Dah sampai labour room, kena naik atas katil nak bersalin tu. Din pun sampai, nurse pasang CTG untuk monitor baby. Pastu wakil cellsafe datang. Aku ingat- ingat lupa apa jadi pastu sebab dari pukul 7 pagi tu sampai pukul 4 ptg aku kat labour room. Berapa banyak gas ntah aku sedut. Ambil gas ni memang ilang sakit pastu lalok tak ingat la. Pastu siap doktor prescribe pethidine lagi untuk bagi aku relax. Kalau tak aku duk meracau.
Nurse ade gak soal siasat aku ada ambil air selusuh ke sebab bukaan lambat sangat. Aku cakap takde tapi air zam- zam ade la. Doktor pelatih pulak punya la ramai berkerumun pastu tanya- tanya. Rasa nak pelempang sorang-sorang pun ade sebab they repeatly ask the same questions.
Bila dengar bukaan 8cm, aku duk asyik tanya bila aku boleh teran. Aku tanya soalan tu setiap kali kontraksi datang. Sebab lama sangat aku kat labour room, datang specialist cek aku. Dia cakap bukaan 6cm. Aku yang lalok-lalok time tu terkejut sangat. Tadi siapa ntah kata bukaan dah 8cm pastu boleh pulak specialist cek bukaan baru 6cm. Maknanya dari pagi masuk labour room sampai ptg tu, bukaan tambah 1cm je. Specialist tu suggest aku czer sebab may be baby aku besar then tulang aku kecik untuk keluarkan baby atau tunggu lagi 2 jam tengok ade bukaan ke tak.Aku dah redha dah kena czer sebab macam hampa dengar bukaan baru 6cm. Din keep asking me betul ke nak czer. Time tu aku tak fikir lain dah. Aku dah redha dan aku tak kisah apa jadi kat aku asalkan baby keluar dengan selamat.
Aku sign sendiri borang nak operate tu. Dalam lalok pulak tu. Tak tau pun isi borang apa pun. Rasanya risiko pembedahan semua tu kot. Siap semua preparation nak kena operate aku kena tolak masuk Bilik Bedah. Time tu still aku lalok, separuh sedar tapi sempat la aku mintak halal segalanya dengan din. Dalam tu, aku tak nampak pun keadaannya macam mana sebab lepas tu aku kena bius seluruh badan. Sedar-sedar je kena kejut, perut dah kempis.
Soalan pertama aku ' mana baby? baby sihat?' . Tapi takde siapa pun jawab. Baby terus hantar ke wad untuk monitoring dia ok ke tak sebab aku kan GDM time pregnant. Din ngan biras aku je dapat tengok baby. Sepatutnya parent je boleh masuk kat wad baby tu tapi biras aku nurse kat HSA, dia boleh la visit baby. Dia cakap baby dah celik mata. Behave je. Pastu terkebil- kebil. Din pulak cakap kuku baby keluar-keluar dah panjang. Aku pulak baru je lepas operate so tak boleh nak jalan jauh- jauh tengok baby. Esoknya tengahari macam tu baru dapat jumpa baby.
Macam tak sangka je, baby yang dalam perut aku tu dah ada depan mata. Nama Ibrahim Ikram ni dah lama kitaorang pilih. Dah berapa kali cuba nak tukar nama lain tapi tak berjaya jugak. Ibrahim tu sempena nabi Ibrahim A.S. Pastu Ikram tu ryhme yang macam kena dengan Ibrahim tu. Lagipun Ikram tu ada makna yang elok :)
Wednesday, January 2, 2013
Lahirnya Ibrahim Ikram part II
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sangat mencabat nk bersalinkan..pape pun sume dah selamat alhamdulillah
Post a Comment