Showing posts with label Getz. Show all posts
Showing posts with label Getz. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Coret Coret Lina

#1- Masalah air dekat apartment dah selesai. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Kalau tak, tak dapat bayangkan mengharungi bulan puasa ni dengan masalah bekalan air.

#2 - Tahun ni, tahun pertama berpuasa bersama suami tapi masih PJJ lagi so weekend aje akan dapat rasa bersahur,berpuasa dan berbuka bersama. Takpela. sekurang-kurang ada daripada takde langsung kan?

#3 - Baju raya aku dah siap. Cepat sangat la siapnya. Puasa pun tak masuk lagi ni. Baju raya din, nanti bulan puasa baru cari.

#4 - Next week, adik aku mula praktikal di office aku. haha.. sudah tidak bebas lagi rasanya ;p

#5 - Hari ni first time getz balik Lipis tanpa aku. Camno tu? adik aku bawa balik getz. Aku kan nak balik Johor petang ni.

#6 - Nak ucapkan selamat menyambut ramadhan buat semua umat Islam. Terutama kepada pembaca blog aku yang tak seberapa ni.

Wednesday, May 25, 2011

Aku Yang Huru Hara Semalam

Pas kejadian getz dapat bateri baru tu, aku ingat dah setel dah. Sekali ko, after melawat Rayyan kat Hospital Putrajaya (time tu dah malam), aku nampak lampu brek aku menyala macam aku tengah tekan brek. Siap lampu brek ke 3 sekali nyala.

Huhu.. ini la punca sebenar kenapa air bateri aku kering. Aku rasa aku dah selalu cek air bateri dah tapi sebab kejadian air bateri kering tiba-tiba tu buat aku menyalahkan diri sendiri dengan cakap 'may be aku tak cek betul-betul kot'. 

Aku call din bagitau pasal hal lampu brek ni so din suh aku gi carefour ke atau mana-mana pasaraya besar sikit. Beli spanner, pastu plannye aku kena cabut wayar bateri tiap-tiap kali parking kereta. Remeh bukan, walaupun just a few days je nak tunggu din balik KL tengok condition Getz. Aku pun pecut gi alamanda dari Hospital Putrajaya.

Sampai alamanda, ngan kelam-kabut masuk carefour terus serang bahagian hardware. Aku borong banyak gila saiz spanner. Sebab tak tahu yang mana satu yang boleh guna. Pastu dah siap-siap bayar tu, aku cari parking ticket aku.. Huhu.. takde.. dah macam orang gila dah aku geledah sling bag aku. Memang rasa down sesangat time ni. Air mata tu dah bergenang-genang dah.

Pergi kat kete pun takde jugak. Ya Allah.. sepanjang hari aku rasa diuji. Solutionnya aku gi je kaunter pertanyaan pastu diorang bagi direction ke parking management office. Aku redha je bayar denda tiket parking hilang. Bukan sikit-sikit tau. Ko bayangkan ko parking tak sampai sejam tapi ko bayar RM25. Nak buat macam mana, my bad.

Keluar alamanda, aku balik rumah. Sampai umah terus try nak buka-buka wayar tu. Macam takde satu pun spanner yang boleh guna. Waaaaaa... Aku tak tahu nak mintak tolong sesapa dah. Terpaksa call pak cik tuan rumah again. Pak cik mintak aku datang ke rumah dia. Bersyukur sangat sebab sebab pak cik ngan mak cik ada kat rumah.

Pak cik try betulkan apa yang patut. Sekarang kalo korang jumpa getz aku tak de berlampu brek, sila la pandu ambil jarak jauh sikit. Sebab aku brek macam mana pun, takde lampu yang nyala. Macam bahaya sikit kan? tapi 2 hari ni je kot.

Again.. aku rasa tak kuat sangat untuk life PJJ after jadi macam ni.

Tuesday, May 24, 2011

Getz Dah Tukar Bateri Baru

Pagi-pagi tadi dengan semangat berkobar-kobar nak gi opis awal sikit. Sekali tekan-tekan alarm takde respon pape. Huhu.. apakah yang berlaku. Aku buka pintu guna kunci je. Pastu buka bonet, syak mesti bateri punya pasalnya. Buka lubang-lubang bateri tu.. Huhu.. ade yang dah hampir kering.. Call din cepat-cepat bagitau.

Tak tahu nak mintak tolong sape jadi aku call tuan rumah mintak tolong. Tunggu pak cik datang pastu dia test bateri dah tak leh cas dah. Pak cik ni dulu pernah keje mekanik, jadi dia cabutkan bateri pastu bawa ke bengkel. Aku ikut sekali sebab aku nak withdraw duit buat beli bateri baru. Nasib masih ada duit nak beli bateri walaupun tak gaji lagi ni.

Pastu pak cik ada hal, so orang bengkel hantar aku dan pasangkan bateri baru. Lepas setel semua, aku pun ke opis.

Bila jadi dugaan yang macam ni, aku jadi macam sedih sangat. Kalau ikutkan takdela susah mana PJJ ni cuma lepas kahwin aku rase survival spirit aku hilang ntah ke mana. Rasa lembik sesangat. Semua nak berharap kat suami dan macam takleh buat pape sendiri. Ke aku je rasa macam ni?

Monday, April 18, 2011

Alahai Getz (2)

Weekend lepas aku tak balik Bandar Tenggara. Jadi misi mengisi masa lapang weekend adalah setelkan hal Getz. Ada bunyi bila tekan minyak. Bunyi macam bunyi kipas pun ada. Mula-mula ingat bunyi tayar ke apa tapi pelik sebab tekan minyak baru ada bunyi macam tu. Kalau free gear, ok pulak. Risau aku, bawa balik ke bengkel untuk cek apa yang problem agi.

Rupa-rupanya ada benda yang dekat dengan gearbox tu rosak. Tapi disebabkan gearbox tu masih dalam warranty, selamat la duit buat kali ni. Spare part bukan murah-murah. Riban-riban jugak. Tak terus leh bikin sebab spare part kena order dulu. Nanti kena mintak time off nak setelkan hal ni. Orang bengkel kata 1 jam dah boleh siap.

Aku harap sangat la lepas ni takde la yang teruk-teruk lagi rosaknya. Kalau tak, kita tolak ini kereta, amik kereta baru. Tapi mcama sayang sangat dekat Getz sebab Getz ni best bawak. Seyes tak tipu. Body getz kuat tau. Kalau langgar ngan Honda, Honda kemek tapi Getz maintain macam takde pape yang berlaku (based on my experience). Bawa 140 km/j tak rasa melayang macam Myvi. haha.. kantoi bawa kete lelaju. Maaf ey encik jpj ;p


Harap Getz sihat dan tak sakit-sakit dah.

Friday, April 15, 2011

Alahai Getz

Take time masa rehat untuk update pasal Getz. Semalam baru Getz pulang ke pangkuan. Lama benor pergi ber'cuti'nya. Kesian aku nak gi kerja terpaksa sewa kereta atau naik cab. Kos yang ni lebih dari harga installment getz bulan-bulan.

Alhamdulillah syukur sebab hari ni dah boleh gi kerja dengan Getz. Harapnya takde la rosak-rosak yang major lepas ni. Tak lupa jugak a big thanks and XOXO to hubby sebab sanggup keluar belanja repair Getz kali ni. Melayang riban-riban gak la kali ni. Huhu.. Getz..getz.. sampai hati ko.

Tapi bila dah jadi gaya gini, aku fikir kena gandakan tabungan masa depan tu. Emergency tu bukan leh nak hidu-hidu bila datangnya.

Kali ni Getz dah tukar gear box , break pad ngan stabilizer bar bush. Ada jugak ilmu kereta yang baru aku dapat. Kalau dah pakai kereta import tu, ko jangan la nak sumbat minyak atau barang local. Pastu check air, minyak hitam dan temparature. Tu la aku ni dah bape bulan ni dah jarang check semua tu. Dulu every week mesti check punya.

p/s: ingat lepas kawin dah boleh beli barang-barang kesukaan. Nampaknya kena hold dulu la.

Friday, January 28, 2011

Road Tax Getz

Pening sebab first time nak bayar road tax. Pastu aku tanya pulak orang yang masing-masing lain dengan kes aku. Kereta aku masih dalam loan dan geran kereta memang bank pegang la. Tak cukup tempoh lagi nak pegang geran kereta. Bank yang aku buat loan kereta tu pulak memang agak susah nak cari. Yang paling dekat kat Bangunan MOF, Putrajaya. Tapi bab-bab finance memang dekat Seri Kembangan. Teka bank apakah itu?

Last-last google key word 'bayar road tax'

dapat jawapan from here:

http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?14.0000000285 

Nak senangkan kerja, aku decide amik insurans kereta dekat bank yang pegang geran so that aku tak perlu pergi 2-3 tempat. Pastu diorang boleh tolong buatkan road tax on behalf of me. Just bayar dan collect the road tax.

So, sekarang aku baru je pas bayar insurans dan road tax. Isnin petang baru dapat collect sebab bank tu kena gi buat road tax kat tempat lain.

Yang aku faham sekarang, insurans tu boleh beli mana-mana insurans. I do survey myeg. Yang boleh bayar road tax dan insurans online tu. Myeg guna rhb punya polisi insurans.

Pastu kena tau la insurans tu 1st party ke 3rd party. Biasanya 1st party lebih mahal dan cover banyak benda.

Friday, January 7, 2011

Dating Bersama Din

Semalam tak jadi din nak hantar getz masuk workshop sebab ade kekangan komunikasi. Rupanya tempat cucuk charger kat enset din rosak. So, din just pergi survey spare part getz je.

Balik kerja we met up at JJ equine. Spending time together, cari barang, makan, masuk kedai emas, masuk kedai spec and try fish spa. Kelakar je time ni sebab aku dan din gelak-gelak kuat gile sebab geli sangat masa awal-awal masuk kaki tu. Lama-lama macam syok pulak. May be hari ni pun nak try lagi.

Then, kiteorang plan nak gi downtown cheras pulak sebab malam masih muda dan din macam bosan. So, aku dan din hantar kereta ke rumah aku. Pakai kete din je kami ke downtown. Round-round downtown, before balik makan steamboat tepi jalan. Dulu-dulu aku tak berani nak makan tepi jalan macam ni, selepas diajar kawan-kawan macam syok je.

Balik rumah dah pukul 1 pagi dah. Walaupun penat, rasa best sangat sebab aku ngan din susah betul nak dapat time dating-dating macam ni. Memang dah nasib PJJ macam kami ni. Almost 4 years jugak lak aku dan din PJJ. Alhamdulillah dan aku harap sangat jodoh kami sampai ke akhir hayat.

Thursday, January 6, 2011

Selamat Duit Din

Getz dah ok cuma bunyi bising sebelum gearbox rosak ada lagi. Tak perlu pun ganti gear box baru. Just beli minyak pelincir gear box dari Hyundai je. Beriban-riban duit dapat diselamatkan. Lega rasanya hati kami.

Sepatutnya hari ni, aku ada orang tolong hantar pergi dan balik kerja tapi sebab din nak ambil getz untuk servis lagi. Boleh pulak semalam charger enset din tak leh pakai. So, tak dapat la aku meng'alert'kan din untuk bangun. Takpelah.. bagi dia rest dulu. Aku drive sendiri gi kerja as usual.

Semalam gak after work, aku ajak din gi Nilai 3. Ingatkan bukak sampai kol 9 macam Nilai 1. Kecewa bila tengok kedai-kedai barang kahwin tu tutup. Ada yang masih bukak tapi barang yang aku nak semua tak de so aku tak beli pape. Cuma ade beli something untuk my best friend.

Kiteorang ada masuk kedai karpet. Din tiba-tiba nak beli karpet. Aku rasa karpet-karpet tu murah la banding yang pernah mak aku beli. May be sebab weekdays kot. Aku pernah dengar kalau pergi weekdays lagi murah berbanding cuti sekolah atau weekends. Boleh pulak macam tu or just rumours je.

Din tak beli pun karpet after beria SA tu duk punggah-punggah tunjuk kat din. Aku pulak just mintak din fikir betul nak beli karpet yang macam mana. Size bilik besar mana. Kalau ruang kecik je, better beli runner. Pastu berapa banyak runner nak pakai. If sampai 2-3 runner, over ok macam tu. Sebab bagi aku runner tak cantik letak banyak-banyak. Tak tahu la korang pulak macam mana.

Macam mana ey korang hias bilik pengantin? Belah aku, aku serah bulat-bulat kat mak aku. Teringin sebenarnya nak hias-hias sendiri. Tapi time constraint meh.

Wednesday, January 5, 2011

Getz Rosak

30 hari lagi (OMG! cepatnya masa berlalu)

Semalam adalah EL sebab getz rosak. Dah lama dah perasan yang getz macam tak sihat. Dah bawa gi bengkel berkali-kali tapi tak ok jugak. Semalam tu kes dah teruk sangat dah. Rupa-rupanya gear box getz kena tukar baru. Mahal tu. Anggap ini dugaan nak kahwin so harus bersabar.

Pagi tadi din hantar gi kerja. Din sanggup datang dari johor nak uruskan getz. Sungguh mengambil berat tunang aku tu =) terharu.. terharu...
credit to diyana
Semalam kereta memang dah kat bengkel. Nak balik rumah dari bengkel memang tak de transport. Taxi dan bas memang susah dapat area situ. Aku mintak tolong orang bengkel hantarkan. Memang diorang leh hantarkan if rumah dekat-dekat.

Mekanik tu anta aku kat rumah. Sekali, bila dia dah blah, baru perasan yang kunci aku tertinggal kat pintu getz. Enset bateri memang nyawa-nyawa ikan time tu. SMS din, din call bengkel tu untuk hantar kunci kat aku. Sekali mekanik tu salah bawa kunci. Dia gi bawa kunci yang attached ngan kunci getz. Hehe.. aku follow dia ke bengkel semula then ambil kunci pastu dia hantar aku balik. 3 kali la dia duk patah-balik, patah-balik.

Tak tahu la getz macam mana sekarang. Agak patah kaki jugak la aku bila takde getz. Susah nak ke mana-mana. Aku harap getz cepat sihat.

update : tadi din call kata tak yah ganti gearbox. Tambah minyak pelincir khas je. Selamat duit kiteorg =)

Monday, November 29, 2010

Eksiden Lagi?

Pagi ni dimulakan dengan aku eksiden buat kali ke 3 dalam masa 6 bulan. Ni semua kes orang break mengejut la. Kereta 1 break sebab ada pemandu lori yang rosak terjun tiba-tiba dari lori. Kereta 2 break mengejut (tapi tak macam tak nampak lampu break menyala pun) sebab kereta 1 break. Aku si pemandu kereta 3, baru turun bukit dan nak memulakan perjalanan dengan kereta belakang dan kereta belah kanan dekat nak mampus, tak sempat nak break habis-habisan. Huhu... gedegang!

Tiap-tiap kali mesti kereta aku nampak ok sikit (Hyundai Getz sangat kukuh dan kuat). Kereta 2 si kereta kancil yang korang tahu memang macam tin tu dah pecah bumper kat tepi. Salah kereta aku ke yang kuat bodynya? Masa kejadian eksiden aku yang 1st dulu pun langgar Honda. Tapi honda kemek, getz tak kemek langsung. Aku sangat la pelik. Adakah getz sangat kuat berbanding honda yang menjadi kegilaan ramai itu?

Polis pun tak membantu tadi. Dah ko tau jammed sebab lori tu cuba la mengawal trafik sikit. Aku dah la stucked dalam jam dekat 1 jam. Lambat gi kerja 1 hal, dup dap jantung pun 1 hal. Pastu aku rasa undang-undang ' orang di belakang yang melanggar di persalahkan walaupun orang yang kat depan yang salah' patut dikaji semula. Tambah-tambah kalau kejadian dalam traffic jam yang korang sedia maklum kereta belakang himpit macam tak hengat.

Tengok.. emosi aku dah terganggu. Lusa dah la MRI.