Wednesday, January 23, 2013

Rasa Tak Cukup Masa

Sejak ada Ibrahim, aku rasa tak cukup je masa 24 jam tu. Ini baru anak sorang. Mesti orang ingat jadi surirumah pun masalah jugak ke bab-bab masa ni. Mungkin permulaan ni je kot. Baru nak dapat tune ada anak.hehe.. Takpelah, aku cubalah yang terbaik.

Anak aku memang semangat korang. Dah dua kali bawa gi KKIA, orang mesti tanya 'dah berapa bulan anak?'. Bila aku cakap ' baru sebulan lebih'. Semua orang akan buat muka terkejut pastu cakap ' la ingatkan dah dua tiga bulan'. Pastu macam berzikir pulak cakap ' semangatnya.. semangatnya'.

Penerimaan aku pasal reaksi orang pasal kesemangatan Ibrahim, aku bersyukur anak aku sihat. Cukup makan la maknanya. Tu belum korang tengok time dia nak susu. Memang takdenye nak bersabar. Kadang-kadang pujuk pun tak makan sementara nak suap mulut dia dengan susu. Pastu pantang celik je mata. Mesti susu dulu dia nak. Yang bestnye, aku boleh tangkap dia sebut 'ma...mi..' sambil teresak-esak. Kalau time menangis high pitch sebut ' air...air..'.

Sebab penyusuan Ibrahim yang dashyat ni la, dia minum susu mummy campur susu formula. Mungkin ini bahagian dan rezeki Ibrahim. Takpe.. yang penting Ibrahim sihat dan kuat :) Mummy pulak dah turun berat sebab nak uruskan Ibrahim. Ini belum aku start tolong din kat kedai. Itu la rahsia aku turunkan berat badan dengan cepatnya wahai cik fariha . Kadang aku baru je makan nasi, Ibrahim dah menangis. Lagipun sekarang tak habis pantang lagi so takdela makan mengarut. Nanti habis pantang, tak tau la macam mana. Harap la hatiku kental menahan keinginan macam masa pantang ni.

Panjang pulak entry ni. Aku endingkan entry dengan menayang wajah kesayangan aku dan din. Siapa follow kat instagram dah pernah tengok dah gambar-gambar ni. Kira ulang tayang la ni ye kawan-kawan :)

2 comments:

Ciare Baha said...

nak tgk gamba mummy yg terbaru ;)

Riana said...

bambamnyerrr baby..mcm sama je perangai anak kita...air air bila bangun tido..terus high pitch bila bgun tido yg mmbuatkn terpaksa campur fm..=)