Showing posts with label doorgift. Show all posts
Showing posts with label doorgift. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Update Preparation Kahwin Versi Ke ?

Make it short la.

#1 - Baru lepas discuss dengan bos plan cuti untuk kenduri dua-dua belah pihak. Tunggu bos besar approve je.
#2 - Tengah dalam progress mengepos kad-kad. Rupa-rupanya ramai kawan-kawan duduk Selangor. Even kawan-kawan dari zaman Shah Pekan lagi. Setem kena beli lagi ni. Tak cukup.
#3 - Kasut dah ambil dari gavy. Tapi tersalah ukur masa tempah hari tu. My real size is 4. aku dan din sangat suka kasut tu =)
#4 - Chocolates untuk goodies budak-budak dah beli
#5 - Doorgift untuk orang berzanji pun dah beli. Insya-Allah kalau tak de aral melintang majlisnya petang before nikah.
#6 - Nikah dah confirm book 4/2/2011 pukul 8 malam.
#7 - Din dah beli bekas letak telur kat ayer hitam. Tinggal nak beli paperbag je.
#8 - Tema kenduri belah lelaki adalah hijau epal.
#9 - Bunga Manggar DIY dah 40%.

Wednesday, December 15, 2010

Wedding Favors For Children : Jelly Beans

Aku tertarik hati nak bagi budak-budak Jelly Beans ni daripada bagi gula-gula yang biasa orang bagi time majlis kahwin. So colourful dan budak-budak pun mesti suka punya. Tapi punya la payah nak mencari yang jual secara borong benda alah Jelly Beans ni. Aku jumpa jual kat jj tapi harga, harga retail bukan wholesale. Agak mahal di situ berbanding gula-gula biasa. Ke korang tau mana boleh dapatkan benda alah ni secara wholesale? Bagitau la kat aku ;p

Mula-mula aku plan nak letak dalam jar mcm ni:
 credit to : michton.com . Tak pun macam ni :
credit to : humbugsweetshop.co.uk .

Mahal la pulak jar ni. Lagi mahal dari jelly beans tu sendiri. Pastu nak bagi benda ni nak bagi budak-budak, macam tak sesuai sebab jar ni kaca. So, aku plan nak letak dalam bekas dadih yang saiz kecik tu. Pastu letak riben hias-hias. Boleh imagine tak?

Tapi bila tengok idea dari website ni : http://myweddingplanningtips.com/2009/05/01/wedding-favor-ideas-sweet-bites/ , aku rasa macam nak guna plastik je untuk buat packaging jelly beans tu. Nanti nak survey mana  lagi menjimatkan.