Hari ni masuk hari ketiga. Aku masih bersuka ria dan tak buat apa-apa kerja yang serius. Perasaan? seronoklah jugak tapi ada jugak time bosannya. Aku masih fikir plan apa nak buat. Startup own business ke? Makan gaji ke? Jadi housewife ke? Tapi sekarang aku bagi peluang masa bertenang kat aku sendiri.
Hari pertama tak bekerja tu aku ikut din beli stok kedai. Jadinya memang terisi la masa aku. 2nd day pulak takde pe yang aku baut except gi pasar tani beli ayam. Aku plan nak buat grilled chicken. Ni tengah tunggu ayam tu di'grill' la ni. Resepi aku ada google tapi last-last buat resepi ikut sukahati aku. If sedap, aku akan buat entry resepi tu. Ni purely ikut apa bahan yang ada kat rumah je.
ok la. Nak jenguk ayam aku. Kang rentung pulak kang!
- Posted using BlogPress from my iPad
Showing posts with label talk. Show all posts

Thursday, December 29, 2011
Thursday, December 15, 2011
Keinginan , Kemampuan dan Kesanggupan
Asal petang je mood aku down. Pastu mula la fikir nak tukar kerja lain. Bila berjaya setel coding terus berazam macam nak kerja berpuluh tahun kat sini. Penat tau men'psiko' diri macam ni.
Ok nak cerita benda lain sebenarnya. Aku nak cerita keinginan aku nak barang mahal dan ada brand. Barang tu macam gadget ke, handbag ke. Kalau ikut kemampuan memang boleh nak beli tu tapi bila nak keluar ongkosnya memang takde kesanggupan.
Macam sekarang orang ber'ipad' , iphone, galaxy tab la, memacam lagi gadget. Tapi aku still la gigih jugak pakai handset dah 5 tahun umurnya. Handset ni bagi aku boleh lagi pakai tapi kadang-kadang datang angin semput dia aku pasrah je. Bukan apa, bila din dan aku ke kedai enset sure aku akan cakap 'takpela, boleh lagi pakai enset tu' walaupun bukan aku yang nak bayar. Macam aku berkira nak spend on benda harga ratus-ratus atau riban-riban.
Beza betul dengan zaman dulu sebab aku kalau nak dapatkan sesuatu, aku usahakan jugak. Bila bayar benda tu walaupun riban-riban sekalipun tak rasa terkilan ke apa. Rasa puas ada la. Sekarang, dengan diri sendiri pun berkira gila.
Aku sorang je rasa gini ke korang pun gitu jugak? Yang tak bestnya sekarang ni, benda yang puluhan ringgit pun aku rasa tak worthy nak beli. Psiko ke apa aku ni? keinginan tu meluap tapi ketaksanggupan tu lebih berkuasa.

Friday, December 2, 2011
Foods Can Make Us Happy
Happynya sebab semalam selesaikan membuat redvelvet. Aku amik masa 2 hari nak buat cake + topping. Guess what? menjadi. Rasa tu bagi aku sedap la tapi kalau improvise lagi best kot.
So next time, time weekend je boleh kot nak buat one short. If hari kerja, tak sempat uols. Gambar dah snap dah tapi versi dah potong-potong punya. Yang tu nanti cerita kat lain entry.
Next week ada checkup dengan 2 specialists dan 1st time akan jumpa gynae. So, sekarang dah 3-4 pakar yang monitor case penyakit misteri aku. Hopefully ada lah nanti result aku ni sebenarnya sakit apa. Jadinya, aku akan bercuti weekend ni panjang la. tambah extra 2 hari MC untuk hari-hari cek up tu. Best..best..
Sekarang mood adalah gembira lala lala. Kira macam positif je ni. Hopefully akan terus positif dan positif. Kalau tak, korang dengar jela keluh kesah aku kat blog ni atau twitter. May be aku rasa pepatah 'Foods can make us happy' ada betulnya. Tambah-tambah bila makanan tu kita buat sendiri dan jadi :)
P/S : Sesiapa nak baca my micro-blogging through twitter sila la search 'haslinahairudin'

Tuesday, November 1, 2011
Coret Coret Lina
Hi uols! Rasa macam sekarang banyak silent mode je. Dalam silent-silent, ada gak melawat ke sana-sini blog korang tu. Cuma nak mengapdate blog sendiri macam malas. Rasa macam best baca je. Pastu tak mengomen-gomen sikit pun. Ciri-ciri stalker dah aku ni. Meh la nak coret-coret sket perkembangan diri hamba di Johor ni.
#1-Raya haji , insya-Allah balik Pahang. Ada buat qurban sikit.
#2-Semalam adalah mc. Tak sedar pun sebenarnya diri demam. Malam gi klinik baru doktor cek suhu panas. Serius macam panas tu tak rasa hangat sangat cuma badan rasa tak selesa la sket. May be sebab cuaca panas-hujan lately ni kan.
#3- Tak sabar nak visit baby Haris Safeyullah anak dd dudu. Sesiapa masih rasa misteri kehilangan dd dudu di alam blog ketahuilah anda yang dd dudu dah bersalin :)
#4- Weekend hari tu ada buat project baking2 lagi. Alhamdulillah jadi :)
Rasa macam tak ok pulak ni. May be demam tak kebah betul-betul lagi kot?

Thursday, August 18, 2011
Coret Coret Lina
# 1 - Tengah busy tapi curi-curi masa nak update blog. Ini macam preview entry-entry akan datang kot. Kalau aku ingat nak update la.
# 2 - Kita mulakan dengan kejadian Selasa lepas. Aku kena serangan gastrik yang memaksa aku berbuka puasa. Seksa rasanya tapi sebab dah pernah jadi kejadian macam tu, so tau la macam mana nak handle tanpa perlu admit ward. Syukur. Tapi puasa la tergadai. Sangat tak suka!
# 3 - Semalam berbuka anjuran office di Tropicana Golf Resort kat Damansara. Sedap! dan puas hati makan tapi sebab aku masih dalam fasa nak baik gastrik so makan secara berhemah.
# 4 - Aku sekarang tengah belajar PHP (Ini bahasa pengaturcaraan ye kawan-kawan. I know some of you bukan orang IT). Ala-ala buat research untuk project baru office. Seksa jugak nak paham guna framework dalam PHP ni tapi aku seronok sebab dapat belajar benda baru.
# 5 - This weekend tak balik Johor. Ada few kerja yang nak di'settle'kan di KL ni. (T_____________T). tapi takpela... Next week dah balik beraya! Hoyeah!

Labels:
berbuka puasa,
damansara,
gastrik,
php,
puasa,
talk,
tropicana golf resort
Wednesday, August 3, 2011
Jiwa dan Perasaan
Dah kembali bekerja after 2 hari MC. Lama kan aku MC? Ada masalah kesihatan yang belum boleh aku ceritakan kat sini.
Sekarang aku dalam keadaan stress. Macam-macam jadi kat aku. Kadang-kadang orang nak buat baik ngan aku tak semestinya baik buat aku. Tambah-tambah perasaan tengah kacau ngan masalah kesihatan. Ada jugak masalah peribadi yang aku rasa stress sebab tak leh berkongsi cerita dengan orang lain so end up, aku pendam je dalam hati sampai parah.
Cukup la dulu kot pagi ni. Kasi tenang dulu jiwa ni.

Friday, July 29, 2011
Coret Coret Lina
#1- Masalah air dekat apartment dah selesai. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Kalau tak, tak dapat bayangkan mengharungi bulan puasa ni dengan masalah bekalan air.
#2 - Tahun ni, tahun pertama berpuasa bersama suami tapi masih PJJ lagi so weekend aje akan dapat rasa bersahur,berpuasa dan berbuka bersama. Takpela. sekurang-kurang ada daripada takde langsung kan?
#3 - Baju raya aku dah siap. Cepat sangat la siapnya. Puasa pun tak masuk lagi ni. Baju raya din, nanti bulan puasa baru cari.
#4 - Next week, adik aku mula praktikal di office aku. haha.. sudah tidak bebas lagi rasanya ;p
#5 - Hari ni first time getz balik Lipis tanpa aku. Camno tu? adik aku bawa balik getz. Aku kan nak balik Johor petang ni.
#6 - Nak ucapkan selamat menyambut ramadhan buat semua umat Islam. Terutama kepada pembaca blog aku yang tak seberapa ni.

Wednesday, July 20, 2011
Coret Coret Lina
#1 - Aku dah dapat termination of service letter. Secara officialnya aku habis bekerja kat opis pada Hari Malaysia nanti. Cuti pulak aku dah habis guna, so no cuti sampai tarikh tu kecuali MC je ada lagi baki beberapa hari. Erm.. cuti raya macam mana? unpaid leave la jawabnya.
#2 - Sekarang kena start urusan perpindahan aku. Nak kena cari lori, pastu nak tanya astro untuk procedure pindah astro.
#3 - Last week aku ngan din gi Mini Famili Day office aku sekarang kat Janda Baik. OTW balik singgah Genting tanpa plan pun. Gambar dekat camera din. Nanti dah ada gambarnya, aku update kat blog ni.
#4 - Semalam dah pergi kedai barang-barang kek kat Bangi. Tambah beberapa barang. Nasib baik sempat sebab kedai tutup pukul 7 malam. Aku plan nak buat cupcake brownies untuk din.
#5 - Lunch semalam, lunch dengan ros kat tempat manggo iceball yang best tu (tu ke manggo iceball?). Ros belanja sempena belated birthday. Tocei dear! Sedap lunch semalam.

Friday, July 1, 2011
Nasib Kita Tak Sama (1)
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Dengar lagu runut bunyi (OST) Nur Kasih ni buat aku terfikir. Setiap orang ada nasib, hidup dan pilihan yang berbeza. Kadang-kadang kita sendiri dah target untuk diri sendiri macam mana nak jadi tapi tanpa izin Allah, tak jadi jugak.
Aku teringat masa zaman aku bersekolah. Aku pasang cita-cita nak ikut jejak sedara atau senior yang masuk universiti hebat-hebat, belajar luar negara. Pastu ambil medic ke, accountancy (aku budak sains stream yang ambil subjek akaun) ke tak pun Software Engineering walaupun aku tak tahu apa itu software engineering ketika itu.
Realitinya, aku pernah masuk IPTS yang gah ambil jurusan IT tapi mak aku masih lagi tak percaya bahawa IPTS ada yang lebih bagus dari IPTA. Bayangkan orang dapat tawaran matrik bersyukur, aku menangis. Aku pegang kata-kata mak 'cubalah, mana tau boleh ambil medic. Kalau lepas ni tak ok, ambil la course apa nak ambil'. Jelas dan nyata semasa matrik, aku tak berusaha langsung. Cukuplah aku berpointer cukup-cukup makan dan yang pasti aku target pointer cukup nak ambil course Software Engineering di mana-mana IPTA.
Masa isi borang UPU, sekali lagi ada famili yang interfere. Tapi aku terus tekad nak course yang aku rasa aku minat saja. Alhamdulillah aku dapat 1st choice aku. Aku belajar sungguh-sungguh tapi pointer aku takde la 1st class honours. Tapi sikit je lagi kalau tak takde la aku menanggung bunga-bunga PTPTU.
Ok, nanti aku sambung apa jadi selepas aku ambil degree.
Friday, June 17, 2011
Payah Hidup PJJ
Alhamdulillah.. apa yang aku risaukan dah selesai. Surat resign dah diterima dengan baik oleh company sekarang. Diorang paham situasi yang aku hadapi sekarang.
Before kawen aku sangat berharap yang aku akan kuat untuk PJJ. Lama betul relationship jarak jauh aku dan din. Since din grad(masa ni couple lagi) sampai la sekarang selepas kawen.Ada kot kurang lebih 4 years. Tapi perasaan lain after kawen. Tanggungjawab as isteri lagi. Makan pakai din. Walaupun din tak pernah rungut tapi aku sendiri rasa tak best.
Kadang-kadang benda yang bagi orang lain nampak remeh tapi aku bagi besar impactnye. Contoh kalau ada orang kacau waktu aku dengan din. Walaupun bape jam je pun. Tapi aku boleh menangis sampai aku tahan-tahan air mata ni pun tak boleh. Rasa marah dan sedih sangat. Aku jumpa suami aku dua minggu sekali je pun.Dah la waktu cuti kami tak sama. Tsk..Tsk..tiba-tiba aku nak emosi ni.

Wednesday, June 15, 2011
Aku Tak Jeles Tapi Sakit Jiwa Je
Tengok tajuk sudah tau entry ni ala-ala meroyan je. Bukan apa, aku bukan baik tapi ini just my two cents.
Betul cakap ros ni.
Aku selalu kagum ngan orang betul-betul ada-ada. Takdenye orang tu nak tunjuk ke apa yang dia ada. Dulu aku buat gak perangai tunjuk-tunjuk kat blog. Tudung baru la, beli beg baru kat pasar malam dan macam-macam lagi la (aku bagi contoh je lupa dah apa yang aku tunjuk). Konon nak sharing la apa yang aku baru beli tapi bila dah matang sikit ni, aku rasa macam budak-budak pulak perangai gitu.
Teringat cite Mukhsin, budak yang berjiran ngan si orked tu. Sibuk la dia nak lebih je dari Orked. Tak ingat nama budak tu apa.
Budaya tunjuk-menunjuk ni tak patut kita nak amalkan. Boleh merosakkan society hokey. Hari ni si A bagitau dia beli beg Cap Ayam harga sekian-sekian, esok pulak si B pulak bagitau dia beli beg Cap Badak harga lagi mahal lagi. Pas tu si C pulak.. then si D. Aku jugak beli cap Padang Besar je. Ni aku bagi contoh aje. Takde kaitan idup dan yang mati. (tapi memang aku tengah pakai beg beli kat padang besar beli dengan duit sendiri, bukan nafkah suami bagi).
Nasihat aku, tak yah nak tunjuk-tunjuk sebab ada orang lain tu lebih dari kau tapi tak sibuk nak habaq 1 dunia.
Macam tajuk entry aku ni hah 'Aku Tak Jeles Tapi Sakit Jiwa Je'. Tak kesah la pasni korang nak teruskan dengan konsep AAK? tak pun #TDDMKA ke apa ngan entry ni aku ni.
p/s: aku masih mood malas nak balas komen. sorry kekawan.

Friday, June 10, 2011
Tekad Dan Usaha, Berat Pun Turun
Ada baca from other blogger pasal budak turun berat dari 105kg ke 49kg. Banyak kan? Teruja aku lihat kegigihan budak tu. Aku juga percaya kalau kita tekad memang akan ada hasilnya tak kira cepat atau lambat.
Aku ada la turun berat beberapa kilo. Tapi masih lagi belum capai target yang aku letak. Takpela.. biar berdikit-dikit asalkan berat tu tak naik semula. Sekarang aku nampak yang PB berkesan untuk aku. Tapi aku takde la bergantung harap pada PB semata-mata. PB tu macam pemangkin je. Ada juga usaha lain yang aku buat.
Nak tau apa yang aku buat? Aku buat sama macam orang yang sedang kurangkan berat yang lain. Antaranya:
#1 - Aku kurangkan makan kat luar. Serius masak sendiri boleh kawal minyak atau bahan kurang sihat yang digunakan.
#2 - Kurangkan minuman manis tapi aku tengah usahakan minum air kosong secukupnya.
#3 - Puasa. Tapi tak la berderet walaupun bulan Rejab ni boleh pulun puasa sunat. Sambil ganti puasa-puasa yang belum berganti,
aku dapat readykan perut aku ni. Pernah je aku gastrik sampai takleh puasa.
#4 - Pakai PB time gi majlis orang kawen. Jadi aku tak makan banyak sangat sekali dalam 1 masa.
#5 - Makan buah banyak-banyak.
So far, nampak la usaha tu jadi sebab kan, aritu aku aku travel gi Perlis. Makan memang tak hengat tapi berat aku maintain. Kalau tak dulu, aku makan biasa hari-hari even kadang tu aku catu nasi la but still berat aku naik sesuka hati.
1 lagi penyebab aku gemuk adalah ubat Pregabalin tu so aku dah stop makan ubat tu. Doktor marah pun aku redha je sebab aku tak nak jadi OBESE. OBESE lagi bahaya kot sebab banyak penyakit lain leh datang.

Hurt Feeling
haha tajuk.. tak menahan. Aku memang tengah sad sad mood. Buat apa pun semua tak semangat. Except tengok cite Nora Elena. Susah betul la sebab bukan semua benda kita boleh cerita kat orang. Aku rasa yang jadi teruk ni sebab aku duk simpan je. Tak reti nak luah-luah. Pastu kan balik rumah rasa sunyi aje sebab suami jauh, famili pun jauh. Tsk..tsk..
Sebenarnya ada perkara sedih jadi kat orang keliling aku. Tapi ada la tempias sikit kat aku sebab membuka kisah lama yang aku cuba nak lupakan so aku sangat-sangat down. Kat office sampai bos panggil aku sebab nampak kot aku macam lain macam selama beberapa minggu. Diorang risau aku sakit ke apa tapi takde kena mengena ngan sakit aku cuma hati aku ni je yang sakit.
Dah cuba bercuti lama pun tak jalan gak. So sorry la if korang komen aku buat derk je. Rasa tak best sebenarnya buat derk gitu tapi mood swing melampau sekarang sebab perkara itu. Jangan sampai ada benci sudah.

Monday, May 23, 2011
Coret-Coret Lina Version Berapa Ntah
#1 Sekarang mood update blog memang ke laut sesangat. Kekadang rasa macam poyo nak cerita everything. Buat entry masak-masak pun aku rasa macam 'sedap ke?' #TDDMKA. Sebab ramai lagi rasanya orang lain yang hebat memasak.
#2 Last Saturday aku attend majlis perjumpaan pengedar Sendayu Tinggi ngan mak mertua (percuma siti aisyah humaira, budak yang makin pandai berkata-kata). Merasa la try test barang mekap sendayu tinggi dan rasa nak kumpul collection mekap diorang sebab suka testur bedak, eye shadow semua tu. Pastu dah tau dah macam mana nak apply mekap macam tu :) Insya-Allah kalo ingat la kan, aku update pasal benda ni.
#3 Khamis malam ni aku balik Johor lagi. Doakan aku berjaya dalam usaha nak berhijrah ke Johor tu. Even aku sayang macam mana pun kerja sekarang, famili come first.
#4 Kalo balik Johor, ada penghibur cilik (aisyah, anak sedara belah din). Lately ni dia dah pandai sebut balik apa yang kita cakap. Seolah-olah macam paham je apa yang dia sebut. Yang kelakarnya sebab nak sangat minum air teh yang aku buat untuk din, aisyah mintak rasa sikit, pastu dia cakap 'sedapnya.. teh o'. Cakap ada makna sebab dia nak minum segelas lagi air teh.
rasenye ni la dulu ey.. nama pun coret-coret je.

Sunday, April 17, 2011
Benci Tau Macam Ni
Aku kalau ikutkan macam-macam nak luahkan kat blog ni. Nama pun linapersonaljournal. Tapi yang baca blog ni ada yang kenal aku personally. Dah kena jaga hati orang lain pulak. Benci tau macam ni...
Mesti ada yang cakap, nape tak buat blog baru yang anon? Huhu koser aku nak create blog baru. Nanti susah nak manage. Pastu kalau privatekan blog ni, seksa la pulak nak taip-taip password. So how? Benci tau macam ni...
Kalau aku main sembur je, so not me la. Biar hati aku sakit tapi aku tak nak sakitkan hati orang. Benci tau macam ni..

Wednesday, April 13, 2011
Coret-Coret Lina
tajuk tiru dd..
Sebenarnya memang banyak benda nak cerita tapi aku ada masalah malas dan rasa macam poyo pulak nak cerita benda yang aku rasa personal kat korang. Nama je blog ni linapersonaljournal tapi aku macam rasa tak best nak cerita kat korang. Sampai tahap aku rasa nak private blog ni. Aci tak kalo aku privatekan?
buat coret-coret secara point la
#1 - getz dah seminggu kat bengkel. Gearbox confirm rosak. Bukan semua la. part of gearbox je. Cuma spare part sangat susah nak cari dan mahal dari ganti 2nd hand gearbox. So tukar gearbox 2nd hand aje. Kos, korang paham-paham la kalau kete import harganya macam mana. Parak..parak.. tapi bersyukur sebab kami masih mampu nak bayar maintenance getz.
#2 - 3 weeks in a row balik bandar tenggara on weekends. Seronok pulak tolong din jaga kedai =)
#3 - lately rasa nak bikin cupcake tapi dah lama tak buat. Last sekali buat cake masa tingkatan bape ntah. Ini terpengaruh bila tengok DC Cupcake kat starworld channel.
#4 - dah start lupa makan pregabalin jadi badan mula tak sihat. oh.. I hate this..
rasenye tu je la dulu. lain kali pulak coret-coret ;p

Wednesday, March 30, 2011
Should I Tell You Or Not?
Planning nak buat protected entry tapi mana ntah coding untuk buat password tu. Malas mencari. blog lama adalah.
Kalau korang (bride to be atau x-bride) tak puas hati dengan vendor, korang sound ke atau terima je seadanya? Tak reti la nak berterus-terang dengan vendor yang 'i tak suka hasil kerja u'. Tapi memang aku down gile. Macam mana ni? huhu..
Dah berhari-hari aku simpan ni dalam hati. Just ngiyau-ngiyau manja meroyan dekat dd ngan din. Any opinion from kawan-kawan semua?

Wednesday, January 26, 2011
Dah Tinggal 1 Angka
9 hari lagi
Aku sekarang mood nak bercuti. Paham-paham jelah. Orang yang nak kahwin sebulan pun dah rasa lemau nak buat kerja apatah lagi aku yang minggu depan je nak melangsungkan hari.
Mood adalah bercampur-campur. Risau dengan persiapan majlis dan kesihatan diri. Gembira sebab nak jadi teman hidup din. Yelah dulu din propose jadi teman perempuan dia kan?aku saje tukar wanita kepada perempuan sebab wanita tu nampak berusia sikit ;p Tapi apa barang teman perempuan sahaja, teman hidup la baru special.
Aku risau pasal kesihatan bukan apa... Serius aku rasa kurang sihat. Takutnya kalau kena admit hospital beberapa hari je before majlis. Dah la ada appointment specialist 2 hari sebelum nikah. Benda ni aku dah highlight dah dekat bos, incase aku tiba-tiba cuti awal dari plan cuti aku yang dah approve tu.
Sekarang dah rasa dup dap dah nak bertukar status. Dah berpuluh tahun berstatus 'cik' , haruslah rasa susah nak melepaskan title itu. Nak mengaku cik walaupun dah kahwin leh tak? Macam hari tu aku emo ngan orang astro call. Dia cakap 'saya bercakap dengan puan XXX?'. Cepat-cepat aku betulkan 'cik XXX'. Biasa aku biar je tapi kali memang menghargai habis-habisan title tu. Bila fikir balik, kelakar pulak rasanya.

Tuesday, January 18, 2011
Speechless
Dah dekat tarikh kahwin, aku rasa aku banyak redha je. Memang kamikaze la. Apa nak jadi, jadi la. Or may be ini salah satu simptom yang aku dapat sejak sakit aku menjadi-jadi. Aku suka ignore benda-benda yang aku rasa akan buat aku stress.
Aku cerita ni secara umum ey. Bila kita dijemput ke majlis tertentu, jangan suka-suka hati nak request itu-ini. Dah orang buat majlis on Saturday, jangan la pulak ko cakap kat bakal pengantin tu nak datang esoknya la. Tak pun sabtu malam ahad. Ko ingat pengantin tu nak melayan ko je. Senang cakap ko tak datang pun tak pe (haha.. tibe-tibe emo tapi betul pe). Hopefully orang tu berhenti jadi selfish.
Ntah la tak tahu nak cakap macam mana. Kita nak the best untuk majlis kan? Kadang-kadang rasa terkilan bila menempah sesuatu. Especially to those yang ada nama. Nak push-push takut si pembuat tertekan. Nak redha pun tak leh jugak. Tapi kalau aku yang berhati kering, kalau orang tak deliver on time, mau je aku cakap 'it's ok. aku tak jadi nak amik barang tu'. Kejam kan macam tu? Tapi aku memilih untuk bersabar dan redha.
Orang cakap bakal pengantin memang banyak fikir. Memang betul. Kadang-kadang tu, kita terpaksa bersabar banyak-banyak dengan kerenah orang sekeliling. Kalau tak dapat macam yang kita idam-idamkan, kamikaze jela ;p
p/s: aku risau tak de tudung nikah =(

Tuesday, December 28, 2010
Serabut Tapi Tenang
Aku rasa la kan, penyakit lupa aku makin kronik tapi aku macam tenang semacam. Kelakar pun ada sebab kejap-kejap lupa, pastu lupa balik. Sekarang memang banyak benda nak kena fikir tapi aku memang abaikan je kalau lupa. Sebabnya aku akan rasa berdenyut kepala kalau cuba nak ingat jugak.
Paling latest aku lupa sikit-sikit no telefon aku sendiri. Kejadian ni aku perasan masa nak tulis borang kat pejabat pos tadi. Nak pos barang kat mak aku. No telefon mak aku pun asyik aku potong..tulis..pastu potong balik..tulis.. Ade la 5 - 6 kali macam tu. Alamat pun macam perkataan 'bandar' , aku tulis 'bndar' (ni 1 contoh salah eja). Memori aku macam limited sangat-sangat. Tulis blog ni selalu aku tersalah eja tapi nasib baik aku perasan dan betulkan balik. Dulu aku hafal no telefon kacang je sekarang...
Tiba-tiba aku blank nak tulis apa. Entry tak de penutup boleh?

Subscribe to:
Posts (Atom)