa baik paed sebab lumps masih ada. Ibrahim takde demam.. aktif je.. cuma tak berapa nak menyusu botol.

Paed buat refer letter ke Hospital Sultanah Aminah, JB. Hari tu juga kitaorang pergi ke sana. Sampai sana, rupanya kena buat appointment dulu. Lepas tu, nurse yang handle admin tu cakap kalau bawa surat refer swasta nanti segala kos rawatan akan caj ikut rate swasta. Dinasihatkan kitaorang ambil surat refer dari mana-mana klinik government. Memandangkan tarikhnya ada dalam 1 minggu ++ lagi nak jumpa doktor kat klinik pakar kanak-kanak HSA so aku cakap kat husband kita minta doktor KKIA bandar tenggara je buatkan. lagipun dekat dengan rumah. rekod ibrahim pun ada kat sana.

balik la kitaorang.. semalam 2/7 baru ada masa nak ambil surat refer dari doktor KKIA bandar tenggara. Doktor nak buat surat dia ada la cek itu ini juga. Then, doktor suruh buat blood test nak cek kuman. Katanya senang.. nanti doktor HSA dapat gambaran nak treat macam mana.

Nak ambil darah ibrahim sikit punya susah.. sampaikan MA tak boleh buat. Doktor pun try beberapa kali baru dapat. Sebab ibrahim jenis tak suka dipegang. Dah kena balut, of course dia melawan. Lepas tu , gagah pulak tu. Tapi dapat jugak la darahnya. Result ada jangkitan viral dalam darah. Sedih je dengar result sebab ibrahim aktif dan nampak sihat je. Tapi dalam badan ada virus.Tak tau ini ada kaitan dengan lumps tu ke tak so 6/7 ni baru jumpa doktor dekat HSA utk futher treatment ke apa.

doakan yang terbaik untuk Ibrahim Ikram. Hope nothing serious.


1 comment:

veesakura said...

moga ibrahim cepat sembuh. aminn