Showing posts with label wedding favours. Show all posts
Showing posts with label wedding favours. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Persiapan in 17 days more

17 hari lagi

Pagi tadi bos aku tanya berapa hari lagi countdown? 17 hari rupanya. By right, aku dah boleh cakap persiapan dah siap 80% to 90%. Hakikatnya tidak.

Cerita pakaian :
Baju nikah - Yang ni dah hampir siap dah. Tapi tak risau sebab makcik zaini memang leh siapkan punya la.
Baju/Veil  sanding- Last week baru ukur sebab bagi laluan kat tuan buat baju kahwin.
Baju nikah din - dia baru anta 2 hari lepas. Din cakap sempat.
Kasut nikah dan sanding -  Dah siap dalam 2 minggu lepas. Tinggal nak pakai je =)
Tudung/ Veil nikah - Yang ni aku tak tahu ape cite. Tiba-tiba tukang buat MIA. Ke sebenarnya dia lupa tempahan aku?

Cerita kad:
Semua yang bagi alamat, aku dah pos dah. Cuma ada yang nak kena bagi by hand tak selesai lagi.

Cerita doorgift / wedding favors:
Chocolate untuk budak2 tak pack lagi
Bunga telur (time sanding) - kena tambah dalam 100 batang lagi.
Bunga telur (time khatam Al-quran) - kena beli 50 batang warna putih.
Paper bag - Yang ni memang tak beli lagi.
Tempat letak telur - din dah belikan 700 pcs.
Benda-benda lain - mak yang uruskan

Cerita bunga manggar:
lepas 40% tu, tak siap-siap lagi. Sempat ke? Time is running out.

Cerita cuti: 
Setakat ni lulus. Tapi tak tahu la last-last minit nanti.

yang lain semua orang lain tolong uruskan.

Monday, January 10, 2011

Update Preparation Kahwin Versi Ke ?

Make it short la.

#1 - Baru lepas discuss dengan bos plan cuti untuk kenduri dua-dua belah pihak. Tunggu bos besar approve je.
#2 - Tengah dalam progress mengepos kad-kad. Rupa-rupanya ramai kawan-kawan duduk Selangor. Even kawan-kawan dari zaman Shah Pekan lagi. Setem kena beli lagi ni. Tak cukup.
#3 - Kasut dah ambil dari gavy. Tapi tersalah ukur masa tempah hari tu. My real size is 4. aku dan din sangat suka kasut tu =)
#4 - Chocolates untuk goodies budak-budak dah beli
#5 - Doorgift untuk orang berzanji pun dah beli. Insya-Allah kalau tak de aral melintang majlisnya petang before nikah.
#6 - Nikah dah confirm book 4/2/2011 pukul 8 malam.
#7 - Din dah beli bekas letak telur kat ayer hitam. Tinggal nak beli paperbag je.
#8 - Tema kenduri belah lelaki adalah hijau epal.
#9 - Bunga Manggar DIY dah 40%.

Friday, January 7, 2011

Bekas Telur Macam Mana Ey?

28 days to go

Time is running out tapi aku still tak decide nak bagi wedding favour pe nanti. Sebab aku berkeras tak mau bagi bunga telur semata-mata, mak pun come out with all her plan nak bagi apa. Dah totally bercanggah pulak dengan decision dia tak suka bagi wedding favours like makanan etc.

Tambah-tambah mak's best friend willing to sponsor some of kuih untuk favours tu nanti. Tapi kiteorang tak sanggup nak terima 100% sponsor diorang tu. Mak kata nak bagi duit sikit untuk tepung buat kuih-kuih tu. Tak ingat kuih apa diorang nak sponsor tu. Kuih-kuih tradisional la yang pastinya.

Yang aku pening sekarang ni nak cari bekas telur yang orang akan simpan dan tak de harapan dibuang. Hari tu kedai barang kahwin banyak yang tutup dekat Nilai jadi aku memang tak de idea nak beli apa. Hopefully esok datang la idea nak bagi bekas telur yang macam mana. Yang pasti bajet aku tak banyak. Kalau bajet mak aku, sure boleh beli yang gempak-gempak. Tapi aku dah state dari awal preparation kahwin, aku nak minimize bajet dari mak aku. Unsur-unsur berdikari la ni =)