Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

To Wedding Vendors : Berniaga Biar Ikhlas

Ini memang pengalaman betul dan rasanya ada juga b2b yang pernah kena. Tapi kalo area bandar besar macam KL rasanya tak pelik kot. Kalau pekan kecil macam Bandar Tenggara pun macam tu, tak tahu la nak cakap apa dah.

Ceritanya begini ye kawan-kawan. Dalam last week, din gi survey butik pengantin area Bandar Tenggara. Yes, kami takde lagi ambil mana-mana pakej untuk bertandang. So, ada la buat booking kat 1 butik pengantin ni. Din ada cakap yang aku akan balik from KL , pilih-pilih baju dan try. Masa tu din cakap tema 'hijau epal' macam yang direquest oleh famili belah din.

Kebetulan weekend lepas aku balik Bandar Tenggara, so nak pergi la fitting mana-mana baju. Korang tahu apa jadi?

1# Baju yang disuggest oleh pemilik butik tu sangat la buruk. Takdenye ceria-ceria bab kata akak tu. Kusam ada la. Dah la bertahi lalat. Ergghhhhhhhhhhhh!! Aku tak mintak buat baju baru but please la. Bagi la baju yang senonoh sikit.

2# Din ada request nak fitting. Bercinta nak mintak try baju. Aku yang susah nak balik ni dah depan mata pun dia tak bagi nak try. Alasannya, dia nak try kecikkan baju tu ikut baju sanding aku dulu then baru aku leh fitting. Itu aku yang depan mata ni nak buat apa? Atleast ko ambil ukuran semasa aku ke. Ni tak, nak jugak mengukur ikut baju sanding aku yang aku tempah dengan wany.

3# Bila bincang pasal pelamin pulak, boleh dia cakap pelamin style baru. Takde contoh dalam album yang aku beria tengok-tengok tu. Aku tau la sekarang trend pelamin kotak-kotak tapi mana la tahu kali ni aku dan din rasa nak sentuhan tradisional. Lagipun haritu masa majlis kat lipis dah rasa pelamin kotak-kotak tu. Ayat tak boleh blah kakak tu 'nanti pandai-pandai la dia buat pelamin tu'. Sungguh merisaukan aku dan din.

4# Nak mekapkan aku kat kedai pukul 12.30 tghari walaupun aku cakap 'tadi mak cakap ada rumah singgah'. Lagipun dia ada customer masa yang sama. Tapi masa mak mertua aku cakap nak batalkan sebab mekap kat kedai boleh pulak dia cakap 'boleh mekap kat rumah singgah'.

5# Sytle mekap dia sama je aku tengok. Mana boleh macam tu. Aku ni kalau salah blend foundation, buruk padahnya. Tak caya tengok gambar tunang aku aritu.

Ok after discuss dan before balik dia mintak din tambah deposit rm80 lagi. Before ni din place deposit rm200. Alasannya untuk tambahan pintu gerbang yang kitaorang request.

Balik rumah, akak dan mak din tanya pasal discussion kitaorang dan the vendor. Nengok cara vendor tu, kitaorang pakat nak batalkan booking. Angkut sekali mak mertua aku gi butik pengantin tu. The vendor dah gi mana ntah. So conversation adalah menggunakan phone.

Cakap elok-elok cakap nak batalkan. Banyak reason la nak batalkan. Lagipun baru few hours macam tu discuss. Akak tu pun bukan beli barang apa-apa untuk tempahan kitaorang. Dia macam berkeras jugak nak kitaorang stay amik pakej dia yang tak best tu. Bila minta deposit, cakap tak boleh. Banyak la cakap pusing-pusing dia. Paling aku tak puas hati, dia tak beli pape pun untuk tempahan kitaorang pastu nak claim deposit tu hak dia sepenuhnya. Kalau bagi half of it pun kami macam ok je. Ni dia nak sapu semua. Ko tengok ikhlas tak ikhlas dia berniaga.

Din hampir-hampir jadi hulk kat sana. Nasib baik la he cepat-cepat keluar from the butik, masuk kereta. Aku ngan mak pun cepat-cepat masuk kereta. Pastu kami ke butik yang best pulak. Nanti aku cite ey pasal butik best tu.

Wednesday, February 23, 2011

Pelamin, Walk Way, Pintu Gerbang, Meja Damai dan Macam-Macam Lagi

Segalanya bermula pada sehari selepas hari tunang aku . Mak aku terus je book vendor untuk benda-benda di atas. Sebenarnya book catering dan mak aku juga berkenan benor dengan pintu gerbang yang this vendor buat masa majlis yang melibatkan Tengku Puan Pahang di Kuala Lipis.

Aku mula-mula aku doubt sebab aku tak pernah nampak hasil kerja this vendor. Lagipun vendor ni baru je bertapak bab-bab orang kahwin ni secara besar-besaran. Even portfolio pun takde lagi. Just dengar cakap-cakap orang je.

Pastu sebulan dua before my wedding ada pulak cerita tak sedap aku dengar pasal this vendor. Yang paling risau pasal makanan tak cukup. My family ramai orang kenal so hopefully majlis kami tak menghampakan tetamu-tetamu yang dijemput. Mak aku sendiri jumpa vendor dan terbukti yang cakap-cakap tu semua tak betul.

Aku pernah jumpa vendor ni 2-3 kali je. Benda yang aku mintak untuk pelamin dan hiasan-hiasan tu just pelamin nak simple dan ikut gambar keratan magazine pengantin yang aku bagi. Pastu tak nak color pelamin yang menenggelamkan pengantin. Ada setengah orang baju pengantin dah pink, pastu pelamin pun nak pink. Kerusi mak aku request kerusi yang asing-asing supaya takde la aku nampak pendek di samping din dan hancur impianku nak kerusi high back sebab mak aku cakap aku nampak pendek sangat kalau guna kerusi tu. huhu.. tapi ada betulnya cakap mak aku.

Hal walk way, meja damai, pintu gerbang segalanya aku serah bulat-bulat kat vendor. Buat la macam mana pun asalkan cantik. Tapi tak tahu la kalau mak aku ade request apa-apa.

Harga sungguh berpatutan. Malah aku rasa this vendor bagi harga yang murah pulak bila tengok hasil-hasil kerja mereka. Siap ada DJ yang sanggup menyanyi sepanjang majlis. DJ dan salah sorang yang jaga tempat buffet tu la vendor tersebut.

Sesiapa yang duduk area Kuala Lipis yang nak perkhidmatan catering , hiasan dewan dan PA system, boleh la cari Makcik Maznah dan Pak cik Zul ni. Highly recommended.

pintu gerbang, walk way dan pelamin

pelamin

meja vip

meja damai atau meja beradab

ni kawan-kawan sugarpack din tengah nyanyi.


gambar-gambar credit to bunge, murni dan pitt :)

Friday, February 18, 2011

Perkenalkan Our Pengapit : Pitt & Pae

Untuk big day, dah lama booking mereka berdua. Pitt ni orang yang kenalkan aku dengan din. Serius, kalau tak kenal pitt, aku tak kenal din pun. Pae pulak usah cakap la. Teman sekatil, teman makan, teman bergedik, ish macam-macam la temannye.Paling aku tak leh lupa, pae selalu belanja aku time tak de duit. So, they are our best friends. Tambah-tambah diaorang ehem..ehem.. Maka sesuailah diorang jadi pengapit kiteorang.

Thanks sangat-sangat korang. Hopefully aku ngan din merasa nasi minyak korang tahun ni. Membalas derau jadi pengapit tu tak pasti pulak .Ikut keadaan semasa kot ;p


Suka la tengok korang pakai sedondon. Alhamdulillah kain tu turn up jadi baju yang cantik. Yang tak leh blah kasut putih korang tu. Sorry tau kalau ada menyusahkan korang ke apa. But aku ngan din sangat-sangat berterima kasih kat korang. Tambah-tambah pae yang tak berapa 'sihat' pagi tu.


Can't wait to hear good news from both of you :)

Thursday, February 17, 2011

Majlis Sanding : Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis

5 February 2011, Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis

Majlis kat dewan start at 11.30 pagi tapi aku dan din sampai dewan tu pukul 1 macam tu. Dup dap gak la sebab aku tak pernah tengok lagi my pelamin, tempat berjalan masuk tu, gerbang, tempat makan damai, kek. Segala-galanya yang kat dewan tu. Yang aku tahu, aku bagi keratan majalah pengantin dan perca kain baju sanding aku untuk rujukan pelamin yang aku nak.


My famili dah tau dah perangai aku, kalau ada benda yang tak kena, mula la buat muka sampai ke sudah. Dah siap kena pesan dah before ke dewan supaya aku terima je macam mana rupa pelamin aku. Sampai je dewan, aku senyum-senyum gembira. Suka sangat sangat sangat hasil yang vendor aku buat.


Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuma ada rasa terkilan sebab ada yang tak sempat jumpa personally. Orang nak bergambar pun ramai. Tak habis betul-betul lagi majlis, aku ngan din dah lari ngan photographer untuk outdoor photoshoot.


Famili DCT pun ada datang. Mak DCT kawan nenek aku. Habis diangkut semua adik beradik DCT. Kesian Kak Saida sebab direquest untuk nyanyi. Masa tu aku ngan din dah ready nak keluar untuk outdoor photoshoot. If Kak Saida read my blog. Thanks a lot kak sebab nyanyi on my wedding day.(haha perasan artis baca blog ;p)

Thanks kawan-kawan, sedara mara dan tetamu yang datang. Ramai gak yang datang haritu. Teharu i..sob...sob..

p/s: komen tak berbalas pun. Sorry tau..nanti ada masa i balas satu-satu komen tu ;p.

Wednesday, February 16, 2011

Majlis Nikah : Saat Aku Jadi Isteri Din

Aku try review secara overall tentang majlis. Nanti bila dah ada gambar yang proper, harus aku update segala details dari segi pakaian, orang terlibat dan vendors majlis.

Majlis nikah berlangsung pada malam 4 Februari 2011 di rumah mak sedara saya (mak mbong).Mesti ramai yang tanya' Why tak buat kat rumah sendiri?'. Banyak reason. Yang pasti rumah mak sedara tu the right place untuk kumpul all sanak saudara dan kawan-kawan untuk majlis kami.

After majlis khatam, farah the make-up artist datang dengan maknya untuk mekapkan aku. Nanti aku buat entry khas untuk farah. Sekarang nak cite hal majlis nikah je.

Lepas mekap, dah kol 8. Tukang nikah dah datang dah but din tak sampai-sampai lagi. So, mase tu just setelkan   hal borang-borang dengan adik aku. Adik aku wali aku sebab ayah aku dah meninggal dunia. Then aku masuk bilik jap betul-betulkan tudung. Ingat pastu nak keluar kejap jenguk what happen dekat depan. Sekali ko, din dah duk depan tukang nikah. Mak aku pulak heret aku duk sebelah adik aku. Dah macam aksi kena paksa nikah pulak.

Kawan-kawan aku yang kat dalam bilik pulak pelik ngape aku keluar lama sangat. Dah jadi kejadian yang kelakar pulak. Ni aku kopipes dari entry dd dudu yang ni (baru habes diskusi).

tapi, honestly, lina time kawen pun comel.. nak nikah pun comel.. kelaka betul.. aku duduk dalam bilek pengantin dengan pae dengan ezzan dengan ja (ja ko ada kan? ke ko kat luar dgn adam?).. tetibe lina yang dah siap makeup dan pakai veil, keluar bilek melenggang...ingatkan dia nak buat apa kat luar tu.. kitorang duduk je laa kat dalam kan.. tunggu.....

"hishhh mana si lina ni, lamanyee die keluar..." ... aku pun keluarlaaa nak check dia... rupe2nyeeee dia dah duduk sebelah tok kadi bersedia untuk dinikahkan da 
crying so motip kami x tau crying motip bunga tangan dan cincin lelaki masih dalam bilek crying


hik hik.. 


Ok, sambung balik cite nikah. Kedudukan aku sangat dekat dengan din. Boleh dengar la dia sebut apa. Bangga jap sebab suami saya itu lafaz nikah sekali aje. Tapi aku tak nanges la. Both of our moms yang nanges. Tapi dalam hati aku sebak la. Control cun sebab takut mekap mata rosak. Hehe..boleh tak gitu? Korang tak tengok lagi aku kalo nanges, sure teresak-esak punya so better aku jangan nanges.


Pastu majlis batalkan wudhuk. Waktu ni memang neves la. Huhu.. semua orang duk tengok kiteorang. Din pakaikan aku rantai tangan. Aku pakaikan din cincin. 



Then, makan time...Menu malam tu adalah ikan patin gulai tempoyak, sambal ikan bilis hitam ape lagi ey? tapi sambal ikan bilis tu dah menghantui aku sebab ramai orang mintak resipi. Terutama keluarga belah din. Nak suruh aku masakkan sambal tu? Huhu.. aku tak reti... Kalau ikan patin gulai tempoyak tu boleh la.


Rasanya macam panjang je dah entry ni. Cukup la ek reviewnya ;p 

Friday, February 11, 2011

Majlis Khatam Al-Quran

Aku kena cerita sikit-sikit ni. Nanti banyak sangat entry yang tertangguh. Dah la aku macam tak cukup masa sekarang ni. Kehidupan adalah lebih busy dari before kahwin. Dah tambah 1 lagi tanggungjawab.

Plan asalnya aku nak buat majlis berzanji je. Tapi ustazah minah kawan mak aku kata better adakah majlis khatam al-Quran. Ustazah ni jugak ustazah yang sama time khatam al-Quran Siti Nurhaliza.

Majlis berlangsung after Zuhur. Pastu nak dijadikan cerita, pagi majlis, suami kepada ustazah Minah kembali ke Rahmatullah. Innalillah.. So, majlis dibantu oleh kawan-kawan mak dan nenek yang lain.

Aku tak sediakan baju yang proper untuk majlis. Baju yang aku pakai kena reject ngan famili. Diaorang suruh aku pakai baju nikah aku dengan alasan takut pakaian kawan-kawan mak lebih glamer dari pengantin.

Majlis berlangsung dengan jayanya walaupun ada sedikit sesi gaduh-gaduh manja. Yelah.. kawan-kawan mak ni campuran group marhaban yang berlainan.

Doorgift lupa nak snap. Rasa macam rugi pulak sebab aku ada bagi something yang special yang buat makcik-makcik tu terharu. Aku bagi kitab berzanji. Suka benor makcik-makcik tu siap suruh aku sign autograph kat buku-buku tu. Ada jugak benda lain yang diberi dalam paperbag. Yang itu, mak aku yang uruskan so aku tak nampak sangat apa yang ada dalam paperbag tu.


kitab berzanji color merah yang makcik tu pegang la aku bagi. Idea untuk doorgift majlis berzanji

Wednesday, February 2, 2011

Baju Sanding Aku Tak Seperti Yang Aku Nak

Aku tak jangka jadi macam ni. Boleh tak aku nak cakap, aku kecewa dengan baju sanding yang aku tempah tu. Bukan aku tak tempah awal. Huhu... nak nanges..

Dah la aku sepatutnya ada lebih 2 meter lagi lace baju sanding tu. Tapi si pembuat baju telah merosakkan 2 meter tu. FYI, aku beli 6 meter lace tu. Aku ni bukan bersaiz besar gabak nak guna sampai 6 meter lace. Memang dia pergunakan sepenuhnya la lace aku. Yang tinggal memang macam perca. Disaster!disaster! Dah la design memang tak macam dia janji masa aku datang menempah.

Veil masa tempah dia telah bermulut manis cakap dia akan buat. Sekali ko takdenye. Dah la bagi veil yang nampak buruk. Sedihnya. Kecewa sangat-sangat. Memang ni last la aku berurusan dengan orang tu. Tak nak la recommend orang buat baju situ.

Tadi aku telah cuba men'diy' veil dengan perca lace yang tinggal.. huk huk.. minta tolong kawan mak aku. Hopefully veil diy berjaya siap dengan cantik. Korang doakan aku ey :(

Tuesday, January 25, 2011

Dilema Tudung Nikah (2)

Akhirnya dilema tu dah terjawab. Akak tu tak menghilang cuma she is busy menyiapkan tempahan tudung. Rasa terkilan jugak sebab freaking out but it's normal to a person who is bride to be.

Lagi 1, aku still tak kenal kakak tu personally. Jadi aku tak berapa tahu cara dia berkerja macam mana. Nasib ada best friend yang memang dah kenal kakak tu so no more dilema tudung nikah. So, sekarang kena percaya yang akak tu boleh siapkan tudung tu. Alhamdulillah, selesai masalah.

Aku memang masa book tak de la mengikut design kehendak hati sangat. Mana yang senang orang nak buat, aku terima je. Macam tu juga baju sanding. Ikut kan hati nak design macam-macam. Last-last aku buat design yang typical je. Tak pela. Masa dah suntuk lagi pun. Nak banyak songeh memang susah la kalau time-time macam ni.

Just nak share. Aku suka sangat tudung macam ni. Simple and nice kan? Sorry pic tak tahu nak kredit kepada siapa sebab dah lama save from google.


lagi 1..


tapi sempat lagi ni kalau nak buat untuk bertandang on March.

Tuesday, January 18, 2011

Persiapan in 17 days more

17 hari lagi

Pagi tadi bos aku tanya berapa hari lagi countdown? 17 hari rupanya. By right, aku dah boleh cakap persiapan dah siap 80% to 90%. Hakikatnya tidak.

Cerita pakaian :
Baju nikah - Yang ni dah hampir siap dah. Tapi tak risau sebab makcik zaini memang leh siapkan punya la.
Baju/Veil  sanding- Last week baru ukur sebab bagi laluan kat tuan buat baju kahwin.
Baju nikah din - dia baru anta 2 hari lepas. Din cakap sempat.
Kasut nikah dan sanding -  Dah siap dalam 2 minggu lepas. Tinggal nak pakai je =)
Tudung/ Veil nikah - Yang ni aku tak tahu ape cite. Tiba-tiba tukang buat MIA. Ke sebenarnya dia lupa tempahan aku?

Cerita kad:
Semua yang bagi alamat, aku dah pos dah. Cuma ada yang nak kena bagi by hand tak selesai lagi.

Cerita doorgift / wedding favors:
Chocolate untuk budak2 tak pack lagi
Bunga telur (time sanding) - kena tambah dalam 100 batang lagi.
Bunga telur (time khatam Al-quran) - kena beli 50 batang warna putih.
Paper bag - Yang ni memang tak beli lagi.
Tempat letak telur - din dah belikan 700 pcs.
Benda-benda lain - mak yang uruskan

Cerita bunga manggar:
lepas 40% tu, tak siap-siap lagi. Sempat ke? Time is running out.

Cerita cuti: 
Setakat ni lulus. Tapi tak tahu la last-last minit nanti.

yang lain semua orang lain tolong uruskan.

Monday, January 10, 2011

Update Preparation Kahwin Versi Ke ?

Make it short la.

#1 - Baru lepas discuss dengan bos plan cuti untuk kenduri dua-dua belah pihak. Tunggu bos besar approve je.
#2 - Tengah dalam progress mengepos kad-kad. Rupa-rupanya ramai kawan-kawan duduk Selangor. Even kawan-kawan dari zaman Shah Pekan lagi. Setem kena beli lagi ni. Tak cukup.
#3 - Kasut dah ambil dari gavy. Tapi tersalah ukur masa tempah hari tu. My real size is 4. aku dan din sangat suka kasut tu =)
#4 - Chocolates untuk goodies budak-budak dah beli
#5 - Doorgift untuk orang berzanji pun dah beli. Insya-Allah kalau tak de aral melintang majlisnya petang before nikah.
#6 - Nikah dah confirm book 4/2/2011 pukul 8 malam.
#7 - Din dah beli bekas letak telur kat ayer hitam. Tinggal nak beli paperbag je.
#8 - Tema kenduri belah lelaki adalah hijau epal.
#9 - Bunga Manggar DIY dah 40%.

Friday, January 7, 2011

Bekas Telur Macam Mana Ey?

28 days to go

Time is running out tapi aku still tak decide nak bagi wedding favour pe nanti. Sebab aku berkeras tak mau bagi bunga telur semata-mata, mak pun come out with all her plan nak bagi apa. Dah totally bercanggah pulak dengan decision dia tak suka bagi wedding favours like makanan etc.

Tambah-tambah mak's best friend willing to sponsor some of kuih untuk favours tu nanti. Tapi kiteorang tak sanggup nak terima 100% sponsor diorang tu. Mak kata nak bagi duit sikit untuk tepung buat kuih-kuih tu. Tak ingat kuih apa diorang nak sponsor tu. Kuih-kuih tradisional la yang pastinya.

Yang aku pening sekarang ni nak cari bekas telur yang orang akan simpan dan tak de harapan dibuang. Hari tu kedai barang kahwin banyak yang tutup dekat Nilai jadi aku memang tak de idea nak beli apa. Hopefully esok datang la idea nak bagi bekas telur yang macam mana. Yang pasti bajet aku tak banyak. Kalau bajet mak aku, sure boleh beli yang gempak-gempak. Tapi aku dah state dari awal preparation kahwin, aku nak minimize bajet dari mak aku. Unsur-unsur berdikari la ni =)

Thursday, January 6, 2011

Selamat Duit Din

Getz dah ok cuma bunyi bising sebelum gearbox rosak ada lagi. Tak perlu pun ganti gear box baru. Just beli minyak pelincir gear box dari Hyundai je. Beriban-riban duit dapat diselamatkan. Lega rasanya hati kami.

Sepatutnya hari ni, aku ada orang tolong hantar pergi dan balik kerja tapi sebab din nak ambil getz untuk servis lagi. Boleh pulak semalam charger enset din tak leh pakai. So, tak dapat la aku meng'alert'kan din untuk bangun. Takpelah.. bagi dia rest dulu. Aku drive sendiri gi kerja as usual.

Semalam gak after work, aku ajak din gi Nilai 3. Ingatkan bukak sampai kol 9 macam Nilai 1. Kecewa bila tengok kedai-kedai barang kahwin tu tutup. Ada yang masih bukak tapi barang yang aku nak semua tak de so aku tak beli pape. Cuma ade beli something untuk my best friend.

Kiteorang ada masuk kedai karpet. Din tiba-tiba nak beli karpet. Aku rasa karpet-karpet tu murah la banding yang pernah mak aku beli. May be sebab weekdays kot. Aku pernah dengar kalau pergi weekdays lagi murah berbanding cuti sekolah atau weekends. Boleh pulak macam tu or just rumours je.

Din tak beli pun karpet after beria SA tu duk punggah-punggah tunjuk kat din. Aku pulak just mintak din fikir betul nak beli karpet yang macam mana. Size bilik besar mana. Kalau ruang kecik je, better beli runner. Pastu berapa banyak runner nak pakai. If sampai 2-3 runner, over ok macam tu. Sebab bagi aku runner tak cantik letak banyak-banyak. Tak tahu la korang pulak macam mana.

Macam mana ey korang hias bilik pengantin? Belah aku, aku serah bulat-bulat kat mak aku. Teringin sebenarnya nak hias-hias sendiri. Tapi time constraint meh.

Thursday, December 30, 2010

Chit Chat & Update Preparation Kahwin

36 hari lagi until nikah day 

Esok cuti, so aku pun mood ala2 cuti dah ni. Tengah duk berkira nak balik Lipis malam ni atau esok pagi. Tambah dengan perisa ngantuk sebab makan nasi arab kat Restoran Saba' tadi. Office buat farewell untuk one of the staff. Aku pulak dalam hati buat ala2 celebration dah permanent. Yelah dapat surat betul-betul before nak keluar gi farewell tu. Alhamdulillah. 1st time jadi seorang pekerja berstatus 'tetap'.

update preparation kahwin pulak:

#1 - Last week mak kata nak buat pelamin mini untuk nikah. Aku bila orang dah nak bagi, terima jela. Tak pernah pun plan untuk ada mini pelamin sebab aku suka simple-simple. Even mak paksa-paksa adakan hantaran, aku still berkeras untuk tak nak ada hantaran time nikah nanti. Warna yang aku pilih teal dan pink. Tapi macam nak tukar lagi ;p

#2 - Mak terlalu banyak plan untuk doorgift. Cupcake la, bunga telur la, bakul hiasan la. Yang pasti akan ada doorgift vip dan tak vip.Kawan-kawan mak aku berbagai lapisan pangkat, tu yang ada buat yang special tak special. Kalau semua nak buat special, aku rasa aku kena jual kereta aku la pastu tapi aku akan pastikan kawan-kawan aku akan dapat doorgift vip.

#3 - Kad, mak cakap akan start edar tengah bulan Januari. Takut orang lupa kalau bagi awal-awal.

#4 - Aku plan nak book hotel untuk din punya side, siapa nak book hotel, sila bagitau aku awal-awal.

#5 - Kasut, pihak gavy cakap after a week akan call. To date, tak de call pun. Takpe, aku rasa masih awal lagi ni.

#6 - Masih mencari tudung dan veil for nikah. Hopefully the vendor yang aku really hope dapat pakai tudung dan veilnya boleh accept tempahan aku.

#7 - Next week nak kena ukur baju for sanding but berat aku degil betul. Stress to da max bila fikir pasal berat.

#8 - Next week jugak plan nak gi Nilai 3 lagi. Nak beli paper bag , bekas telur dan tambahan bunga telur for vip.

ok la. tu je kot

Monday, December 27, 2010

Baju Famili

39 hari lagi until nikah day 


Hari Jumaat lepas, mak dan adik aku yang bongsu datang KL. Datang untuk shopping baju famili time wedding aku dan din nanti. Mula cakap datang hari Sabtu but then mak aku tukar plan datang hari Jumaat.

Malam tu kiteorang tido kat Legend Hotel. Tu pun mujur ada bilik sebab sebelum tu tanya Vistana dan Seri Pacific dah penuh. Niat mak nak extend 1 malam lagi pun tak dapat sebab Legend pun penuh hari Sabtu tu.

Tengahari Sabtu after checkout terus ke Jalan TAR. Sepanjang hari kat sana. Jakel la, Gulatis la, Maya, Euro Moda, Nagoya, semua aku ngan mak aku masuk. Tapi paling lama kat Jakel. Baju Famili semua beli kat Jakel. Murah rezeki SA yang layan mak aku hari tu. Memang kaw-kaw punya shopping la. Aku suka je sebab ada orang sponsor baju famili.

Warna tema baju untuk famili adalah purple lembut tapi kotor (light and dusty purple). Ini tafsiran aku la. Aku sangat suka pink tapi aku tak nak bagi orang lain pakai pink supaya aku tak tenggelam di kalangan orang lain.

color may be beza sikit sebab ni bawah lampu kuning

Famili aku yang lelaki akan pakai baju Melayu lengkap. So, kawan-kawan lelaki amat digalakkan memakai baju Melayu (tak nak pun tak pe). Famili aku yang ladies pulak akan pakai baju kurung. Jadi kawan-kawan nak mengikut tema, boleh la pakai baju warna purple lembut tapi kotor tu ey.

Wednesday, December 22, 2010

Hiv Test Done

44 hari lagi until nikah day 


Semalam (selasa) after jumpa ENT specialist, aku pergi buat HIV test. Lone ranger je sebab din dah buat his test lama dah. Aku main terjah je Pusat Kesihatan Ibu dan Anak ( kat tempat aku, ni tempat HIV test paling dekat).

Isi borang, register pastu tunggu depan bilik rawatan dan suntikan. Cuak dan dalam hati ni risau sebab aku kan banyak menggunakan jarum suntikan. Bila nama aku dipanggil so aku masuk la bilik tu. Tunggu mak cik nurse isi-isi form pastu siapkan test kit.

Before dia buat hiv test tu mak cik tu tanya aku soalan. Korang bayangkan mak cik tu tanya ngan garangnya.
Mak cik Nurse : Sebelum test ni, cuba bagitau cara-cara HIV berjangkit. Selalu tengok dalam tv jadi hari ni mak cik nak soal.
Aku : melalui jarum suntikan...
Mak cik Nurse : Jarum suntikan apa? (garang)
Aku : bertukar-tukar jarum suntikan macam penagih dadah.
Mak cik Nurse : Lagi?
Aku : Seks rambang dan dari ibu ke anak..
Mak cik Nurse : Ibu ke anak macam mana?? (garang)
Aku : a..a..
Mak cik Nurse : Yelah cakap dari ibu ke anak, macam mana? 
Aku : mengandung..
Mak cik Nurse : Permindahan darah..
Aku : ha'ah.. melalui permindahan darah ;p
Mak cik ni tak membantu langsung aku yang cuak ni. Bila test tu aku duk tanya macam-macam kat dia. Rupa-rupanya dia kenal arwah ayah aku. Saje je mak cik ni buat garang ngan aku.

Resultnya : tidak reaktif (hehe.. aku jeling-jeling before dia seal sampul surat nak bagi pejabat agama). Alhamdulillah.. dipermudahkan urusan oleh Allah.

p/s: Korang kena bayar RM1 kan? aku tak pun. Ke diorang lupe nak mintak?

Monday, December 20, 2010

Kad Kahwin Dah Siap

Last Saturday din dapat call dari L*C cakap kad dah siap. Mesti diorang tak berani nak call aku kan? hehe.. So Ahad aku gi amik kad. Hasilnya aku suka kad kiteorang. Simple dan elegant =)

L*C masih hutang 1 bunting dengan aku sebab diorang salah faham aku 1 bunting sahaja sebenarnya 2 bunting. Anyway tak kesah pun sebab benda free. Sebut benda free, kiteorang dapat fews kad dan sampul FOC. Sukanya.....

Colornye lain sikit. Ni guna kamera handset je.
Sekarang adalah proses menjemput secara rasmi. So kepada semua bloggers, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang nak kad kahwin aku dan din, sila bagi alamat ey.

p/s: Sorry korang sebab tak sempat nak reply komen korang. Hari ni aku half day. Sorry tau.

Friday, December 17, 2010

Esok Nak Tempah Kasut Kahwin

Since ade rezeki lebih sikit jadi aku nak tempah kasut untuk nikah dan sanding esok. Semalam dah call si designer kasut dan masih boleh menempah kasut. Hoyeeh!

Most of b2b dah tau pasal Gavy kan? My kawan, muni yang also b2b next year yang bagitau entry huda pasal tempat nak tempah kasut for wedding. That time mase hunting wedding shoes for dd dudu. Aku , ezzan dan ros pun follow masa dd dudu tempah wedding shoes dia. Along muni dan muni pun ada jugak.

Time kat Gavy sambil main-main dengan ipod si ezzan ;p
Masa teman-teman dd tu aku ada try kasut-kasut di Gavy. Sangat selesa walaupun high heels. Kaki aku ni jenis yang tak boleh terima kasut sebarang. Nanti melecek bukan setakat kat bahagian belakang kasut, tapak kaki pun melecek. Manja betul kaki aku ni.

Ni gambar kasut-kasut kahwin dd yang ditangkap oleh ezzan (asyik ambil gambar hasil tangkapan ezzan je kan? reason : sebab i really adore gambar-gambar ezzan tangkap. Cantik kan?)


Rasa-rasanya colour apa yang aku tempah? Cubalah teka =)

Why Bakal Pengantin Always Sensitif

Tiba-tiba aku rasa nak cerita pasal isu dari perspektif aku. Kenapalah bakal pengantin selalu sensitif especially the bride.

  1. Banyak sangat benda nak fikir untuk merealisasikan dream wedding masing-masing.
  2. Taste setiap orang tak sama so akan ada la cakap-cakap yang buat pilihan/taste si bride dipersoalkan. Tapi yang orang cakap-cakap tu pun agak-agak la. Think before you speak dan please la ingat itu majlis si bakal pengantin, bukan majlis kamu.
  3. Kena buat prosedur-prosedur kebenaran nikah yang agak menguji kesabaran bila si bakal pengantin sangat busy dengan kerja masing-masing. Setiap negeri lain pulak caranya. Adoiyai!
  4. Sebab kena keluarkan duit yang banyak untuk kahwin. 1st time tu keluar duit banyak jadi sangat terasa duit tu keluar. Tambah-tambah si bakal pengantin bukan orang kaya.
  5. Vendor pulak tak memenuhi impian kita. Janji lain, buat lain. 
Bila dah perasaan dan fikiran terganggu, mula la bawa kereta pun tak tenang, masak pun sambil fikir benda lain, termenung sana, termenung sini. Pastu jadilah kejadian tak diingini. Sebab tu orang tua kata orang nak kahwin 'darah manis' . Sebenarnya kita sendiri yang buat darah kita manis. So, to bride and groom to be, cubalah la bertenang. Insya-Allah kita semua akan tidak 'berdarah manis'.

Wednesday, December 15, 2010

Wedding Favors For Children : Jelly Beans

Aku tertarik hati nak bagi budak-budak Jelly Beans ni daripada bagi gula-gula yang biasa orang bagi time majlis kahwin. So colourful dan budak-budak pun mesti suka punya. Tapi punya la payah nak mencari yang jual secara borong benda alah Jelly Beans ni. Aku jumpa jual kat jj tapi harga, harga retail bukan wholesale. Agak mahal di situ berbanding gula-gula biasa. Ke korang tau mana boleh dapatkan benda alah ni secara wholesale? Bagitau la kat aku ;p

Mula-mula aku plan nak letak dalam jar mcm ni:
 credit to : michton.com . Tak pun macam ni :
credit to : humbugsweetshop.co.uk .

Mahal la pulak jar ni. Lagi mahal dari jelly beans tu sendiri. Pastu nak bagi benda ni nak bagi budak-budak, macam tak sesuai sebab jar ni kaca. So, aku plan nak letak dalam bekas dadih yang saiz kecik tu. Pastu letak riben hias-hias. Boleh imagine tak?

Tapi bila tengok idea dari website ni : http://myweddingplanningtips.com/2009/05/01/wedding-favor-ideas-sweet-bites/ , aku rasa macam nak guna plastik je untuk buat packaging jelly beans tu. Nanti nak survey mana  lagi menjimatkan.

Tuesday, December 14, 2010

Bunga Pahar : Dah Beli

Bunga Pahar adalah a part of penyeri pelamin. Jadi bunga pahar adalah versi bunga telur yang lebih grand gitu. Nowadays, harga bunga pahar mahal. Tapi korang boleh untuk memilih guna bunga telur yang biasa-biasa sahaja as bunga pahar. Ikut bajet dan kemampuan sendiri.

Kebetulan hari ahad lepas wawa my housemate nak hantar kawan dia ke Nilai. so, alang-alang dah ke sana, kitaorang ke Nilai 3. Thanks wawa sebab bawa aku ke Nilai. Thanks to aida too sebab rela follow walaupun dalam keadaan demam dan  cuaca Nilai yang panas terik dan kering.

Aku tak ingat ke berapa aku masuk. Tapi kat kedai tu, aku macam tak nak balik ok. Bunga paharnya aku tak pernah tengok kat mana-mana wedding, pastu harga memang murah la. Cuma, aku tak de choices untuk bunga yang pahar yang itu. Sedih di situ.
Ini bukan bunga pahar aku beli tapi ni la latest design yang tak pernah tengok kat mana-mana wedding yang aku pernah attend.
Tapi aku beli jugak bunga pahar kat kedai tu cuma bukan yang latest design yang meletop tuh. Design macam biasa je tapi nampak mewah dan ada kelas.Harga pun sangat la murah. Suka-suka =)