Wednesday, May 5, 2010

perasaan bercampur baur

Selepas letak jawatan, notis selama 1 bulan berjalan. Bersyukur sangat sebab company baru sanggup nak tunggu tempoh tersebut habis.

Minggu lepas selepas selesai membuat server configuration dek kerana diserang virus sebelum itu, bos berbincang cadangan untuk counter offer dari syarikat sana. Goyah jugak pendirian aku untuk meninggalkan company. Kesiankan mereka kerana telah banyak melatih aku dari segi teknikal dan sebagainya. Tapi aku sudah 'berjanji' dengan company baru. Kena fikir sedalam-dalamnya.

Tadi, selagi aku dipanggil untuk membincangkan perkara ini. Aku menolak cadangan bos untuk counter offer supaya aku terus bekerja di sini. Muktamad dan pasti. Banyak impact yang akan terjadi jika aku setuju dengan cadangan tersebut. Aku tak mau ada rasa tidak puas hati kalau aku dinaikkan gaji kerana perkara ini. Ramai lagi yang menanti untuk naik gaji dan seharusnya mereka layak mendapat hak tersebut. Lagipun, pekerja 'datang dan pergi'.

Yang pasti selama aku berada di sini kurang setahun, aku sayang mereka. Harapnya kami boleh berkawan sampai bila-bila. Aku sedih tapi hidup perlu diteruskan dan ini adalah keputusan yang aku pilih.

No comments: